Antara Dua Pemuda
Pemuda UMNO Kelantan buat laporan polis - isu Bazar Tok Guru.
Jika benar Pemuda UMNO Kelantan dan Malaysia mempunyai kesedaran memerangi rasuah dan penyelewengan, masyarakat harus bersyukur. Separuh masalah negara kita otomatik selesai kerana selama ini, hiruk pikuk penyelewengan datang dari parti pemerentah di Putra Jaya.
Sikap tidak berkompromi dengan penyelewengan sudah sangat bermakna, tetapi janganlah ia terhenti atas isu yang cuba dimanipulasikan semata-mata. Ia hendaklah menyeluruh dan seluruh korupsi hendaklah diperangi.
Satu masa dulu, Jambatan Tambahan Sultan Yahya di Pasir Peikan khabarnya melibatkan seorang bekas pemimpin Pemuda UMNO Kelantan dengan nilai 'lesap' berpuluh juta. Kenapa tak ada laporan polis?
Jika diteliti Laporan Ketua Audit Negara sahaja, sudah cukup untuk menunjukkan UMNO/BN lah 'juara' apa yang ditentang oleh Pemuda UMNO.
Saya tidak ingin panjangkan huraian mengenainya.
Dalam kesempatan ini, saya cuma ingin mengajak Pemuda UMNO Kelantan meneliti blog Mindnoevil, posting terakhirnya. Saya petik sebahagian;
What do you think would be the price tag that was charged to the government for the purchase of the 120mm Rifled Mortars, the two regiments of Multi Launched Rocket Systems (MLRS), and the Vera-E Passive Air Defence Sensor that I had mentioned in my earlier writings, to name a few?
Why has the price tag being kept confidential; out of public hearing and is not even discussed in parliament. Does the price have any national security implication? Or is the government too afraid to expose the price tag, because someone will come out with figures that are far less than what the government has paid for?
Pembelian rifel 120mm dan lain-lain kelengkapan tentera melambung melebihi harga pasaran.
Blog ini bukan ditulis oleh sebarang tinta seperti sesetengah blogger sampai keputusan Mahkamah pun cuba 'di tak tahukan'.(Terima kasih kepada Perisik Rakyat atas kecekapannya memasukkan nombor, tarikh dan bilik bicara Mahkamah Rayuan kes berkenaan).
Mindnoevil hasil tinta bekas pegawai kanan tentera, Muhamad Arshad Raji.
Saya cadangkan Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Kelantan melaporkan kes ini kepada SPRM secara bersama.
Jangan pula langkah melaksanakan satu obligasi sosial seperti yang dipersetujui oleh Tok Guru dalam kes Bazar ditukar menjadi penyelewengan pada hal tidak. Lihat kenyataan terima kasih para peniaga Arked Uda atas langkah yang diambil oleh Tok Guru. Tok Guru memayungi rakyatnya dengan belanja RM 23 juta dan bagi Pemuda UMNO Kelantan, itu adalah salah.
Adakah Pemuda UMNO tidak terasa malu bila para peniaga di Arked UDA berkeliaran bila Arked UDA akan dirobohkan? Tugas itu patut diambil oleh agensi Kerajaan Persekutuan seperti UDA. Kenapa tugas UDA menjaga kebajikan strategik peniaga di situ hendaklah dilepaskan pada Tok Guru? Kenapa tidak UDA sahaja membina satu bazar baru yang moden dan diberi percuma atau berharga murah kepada peniaga kecil di Kota Bharu? Kenapa UDA juga harus berlumba membina bangunan tinggi sehingga peniaga di bawah naungan mereka terpaksa mencari perlindungan di lain tempat?
Kenapa Pemuda UMNO Kelantan tidak cuba menjadi juara konstruktif dalam isu ini mendesak UDA membatalkan cadangan asal mereka tentang kompleks komersial kepada satu kompleks mampu milik para peniaga di Kota Bharu di tapak yang ada sekarang?
Atau mereka sekadar mahu cemarkan nama baik Tok Guru?
Jika itu agenda sebenar mereka, di mana Pemuda PAS, Negeri atau Pusat?
Mungkin Ketua Pemuda Pusat ada mengeluarkan apa-apa kenyataan menyangkal laporan polis Pemuda UMNO Kelantan namun media mungkin tidak menyiarkannya.
Sebaliknya, komen Ustaz Tantawi mengenai isu 'cah keting' ada disiarkan Utusan hari ini.
Memang wajar media pro UMNO menyiarkan isu-isu 'dalaman' PAS untuk tujuan politik mereka. Sesuai dengan matlamat dan agenda mereka dan selagi kita bersedia memberikan 'bekalan' untuk tujuan itu, mereka sangat bergembira.
Namun, oleh kerana ia telah disentuh oleh Ustaz Tantawi, saya ingin menyokong ulasan beliau.
Isu 'cah keting' adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh mencemarkan nama baik PAS yang selama ini dikenali sebagai parti yang berdisiplin dengan pemimpin dan ahli yang jujur.
