Ahli Parlimen Australia Michael Danby menganggap perbuatan Datuk Ibrahim Ali yang menggelar beliau peliwat sebagai "bodoh" dan "jahil"
Dalam komen beliau kepada Suara Keadilan, anggota Parlimen daripada Parti Buruh Australia (ALP) itu berkata tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa hanya memalukan Perdana Menteri Najib Razak dan Umno di mata dunia.
Semasa demonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia yang dianjur bersama oleh Perkasa, Pergerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional Rabu lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Danby sebagai "homosexual" (peliwat).
Ibrahim memetik peribahasa Inggeris, "birds of a feather flock together" sambil berkata, "Saya dengar Danby adalah peliwat!," pada demonstrasi tersebut.
"Menyerang secara peribadi dengan melabelkan saya sebagai "homosexual" adalah menjijikkan dan perbuatan hina.
"Berbeza dengan negara ini, kami menilai seseorang di atas kekuatan peribadi dan tidak menghakimi seseorang itu berdasarkan kepada peribadi mahupun kaum, agama ataupun orientasi seks mereka.
"Kenyataan bodoh daripada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan seperti Ibrahim Ali bukan sahaja membuktikan pemikiran yang lemah dan jahil tetapi juga memalukan Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintah Umno.
"Kenyataan tersebut membuktikan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia tidak mempunyai apa-apa asas kukuh untuk mempertahankan pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim melainkan menggunakan taktik melempar gelaran hina kepada orang lain," kata Ahli Parlimen Melbourne Ports berusia 55 tahun itu.
Perkasa bersama anggota Pergerakan Pemuda Umno dan BN berdemonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng bagi membantah tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia yang mendesak pertuduhan tidak berasas ke atas Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.
Pada 11 Februari lalu Danby serta 50 Ahli Parlimen Australia menghantar surat rasmi kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Datuk Salman Ahmad bagi mendesak tuduhan tersebut digugurkan. -SK

9 ulasan:
-prkataan 'KATAK', wa rase die trtnggal la..
Berahing ni dah toklaku doh kat Kelantang. Orang PAS marah. Orang UMNO Kelantan pong benci. Orang atas pagar pong meluat.
Dia cuba nak dapat tempat dalang UMNO diluar Kelantang. Kalaulah Perkasa tu benda betul, ia sepatutnya mendapat sokongan padu dari seluruh rakyat kelantang. Tetapi ade ke cawangan kat kelantan? Yang jelas berahing nak tubuh Perkasa cawangan kelantan pun xcukup sokongan.
Pok mat pasir mah
Amat memalukan tingkahlaku Brahim nih. Sedap mulut cakap ..last kena sebiji.. Sudahlah Brahim pi balik Kelate tuh. Tok sah sibuk kat KL. Satu dunia tgk perangai hodoh mu..
Berahim Ali atau lebeh terkenal dgn Brahim Katak tidak kemana, lambat laun pru 13 tinggallah dia bawah tempurung.. tunggu dan lihat..
Kesian Alkataki ni, dahlah 1msia kata ke dia, tambah saham 1 dunia pula ngutuk dia. Sapa lagi yg nak ikut sama jejak alkataki ni ???
ramai lagi yg ikut mcm berahim nie... agaknya dah hampir 1 m'sia tak berapa nak tengok tv, tu yg tak perasan yg sama dgn berahim ni ramai.... yg tak belajar hukum Allah pun, pandai berhujjah tentang agama... tapi anak bini tak tutup aurat. Ini yang kita nampak, yg lain2 lagi mcm mana?
berahim ali al-kataki tu? siapa kata dia pandai?
pd org bodoh mmg le dia ni pandai, tp pd org cerdik pulak dia nie bingung & biul
Katak mana cerdik, jauh sekali masuk ipt. Dia cuma pandai melompat saja. silap-silap lompat masuk dalam kawah masa air tengah menggelegak.
Catat Ulasan