7 Feb 2010

AMK Kesal Pemimpin UMNO Perolokkan Jemputan Ikhlas TGNA

Parti Keadilan Rakyat kesal dengan bidasan-bidasan Umno terhadap jemputan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjemput parti pemerintah itu untuk duduk semeja merungkai permasalahan kalimah Allah dan Islam mutakhir ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata Umno tidak seharusnya merasa terancam dengan inisiatif Pas dan Pakatan Rakyat mendekati masyarakat Islam dan bukan Islam, sebaliknya menyahut peluang ini untuk kebaikan negara.

"Dalam hal ini Datuk Najib ingin cuba memancing pandangan daripada pemimpin Pas mungkin, dalam nada yang sama mungkin cuba gunakan pendekatan memerli Tok Guru Nik Aziz dan itu tidak mungkin menyelesaikan masalah. Tok guru Nik Aziz nak berbincang itu khusus tentang kalimah Allah tetapi di betray bahawa jemputan itu hanya nak berbincang full stop. Tetapi sebenarnya berbincang koma tentang kalimah Allah" ujar Shamsul.

Bagi sayap pemuda PKR, mungkin Umno berasa yakin kempen merampas semula negeri-negeri Pakatan Rakyat akan berjaya sekiranya kecelaruan dan kemelut agama ini berterusan.

Malah UMNO juga kelihatan seolah hilang arah di dalam isu yang cuba direkanya sendiri.

"Kerana ini adalah taktik lama yang telah pun kita pelajari sejak tahun 70-an lagi. Dan mereka mengulangi taktik ini untuk mewujudkan suatu suasana yang tegang di kalangan umat Islam dan pengamal agama Kristian. Dan bagi saya ini adalah satu tindakan yang cukup biadab" tambahnya lagi. -TVS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TGNA pun dia perolok, rakyat yang dah jadi lembu dicucuk hidung tu lagilah pula. Dah 50 tahun lebih rakyat diperolok dan diperbodohkan. Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah negeri termiskin ketika di bawah UBN.