Fenomena sedemikian perlu dikenalpasti dan program pendisiplinan perlu dilakukan dengan bijaksana dan tegas.
Islam sangat menekankan disisplin yang tinggi pada para pejuangnya dan mempunyai tatacara disiplin yang lengkap.
Jangan dibiarkan ia berlalu tanpa diuruskan tetapi langkahan disiplin perlu segera digerakkan.
Islam, dalam konteks governance, menekankan dua perkara : individu yang terbina atas dasar taqwa dan mempunyai nilai-nilai persenaliti kukuh yang terbina secara dalaman. Kedua, sistem luaran yang boleh mencegah dan mengelakkan apa-apa ciri buruk yang disebutkan oleh Ustaz Tantawi.
Dalam konteks ini, sudah sampai masanya semua pemegang jawatan kerajaan terutama pemimpin dan petugas parti mengisytiharkan kekayaan dan harta mereka dari masa ke semasa kepada satu badan tertentu yang telus dan bebas.
Ia boleh mengelakkan sesiapa sahaja pemimpin yang jujur dan bersih dari apa jua tuduhan seperti tamak dan menyeleweng.
Pemuda PAS dan Pemuda UMNO rasa saya, boleh bersetuju jika mereka memang sehati sejiwa menentang keburukan dari kesempatan pangkat dan kedudukan.
Ulasan GB
Ada satu hal di dalam tulisan Husam yang menarik perhatian GB.
"Atau mereka (Pemuda UMNO Kelantan - GB) sekadar mahu cemarkan nama baik Tok Guru?

Sebaliknya, komen Ustaz Tantawi mengenai isu 'cah keting' ada disiarkan Utusan hari ini."
Benar, mengapa hal "cah keting" pula yang diperbesarkan oleh Pemuda PAS Pusat sedang PAS sedang diserang dengan isu Bazaar oleh Pemuda UMNO?
Apakah Pemuda PAS sehati sejiwa dengan Pemuda UMNO? Sama-sama menghentam PAS Kelantan? Perenggan akhir Husam (Read between the lines.) sinis bertanya kepada Ust Nasaruddin Hassan Tantawi.

Pemuda UMNO buat laporan polis
KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.
Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kirakira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas.
"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.
"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," katanya.
Anuar berkata kenyataan Nik Aziz itu telah mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan. BERNAMA
Ulasan GB
Ada satu hal di dalam tulisan Husam yang menarik perhatian GB.
"Atau mereka (Pemuda UMNO Kelantan - GB) sekadar mahu cemarkan nama baik Tok Guru?
Jika itu agenda sebenar mereka, di mana Pemuda PAS, Negeri atau Pusat?
Mungkin Ketua Pemuda Pusat ada mengeluarkan apa-apa kenyataan menyangkal laporan polis Pemuda UMNO Kelantan namun media mungkin tidak menyiarkannya.
Sebaliknya, komen Ustaz Tantawi mengenai isu 'cah keting' ada disiarkan Utusan hari ini."
Benar, mengapa hal "cah keting" pula yang diperbesarkan oleh Pemuda PAS Pusat sedang PAS sedang diserang dengan isu Bazaar oleh Pemuda UMNO?
Apakah Pemuda PAS sehati sejiwa dengan Pemuda UMNO? Sama-sama menghentam PAS Kelantan? Perenggan akhir Husam (Read between the lines.) sinis bertanya kepada Ust Nasaruddin Hassan Tantawi.
4 ulasan:
siapa tak kenal dengan ust nasruddin tantawi? satu team dgn hadi awang dlm perpaduang. menghentam husam musa untuk memenangkan nasruddin mat isa sebagai timbalan presiden pas di muktamar duly
Mula2 baca artikel Husam saya nampak biasa jer.
Bila baca ulasan GB, baru ternampak yang tersirat apa Husam nak sampaikan.
Kalaulah Utusan tu lapor tak betul, Nasruddin patut dah buat bantahan.
Nampaknya akhbat Utusan amat gemar keluarkan kenyataan-kenyataan ata mewawancara pemimpin-pemimpin yang dikaitkan dengan kumpulan UG. Perasan tak?
bukan mudah untuk berpolitik, setiap gerak UMNO harus dipancung...Pemuda PAS sekarang tidak banyak menolong PAS begitu juga Presiden, Timbalan yang nampak boneka perpaduang, takan yang cakap Mahfuz dan Salahuddin saje..Pasal Bazar Tok Guru tu mana hujah dari pemuda Pas negeri maupun pusat..adakah mereka dangkal dalam politik atau ekonomi dalam membuat perkiraan untung rugi..atau melihat secara seni tulisan sahaja...mgkin terlalu mengira ulamak sehingga lupa yang professionallah yang menaikkan ekonomi maka si ustaz membelasah sesuka hati mengikut acuan perpaduang...gitu?
Media milik UMNO ni asyik nak burukkan PR saja. Tengok berita berkenaan kemalangan bot di Pulau Pinang tu. Rakyat dah dikaburi dengan pembohongan demi pembohongan. Piiirah!!!
Catat Ulasan