Jumlah hantaran terlalu tinggi sebenarnya yang menjadi bebanan kepada bakal pengantin lelaki dan ia bukan disebabkan kenaikan kadar mas kahwin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom, Bernama melaporkannya.
Beliau juga berpendapat kenaikan kadar mas kahwin itu tidak menjadi faktor mengundang lebih ramai wanita tidak berkahwin atau menjadi anak dara tua.
“Jika dilihat masyarakat sekarang (mereka) lebih terarah untuk penyediaan majlis perkahwinan besar-besaran, kalau boleh semua nak hebat...(dari) kad jemputan sehinggalah ke majlis kenduri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Wanita Perdana 2009 di sini hari ini.
Jamil Khir mengulas langkah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan kadar baru mas kahwin di negeri itu sebanyak RM300 bermula pada tahun depan berbanding RM80 bagi anak dara dan RM40 untuk janda sejak 1978.
Beliau yakin keputusan menaikkan kadar mas kahwin itu dibuat selepas penelitian dan kajian mengenai perkara itu dilaksanakan.
Ulasan GB
GB pernah mengulasnya di SINI.
Soalnya mengapa dipersulitkan orang yang hendak berkahwin secara sah?
Apakah kerana "masyarakat sekarang lebih terarah untuk penyediaan majlis perkahwinan besar-besaran" maka kita perlu mengikut arus trend berkenaan? Bukankah menjadi tanggungjawab pihak yang berpengetahuan ugama termasuk mufti-mufti yang hebat-hebat serta pemimpin-pemimpin pertubuhan Islam untuk mendidik masyarakat supaya tidak mengikut trend pemborosan dan bermegah-megah itu?
Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya.....
Sabda Rasulullah SAW
" خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا "
أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس
Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya
" ابركهن اقلهن مهرا "
Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”
Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :
"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ".
( Riwayat Ahmad )
Belum ada dijumpai hadith yang menunjukkan perlu dinaikkan atau dimahalkan mas kahwin.
Sebelum ini GB mengutarakan sekurang-kurangnya dua implikasi dari kenaikan mahar dan pihak yang bertangungjawab menaikkan mahar dan yang menyokongnya perlu bertanggungjawab dengan masalah yang yang dibawa:
1) Akan lebih ramai andartu (anak dara tua) seperti yang disebutkan oleh TG Nik Aziz
2) Akan lebih marak kes-kes sumbang mahram dan gejala sosial di kalangan remaja kerana dipersulitkan mereka untuk mendirikan rumahtangga secara sah.
Ada diantaranya berhujjah kononnya kenaikan maskahwin akan meninggikan darjat perempuan. Ia sebenarnya satu hujjah dangkal lagi bebal. Tinggi-rendah mas kahwin tidak boleh digunakan untuk mengukur darjat perempuan. Apakah nilai seorang wanita cuma RM300?

2 ulasan:
sederhana dalam hadis tu apa ukuranya?sebab takde hadislah kita guna urf(salah satu sumber hukum) .kenapa tak salahkan adat melayu bidaah tu,kenduri ribu raban,sanding hotel tu semua,kalau just 300,takde hal pun,TGNA tu keliru antara maskahwin ngan hantaran,dia pun kata anak dia rm 1000 maskahwin(kat kelantan maskahwin/hantara benda yg sama)klau betul nak murah napa sampai 1000?
Mail pagoh
kd mail pagoh, mengapa butakan mata terhadap hadith2 yg lebih banyak menyuruh untuk merendahkan mahar?
Catat Ulasan