11 Feb 2010

Boleh Singkir PM Tanpa Undi Tidak Percaya

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,"katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com

Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

“Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,” katanya. _TVS



2 ulasan:

dino berkata...

Sudah terang lagi bersuluh. Sungguh memilukan YAA 5 hakim membuat keputusan itu. Walhal, memang betul BN akan menang jika ada proses undi tak percaya di dewan. Kenapa jadikan precedent keputusan yang merbahaya ini. Alahai..... Prof undang-undang tak dipakai kerana tidak duduk dikerusi berwibawa.
Saya bagi contoh:
Seorang pegawai kanan sebuah jabatan menelefon seseorang di JPA suatu ketika dulu tanya boleh tak pegawai A10 menanggung kerja A8. Seseorang di JPA kata boleh tapi bayar 1/4 gaji minima A9 kerana tak boleh melangkau. Rupa-rupanya seseorang di JPA tadi mentafsirkan tanggung kerja dan memangku sama.
So, pegawai Jabatan terpaksalah bagi elaun t.kerja tadi 1/4 A9 kerana tafsiran seseorang di JPA lebih berwibawa dari tafsiran dia sendiri.
Alkisah masa berlalu, pegawai lain di jabatan sama bertanyakan kes yg sama kepada pegawai di JPA. Beliau kata mesti bayar 1/4 mengikut jawatan yang ditanggung. Pernah ada kakitangan B9 menanggung kerja A10 dibayar 1/4 A10. Melangkau hanya tidak dibenarkan untuk pemangkuan jawatan. Akhirnya kes lama dibuka semula dan mereka yang terlibat dapat arreas.
Renung-renungkan........

Tanpa Nama berkata...

Lama kelamaan jerat akan memerangkap penjerat.