7 Feb 2010

Saiful Dijangka Akan Disoalbalas Oleh Peguam Pembela Esok

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini yang masuk hari keempat esok akan menyaksikan pihak pembelaan menyoal balas pengadu dalam kes itu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mohd Saiful dijangka akan disoal balas peguam Karpal Singh yang mengetuai barisan pembelaan yang terdiri daripada Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C V Prabhakaran, S N Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando, dan Mohd Razlan Jalaluddin.

Mohd Saiful adalah saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan kes Anwar yang dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Kes itu dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden selesai dalam pemeriksaan utama ke atas Mohd Saiful, Jumaat lalu.

Mohd Yusof dibantu oleh timbalan pendakwaraya Datuk Nordin Hassan, Wong Chiang Kiat, Mohamad Hanafiah Zakaria, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latif, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azman.

Mohd Saiful, 25, mula memberikan keterangannya dalam perbicaraan kes itu Rabu lalu. - Bernama

Ulasan GB

GB akan cuba membawa lintas lansung bermula jm 9.30 pagi esok. InsyaAllah.

2 ulasan:

ali berkata...

Wahai kaum muslimin

Apabila Anda Membeli Akhbar
UTUSAN MALAYSIA (UM) atau
BERITA HARIAN (BH)
Anda Sebenarnya Sedang Menyokong
& Turut Membantu
INDUSTRI JUDI NEGARA
Kerana UM/BH Ini Dapat Hidup &
Bernyawa Adalah Atas Wang Hasil Tajaan Iklan JUDI
Dalam Akhbar Mereka.

JUDI+JUDI+JUDI = FASIK+FASIK+FASIK

Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu orang FASIK membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujurat : 6)

Tanpa Nama berkata...

Blogers dinasihatkan supaya beretika membuat laporan. Akhbar arus perdana/konvensional milik UBN tak disentuh. Tak ubah macam undang-undang Sadeq Sigararaga dalam Tiga Abdul. Betullah kata perumpamaan; kuman di seberang lautan nampak, gajah di kelopak mata tak kelihatan!!