30 Jun 2017

[GAMBAR DAN VIDEO] Rumah Terbuka Parti Amanah Negara Meriah, Terima Kasih Rakyat Kelantan..

Terima kasih rakyat Kelantan, kata Mat Sabu di majlis raya Amanah

"Terima kasih Kelantan." Itulah yang dizahirkan presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu ketika menyambut orang ramai yang berpusu-pusu mengunjungi majlis rumah terbuka peringkat nasional parti itu di Kota Bharu pagi ini.

Bagi beliau, sudah dijangka Kelantan akan jadi tapak subur bagi parti yang berjuang untuk rakyat dan sanggup bersusah payah menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman.


"Kehadiran seluruh lapisan rakyat pagi ini menunjukkan kita sedang bergerak ke fasa kedua untuk mengatur langkah membentuk kemenangan,

"Usaha yang ditujukkan petugas parti ini menunjukkan jentera kita di Kelantan sudah bersiap sedia menyahut segala cabaran," katanya ketika ditemui Malaysia Dateline pagi ini.

Sebagai parti rahmatan lil alamin katanya, tugas Amanah adalah terus bersama masyarakat dalam keadaan susah dan senang.

"Bila rakyat kesusahan sama ada akibat bencara alam atau tindakan zalim pemerintah kita akan berada di depan.

"Bila ada sedikit kemudahan kita akan berkongsi dengan orang ramai dan sambutan hari ini membuktikan ahli parti Amanah memang berkemampuan," katanya.

Kepada yang hadir katanya, pihak Amanah mengucapkan berbannyak terima kasih.

"Semua akan membuktikan penyertaan kita mempejuangkan Islam dan keadilan sejagat semakin diterima dan semakin ramai rakan dar sehari ke sehari," katanya.

Dua ekor kerbau ditumbangkan untuk dibuat gulai kawah, menu utama juadah raya hari ini. -MD

GAMBAR DAN VIDEO











RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.
.

Rakyat Kelantan pandai berniaga. Mereka tahu congak untung rugi dan mana pergi nya duit.

Asas perniagaan ini membuat mereka faham tentang isu 1MDB.

Lagi lah apabila Hadi keluarkan kenyataan bodoh mengenai campurtangan asing. Berniaga rugi salahkan orang lain. Itu bukan sikap orang Kelantan.

Apa-apa mengenai Najib dan 1MDB, Hadi sendiri beri kenyataan tetapi apabila tersiar mengenai hubungan Tuan Ibrahin, Pembantu Hadi yang jawab.

Hadi tidak layak lagi memimpin parti kerana daya pemikirannya semakin lemah.