19 Dis 2009

Siapa Pemecah-belah PAS Yang Sebenarnya?

PAS DAN BLOGGER
oleh Tok Pepijat

Semasa dan selepas era reformasi, blogger politik lahir bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Pengunjung warung kopi yang bergelar "Penganalisa, speaker, ahli politik dan wakil rakyat" bertukar tempat. Dari warung ke komputer. Mereka mula mainkan peranan lebih berkesan.

PAS juga mendapat manfaat hasil ledakan "revolusi pemikiran dan teknologi" ini. Hasilnya keputusan PRU 12 juga impak sedikit sebanyak daripada penulisan blogger politik yang pro PAS dan PR.

Mereka tanpa upah siang malam mengadap komputer menaip membongkarkan kejahatan dan kezaliman UMNO dan BN. Sasaran "peluru" mereka hanyalah BN. Tiada yang lain.

Selepas PRU 12, keadaan sudah berubah. Beberapa negeri dapat diperintah PR. Wakil rakyat PAS bertambah. Peranan blogger politik pro PAS juga berubah. Mereka mula kritik apa-apa yang menyalahi prinsip parti.

Mereka begitu sayang kepada PAS. Teguran mereka ada kalanya betul dan tepat. Misalnya tentang rundingan dengan UMNO Selangor untuk kerajaan campuran. Ada pimpinan tertinggi tidak dimaklumkan.

Para blogger menegur tindakan tersebut. Akhirnya pimpinan "mengakui kesalahan" mereka. Tutup kes.


Malangnya ada segelintir blogger masih mengungkit-ngungkit perkara tersebut. Malah perkataan dalam penulisan mereka begitu biadap terhadap pimpinan ulamak. Mereka juga mula membahagikan PAS kepada dua pecahan.

Satu kumpulan pro TG Nik Aziz dan satu lagi kumpulan TG Haji Hadi. Mereka cuba lagakan antara pimpinan tertinggi ulamak.

Kita mula terfikirkan apa tujuan kumpulan blogger ini? Apa motif mereka ? Blogger ini juga mula menyerang peribadi pimpinan.

Kalau sebelum PRU 12, sasaran mereka hanya UMNO dan BN, kini sasaran mereka bertambah satu lagi. Sedihnya, sasaran mereka sesama PAS.

Malah serangan mereka terhadap pimpinan PAS lebih hebat dari serangan media barua UMNO lagi. Dengan memaki hamun dan melaga-lagakan sesama pimpinan.
Kita mengakui PAS bukannya 100% sempurna.

Kita juga mengakui pimpinan PAS juga tidak maksum. Dan kita juga mengakui hak peranan blogger menegur pimpinan. Tetapi biarlah ikut lunas-lunas peradaban dan akhlak Islam.

Sempena perjumpaan blogger di Taman Melewar Ahad ini, kita mengharapkan satu titik persefahaman bakal tercipta antara blogger dengan pimpinan parti.

Apa yang penting, kita masih berpegang, " Orang paling "jahat" dalam PAS, itulah orang yang paling "baik" dalam UMNO ".

Hey kawan ! Sasarkan Kalasnikov AK47 anda hanya kepada UMNO dan BN ! Jangan sia-siakan peluru anda.

Ulasan GB

Satu tulisan yang saya terbaca di harakahdaily pagi ini serentak dengan saya cuba untuk membuat lintas lansung Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlansung pagi ini.

Sekali imbas, membaca tulisan Tok Pepijat kita sudah dapat menyelam apa yang igin disampaikannya. tetapi malang, ia tak ubah tulisan dari sekelompok "Pengampu Yang Menjahanamkan Parti" seperti yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang.

GB menyatakan dan mengakui BENAR bahawa sasaran peluru blogger kini telah bertambah satu lagi, bukan sekadar kepada UMNO BN, tetapi kepada sesama ahli parti. Maka carilah dengan kejujuran sebab-sebabnya blogger terpaksa mengambil langkah sedemikian.

Tok Pepijat menyatakan "Mereka begitu sayang kepada PAS. Teguran mereka ada kalanya betul dan tepat. Misalnya tentang rundingan dengan UMNO Selangor untuk kerajaan campuran. Ada pimpinan tertinggi tidak dimaklumkan.

Para blogger menegur tindakan tersebut. Akhirnya pimpinan "mengakui kesalahan" mereka. Tutup kes.
"

Benarkah kes sudah ditutup? Apa kes dengan pertemuan Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan blogger UMNO baru-baru ini sehingga ia kini menjadi kes yang disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin?

Memaki hamun. Siapa yang memaki hamun sebenarnya? Siapa yang menyumpah dan mencarut sebenarnya? Siapa yang menggunakan perkataan-perkataan tidak berkahlak sebenarnya?

Kalau bukan kerja si penhgampu!

Serangan kepada pimpinan. Siapa yang menyerang Mursyidul Am PAS? Siapa yang mengutuk dan mencaci Mursyidul Am PAS?

Kalau bukan kerja si pengampu!

Siapa yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menhentam pengkritik-pengkritik parti termasuk terhadap prof Abdul Aziz Bari yang cuba membetulkan parti seperti yang berlaku di Seminar Memperkasakan Parti tempohari?

