18 Jun 2017

Umat Islam Bantu Mangsa Kebakaran Di London

Sahur selamatkan mangsa kebakaran di London

Penghuni beragama Islam yang menjalani ibadah puasa, menjadi antara hero yang telah menyelamatkan penghuni lain di Grenfell Tower, apabila menjadi individu awal menyedari kebakaran itu.

Penduduk muslim berkenaan kemudian mengejutkan jiran-jiran lain dengan mengetuk pintu rumah mereka bagi menyelamatkan nyawa, sesetengahnya membahayakan nyawa sendiri.


Rashida, seorang penduduk tempatan memberitahu Sky News, ramai penghuni muslim yang berjaga untuk menunggu waktu bersahur ketika kejadian berlaku.

"Kebanyakan Muslim yang menjalani ibadah Ramadan biasanya tidak akan tidur sehingga kira-kira pukul 2 pagi, atau mungkin jam 2.30 pagi, kerana mereka bersahur.

"Oleh itu, kebanyakan keluarga di sekitar sini akan berjaga dan saya fikir ditambah dengan bunyi helikopter, ia menarik perhatian banyak penduduk termasuk bukan Islam, yang akan fikir sesuatu yang tidak kena berlaku," katanya.

Dia berkata penghuni di situ terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang hidup aman damai antara satu sama lain.

“Anda boleh berjalan-jalan dengan selamat pada lewat malam, kami semua kenal antara satu sama lain,” katanya.

Nadia Yousuf, 29, memberitahu penghuni muslim adalah antara individu pertama melihat kebakaran itu, kerana mereka bangun untuk menyediakan sahur.

"Mereka melihat api selepas mereka bangun untuk makan", katanya.

Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 70 lagi cedera dalam kebakaran besar yang memusnahkan sebuah blok kediaman 24 tingkat di London semalam.

Kejadian itu berlaku dua minggu selepas serangan pengganas di London Bridge yang mengorbakan tujuh nyawa.



ULASAN GB

Demikian indahnya kehidupan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang agama. Saling tolong menolong apabila sekumpulan yang lain ditimpa musibah.

Tidak ada yang menyatakan (seperti sekumpulan manusia di negara kita) oh, itu kafir harbi, Allah bayar "cash" terhadap dosa-dosa mereka, mereka golongan kafirun, tidak perlu diberikan bantuan atau menyatakan tak payah dihulur pertolongan kerana mereka golongan mungkar dan penentang hudud.

Tetapi agama mendidik mereka untuk sama-sama bantu-membantu tanpa mengira latarbelakang kaum, agama dan keturunan, itulah ajaran Islam yang sejati.

Semuga ia menjadi iktibar untuk umat Islam di Malaysia!



RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





2 ulasan:

Awanama berkata...

.

Kejadian umat Islam yang membantu dan menyelamatkan penghuni lain adalah hasil tertegak nya hudud mengikut fahaman paspispus di negara tersebut.

Jika tidak ada hukum seperti paspispus mungkin barangkali banyak kejadian mencuri barang berharga.

Awanama berkata...

Pakatan Harapan jangan terperangkap dengan isu siapa calon perdana menteri.
Umno Bn sudah tiada modal. Ini sahaja peluang yang ada untuk menutup isu 1MDB yang tengah kecoh satu dunia.
Ingat siapa PM tidak penting sekarang. Tumpukan misi tumbangkan BN dahulu.