11 Jan 2010

UMNO Semakin Mati Baru Nak Jadi Juara Rakyat

Juara Rakyat atau Juara Diri Sendiri? Oleh Datuk Halik Zaman

Kempen Juara Rakyat yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini seakan memberi gambaran sejelasnya bahawa selama ini Umno tidak pernah menjuarakan rakyat, mereka hanya tahu ‘menjuarakan’ diri sendiri.

Kenapa apabila Umno sudah hampir separa mati, barulah macam-macam slogan, cogankata dan kempen di lancarkan? Kenapa apabila para pemimpin Umno merasakan bila retak hanya menanti belah sahaja, barulah perhatian diberikan kepada rakyat?


Kenapa disaat Umno telah mula merasa bahang-bahang kelemasan barulah rakyat di pandang? Kononnya didahulukan. Kenapa tidak dari dahulu lagi rakyat Malaysia diberikan perhatian sewajarnya, tidak kita kaum dan agama dibantu?

Sekarang ini jika kita lihat iklan-iklan, semuanya bertemakan 1Malaysia, mesti ada Melayu, Cina dan India. Adakah para pemimpin Umno dapat rasakan bahawasanya telah begitu terlihat betapa mereka kini semakin kurang diyakini oleh setiap kaum utama di negara ini? Apa sebabnya?

Tidakkah para pemimpin Umno sedar bahawa setiap slogan, cogankata dalam berkempen yang mereka lancarkan ini adalah terlambat? Setelah rakyat mula beralih arah kepada Pakatan Rakyat barulah kepala para pemimpin Umno terhantuk dalam ’setengah sedar’? Apa gunanya semua slogan ‘Juara Rakyat’ dan cogankata ‘1Malaysia’ Najib ini kalau cuma hanya dipersendakan oleh rakyat sahaja?

Setelah hampir ‘pupus’ dalam PRU12? Setelah hampir ‘lupus’ semasa pembentangan dan pengundian bajet tahunan di Parlimen baru baru ini? Apa akan terjadi seandainya lebih banyak ahli-ahli Parlimen hadir di hari pengundian bajet tersebut?

Walau menang 1 undi, PRU terpaksa di diadakan lagi, dan andainya ia berlaku apa yang bakal terjadi kepada para pemimpin Umno? Kita khuatir ianya hanya tinggal nama. Lebih tepat Umno ‘tinggal kenangan’ sahaja.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi. Dalam situasi politik yang kian hangat kini, para pemimpin Umno terpaksa ‘main kotor’. Agenda-agenda negatif disusun satu persatu demi untuk memudarkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Tidakkah mereka sedar, semakin mereka galak ‘memusnahkan’ Pakatan Rakyat, semakin rakyat bersimpati dan yakin dengan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat! How sad.


Hari ini kita saksikan pengebumian Allahyarhaman Tun Fatimah, tokoh pemimpin wanita kita. Jangan pula nanti kita bakal saksikan ‘pengebumian’ Umno tidak lama lagi.

Di saat para pemimpin Umno cuba meyakinkan diri masing-masing bahawa rakyat masih sayangkan mereka, jangan pula mereka terkejut, rakyat lebih selesa berada di naungan Pakatan Rakyat.

Kemenangan dua kerusi dalam pilihan raya kecil baru-baru ini bukanlah kayu pengukur bahawa rakyat sudah kembali ke pangkuan Umno, kerana kawasan itu adalah kawasan undi pos Umno.

Satu lagi drama yang dimainkan oleh akhbar Umno ‘Utusan Malaysia’ yang dari awal mengapi-apikan rakyat pasal kalimah Allah, akhirnya kesannya memburukkan lagi imej Umno terhadap rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.

Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sabah, Thamrin Jaini kelmarin, atas nama KEADILAN Sabah mengutuk sekeras kerasnya tindakan yang tidak bermoral membakar gereja gereja di Semenanjung yang tidak digalakan dan bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Tambah Thambrin, "Membakar tempat-tempat ibadat adalah suatu tindakan yang terkutuk, tidak bermoral dan bukan ajaran Islam. Kami di Sabah beratus tahun turun temurun saling hormat menghormati satu sama lain, tidak berlaku perkara seburuk itu."

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO sebenarnya tidak pernah sedar akan kesulitan yang rakyat hadapi. Landaan inflasi dalam tahun 1972 menyebabkan rakyat terutama yang tinggal di luar bandar dengan pertanian menjadi asas terhimpit dalam kesusahan akibat kenaikan harga barang. Lima tahun kemudian, ketika ia kian pulih rakyat berkenaan seakan-akan tak dipedulikan. Dalam tahun 1986 ekonomi pula meleset sehingga ada kilang yang terpaksa gulung tikar dan kelihatan kian pulih menjelang 1990. Projek mega begitu pesat kelihatan tetapi tertumpu di Ibukota Kuala Lumpur. Mulai 1997 hingga kini telah lebih satu dekad inflasi melanda serentak dengan kemelesetan ekonomi ditambah dengan kenaikan harga barang yang berkait dengan kenaikan harga bahan petrolium amat menekan. Lalu berbagai slogan dilaungkan! PRU 13 nanti adakah rakyat masih mahu meneruskan perjuangan merealisasikan slogan-slogan itu?

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat perlu peluang perintah malaysia, lebih baik dari BN