Kalau bukan kerja si penhgampu!

Pemikiran jumud yang meletakkan wala membabi-buta tanpa menyedari sikap itu merugikan parti perlu dibenteras sebersih-bersihnya.

Saya menyatakan dengan tegas pendirian saya bahawa konvensyen blogger yang akan diadakan esok adalah konvensyen pengampu-pengampu atau usaha ke arah untuk meramaikan blogger pengampu di persada maya ini kerana ia diusahakan oleh mereka yang telah dikenali sifat pengampu mereka.

Saya menyatakan dengan tegas pendirian saya bahawa PAS bakal kecundang di dalam pilihanraya akan datang selagi PAS masih dipenuhi dengan pengampu-pengampu ini.

Saya menyatakan dengan tegas bahawa para blogger boleh menutup blog-blog mereka sekarang juga seandainya pimpinan dan pengampu hanya meLihat dan menuding dengan menyalahkan orang lain tetapi terlupa untuk melihat tudingan empat jari ke arahnya. Dulang paku serpih!

HIJRAH menuntut perubahan. Perubahan segenap aspek didalam parti jika betul-betul mahu PAS diperkasakan.

Penyakit di luar badan lebih mudah untuk diubati dari penyakit yang ada di dalam badan. Musuh di luar parti lebih mudah untuk dihadapi daripada musuh sebenar yang ada di dalam parti. Pengampu namanya. Itu musuh dalam parti.

Harakahdaily memang gemar menyiarkan tulisan blogger pro-UG tetapi tidak akan menyiarkan tulisan yang anti-UG. Itu sebab mengapa jualan harakah juga merudum sekarang ini kerana dipimpin oleh mereka yang sifatnya pengampu.

GB sudah puas dituduh dengan pelbagai tuduhan demi menegakkan kebenaran dan keadilan. Malah Seminar Blogger yang diadakan esok boleh mengutuk atau mengusul GB dipecat keahlian PAS jika mahu. GB akan redha dengan keputusan itu. InsyaAllah.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kami blogger anti-UG di belakang GB untuk mereformasikan PAS.

Tanpa Nama berkata...

OF ALL BLOGGERS, GB IS THE BEST!

tamil selvam berkata...

Saya pun dah tak beli harakah lagi.

Tanpa Nama berkata...

TAKBIR!

Kelantangan suara GB akan membersihkan perjuangan PAS dari kumpulan pengkhianat yang terdiri dari para pengampu ini.

Kami kembali bersemangat untuk sama -sama memperkukuhkan parti dengan adanya orang2 spt GB.

Teruskan GB.

Tanpa Nama berkata...

Memang puak UG a.k.a. Pengampu nih jahat lah.

Dia yang memecah-belahkan tapi yang dituduhnya orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Pengampu berupaya memecahbelahkan PAS, sebagaimana juga mereka yg keterlaluan curiganya dan sukar menerima penjelasan kepimpinan. Masing2 boleh mempunyai pendirian berbeza tetapi tindak tanduk berlebihan kelantangannya sehingga menampakkan betapa goyahnya PAS.

Jangan samakan PAS dengan pentadbiran organisasi yg menginginkan semua hal dalaman PAS tersebar seantero dunia. Musuh PAS sentiasa berkeliaran mencari segenap ruang yg boleh menebusi pertahanan utuh PAS. Silap langkah, kita yg menari rentak mereka. Moga Allah melindungi TGNA dan TGHA dari pengampu2.

-Mohd, Rusila -Mansoura, Egypt

sb dehlawi berkata...

Teruskan GB, kami sokong kamu...hapuskan gln penjilat UG

Tanpa Nama berkata...

GB, blogger PAS yang sebenar. Saya dah ikuti pendirian GB sejak dari awal. Dan saya belum dengar walau sepatah pun GB menggunakan perkataan caci maki atau mencarut spt yang byk digunakan oleh golongan pengampu@primitif di dalam blog-blog mereka.

Saya kagum dengan GB. Saya kagum dengan kelantangannya. Saya kagum dengan kebolehan dan ilmunya.

Baca setiap baris yang GB tuliskan, ayatnya sama seperti dulu, sama di zaman reformasi sewaktu saya sekadar menjadi tukang sebar apa yang dituliskan.

Hanya PAS tak pandai nak menghargai sumbangan beliau. PAS tak pandai menilai manaca kaca mana permata.

Semuga Allah melindungi GB.

sahabat seperjuangan
- din kmmn

Tanpa Nama berkata...

Kami dulu bersama UMNO satelah kami kenali UMNO secara dekat ,Barulah kami tahu sebagai ahli biasa cuma dijadikan alat atau boneka kepada Ketua UMNO Cawangan /Bahagian untuk mencari harta kekayaan diri dan keroni serta sanak saudara mereka, Apabila sudah menjadi jutawan mulalah ahli keluarga mereka termasuk ketua UMNO tersebut menunjuk keangkuhan dan kesombongan mereka.

Akhirnya kami diperbodohkan oleh pemimpin UMNO tersebut...