7 Feb 2010

Pendirian Kita Terhadap Isu Liwat 2

Ramai bertanya kenapa GB sibuk-sibuk sokong Anwar, kenapa GB sibuk sangat menyatakan apa yang berlaku di dalam kes liwat ini sebagai satu konspirasi. Kenapa GB tak percaya sumpah Saiful di dalam isu liwat.

Pendirian GB di dalam isu liwat 2 adalah jelas bahawa kita bukan menyatakan Datuk Seri Anwar itu bersih sebersihnya. Tetapi beliau termasuk di kalangan orang yang terkena zalim.

Bermula dari isu liwat 1 pada tahun 1998, kita sudah dapat melihat ketidak-adilan di dalam melayani pihak tertuduh. Kita bangun dan tegak berdiri menentang ketidak-adilan dan kezaliman itu, seandainya tidak bererti kita mengakui dan meredhai ketidak-adilan dan kezaliman itu berlaku.

Apa yang pernah diucapkan oleh Presiden PAS di dalam isu Anwar pada tahun 1999 perlu dijadikan bahan renungan dan ia merupakan satu penegasan pendirian.



Sempena Perbicaraan Kes Liwat DS Anwar Ibrahim
Sikap PAS Kes DS Anwar 1998

Soalan : Mengapakah PAS beria-ia benar mempertahankan DSAI, sedangkan beliau adalah manusia biasa dan tidak lari dari melakukan dosa seperti zina dan liwat.Apakah PAS mempunyai bukti kukuh bahawa sememangnya DSAI tidak melakukan kerja tersebut.

Jawapan:

PAS adalah Parti Islam,sandaranya mestilah mengikut ajaran Islam. PAS mestilah menghukum mengikut ajaran Islam. Perkara kemungkinan yang tersembunyi adalah bukan urusan kita. Ini berpandukan kepada Hadith Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir,hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi. Perkara yang tersembunyi kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat"

Jadi disini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja. Mengikut kaedah hukum hudud, seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat dengan adanya ikrar secara sukarela secara rasmi dihadapan hakim, sebanyak 4 kali. Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan"

Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan hati tanpa di paksa sebanyak 4 kali(mengikut mazahab hanafi). Didalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal daripada ianya dijatuhkan hukuman didunia. Perkara ini berpandukan kepada hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku keatas Maiz bin Malik.:

Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan berkata:"Hukumlah aku,kerana aku telah berzina"ketika itu Rasullah tidak mengambil perhatian keatas permintaan Maiz.Kemudian beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan "Hukumlah aku,kerana aku telah berzina". Kemudian Rasullah bertanya adakah kamu mabuk atau gila? Sahabat mengatakan bahawa beliau tidaak mabuk atau gila. Selepas itu Azan asyar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asyar bersama Rasulullah. Selepas solat Asyar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata". Hukumlah aku kerana aku telah berzina". Rasulullah menjawab "Bukan kah kamu telah bersolat bersama-sama dengan ku tadi, mudah-mudahan kamu Allah mengampun dosa kamu. Beliau berkata "Ya,saya telah solat asyar tadi, tetapi, hukumlah saya kerana saya telah berzina" Kemudian Rasulullah bertanya "adakah kamu telah kawin?" Beliau menjawab "ya". Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau. Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati.

Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau murka dan berkata:
"mengapa kamu mengejar beliau, mungkin beliau bercadang untuk menarik balik pengakuanya"

Kesimpulannya disini, seseorang yang membuat pengakuan ikrar, kemudian ketika hukuman dijalankan dan pengakuan itu ditarik balik, maka hukumanya digugurkan. Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil. Ini berpandukan Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki) zina atau liwat dan tidak boleh mendatangkan 4 saksi, maka orang yang menuduh itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 kali. Dan jangan diterimaa orang yang menuduh ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik."

Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut:

1.Islam

2.Adil (tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah)

3. Lelaki(dalam kes zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi)

4. Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak.

Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan. Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk mengugurakan tuduhan.

Jelaslah dari hujjah diatas bahawa pertuduhan yang dilakukan terhadap DSAI tidak diselesaikan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam. Dan inilah hujjah yang menjuruskan PAS menetang kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI, walaupun satu ketika dulu DSAI adalah musuh no.2 PAS..... ini berpandukan Firman Allah yang bermaksud:

"Janganlah dengan sebab kamu bermusuhan kepada sesuatu kaum maka kamu tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kamu ,kerana itu lebih hampir kepada Taqwa"....
Ingat-ingatlah....

Wallahua'lam.

sedutan dari jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika Majlis Dailog di Kg.Gelugor Kedai, Marang Terengganu-1999


Disitu keindahan dan keadilan Islam.

Rakyat terutama bukan-Islam dapat menyaksikan, tanpa menggunapakai hukum Islam, rupa-upanya sesuatu kes itu boleh dieksploitasikan untuk mewujudkan konspirasi.

Persoalan qazaf (empat orang saksi) apatah lagi untuk mendapatkan empat orang yang dipercayai - akhirnya menjadi bahan kajian kepada pemikir bukan-Islam dan akhirnya mereka memperakui Islam jauh lebih adil dan tidak mungkin dapat dikalahkan oleh undang-undang sekular yang boleh dimanipulasikan untuk pihak berkepentingan.

Segala-galanya dari Allah. Demikian juga kes liwat Anwar. Untuk mengajar manusia bahawa Islam itu agama kebenaran dan keadilan dan tiada yang lebih indah dan lebih baik dari "celupan" Allah. Celupan Allah tiada siapa yang boleh mengatasinya walaupun sekalian penduduk bumi berkonspirasi untuk melawannya.

"Celupan Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghah (celupan)nya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah." (QS. Al-Baqarah : 138)


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat anwar nak dizalimi UMNO kerana bimbang pengaruh politiknya

Tanpa Nama berkata...

tidak adil kepada tertuduh kerana UMNO dan BN yang perintah malaysia

Tanpa Nama berkata...

selagi UG tak disingkir memang bahaya kerana ada barua UMNO dalam Pas

Khairi berkata...

UMNO akan buat apa saja untuk terus perintah Malaysia, soal dosa pahala bukan garis tindakan mereka, tetapi kebanyakan rancangan jahat & tipu helah mereka tidak "solid", penuh kecacatan dari segi jalan cerita maupun fakta dan semestinyalah tidak dapat diterima olih akal yang waras, pun begitu bukan UMNO kisah sangat sebabnya ramai Melayu yang tak berapa cerdik, itulah hasil didikan kerajaan ini selama 50 lebih memerintah. Masih nak percaya DSAI meliwat? itu lah Melayu yang tak mahu berfikir, asyik dok kena tipu lah labu...

Unknown berkata...

Salam,
Yang di benarkan adalah Fatwa yang dikeluarkan samada dari Quran atau Hadis bukan mahkluk individunya, wahima Presiden atau tukang bancuh kopi. Kalau presiden berasa diri jadi Presiden bukannya HAMBA ALLAH wajib di tentang

http://www.nuruliman.com.my/english_version/album.html

Tanpa Nama berkata...

GB bukannnya macam puak2 UMNO yg sokong buta tuli dan babi buta! Dah tau dasar UMNO tak betul pun nak sondol(sokong)jugak. Apalah tahap pemikiran ahli2 UMNO nih?

Tanpa Nama berkata...

Doa orang yang dizalimi tidak dihijap oleh Allah. Doa Anwar dan rakyat yang dizalimi oleh UMNO dan BN mudahan diperkenankan Allah dan seterusnya kemenagan akan berpihak kepada kebenaran.