Sebuah akhbar tempatan melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan kegagalan ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 Isnin lalu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.
Sambil menegaskan beliau memandang serius perkara itu, Perdana Menteri berkata arahan sudah diberikan supaya semua Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen hadir pada persidangan itu.
“Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Copenhagen malam tadi.
Itu BN, dia punya pasal.
Bagaimanapula dengan Pakatan Rakyat terutama PAS?
Saya memfokuskan hanya kepada Parti Islam SeMalaysia dimana lima orang dilaporkan tidak hadir. Walaupun ia jumlah terkecil daripada sekalian wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tidak hadir, namun adalah tidak wajar seseorang wakil rakyat dari sebuah parti yang bertunjangkan Islam menunjukkan teladan yang buruk, sementelah lagi yang tidak hadir dari kalangan PAS itu bukanlah calang-calang orangnya.
Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang dilaporkan kelihatan agak marah dengan insiden berkenaan.
Presiden PAS tentu kini banyak belajar dan menginsafi kejadian itu. Betapa pentingnya untuk memenuhi tanggungjawab dan mengutamakan prioriti serta tidak meninggalkan Parlimen dengan alasan remeh-temeh.
Satu ketika dahulu, di sini, GB sendiri pernah menegur Tuan Presiden, tetapi GB dihentam secukupnya oleh ahli PAS yang taksub kepada Tuan Presiden. GB nukilkan semula:
Kini Tuan Presiden melihat sendiri apa yang terjadi apabila akhlaq wakil-wakil rakyat PAS saling tak tumpah dengan MP dari BN.
Hal ini mengulangi satu pengundian belah bahagi atas permintaan 15 anggota Dewan Rakyat, kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ke atas Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) diadakan di dapati 48 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 47 membantah. BN menang dengan kelebihan 1 undi. Ada beberapa MP PAS tidak hadir.
Nah kini bagaimana? Hendak diambil tindakan atau pun tidak, sedang BN mahu ambil tindakan ke atas wakil rakyat mereka! Sedangkan juga, alasan-alasan YB-YB dari PAS ini seperti ada nak memperbodohkan ahli-ahli PAS dan para pengundi atau ada dari kalangan yang bodoh dah terlepas jadi wakil rakyat PAS?
Nak hadapkan YB-YB kita ke Lembaga Disiplin? Persoalan lain timbul pula. Sedangkan, izinkan saya ulangi Lembaga Disiplin PAS itu sendiri bias dan dipersoalkan kesahihan pembentukannya! Bacalah.
InsyaAllah, GB yakin GB betul.

Di mana Presiden PAS, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang berada sekarang ini tatkala parti dan negara diselubungi persoalan yang menuntut jawapan darinya?
Beberapa kali persidangan parlimen berlansung Haji Hadi gagal untuk hadir dengan alasan yang tidak diketahui oleh sesiapa.
Tatkala krisis politik Perak meletup, dan sewaktu semua pihak tertanya-tanya dimanakah Presiden PAS berada bagi mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat dibela dan dibantu secukupnya oleh pimpinan Pakatan Rakyat, Haji Hadi berada di luarnegara, dikatakan pergi menyerahkan sumbangan kepada Tabung Mangsa Kezaliman Usrael yang sepatutnya tugas itu boleh dilakukan oleh pimpinan yang lain.
Kemudian, tatkala isu Gobind Singh Deo digantung dimana suara dan bilangan ahli Pakatan Rakyat diperlukan untuk di dalam undian belah bagi, sekali lagi Presiden PAS tidak ada. Sekali lagi dikatakan berada di luranegara.
Kini, apabila isu Kerajaan Perpaduan hangat diperbincangkan dan apatahlagi di dalam suasa parlimen sedang bersidang, Haji Hadi berada di luarnegara lagi.
Kita jadi hairan bagaimana seorang yang dilantik menjadi wakil rakyat untuk membawa suara rakyat dari kawasan parlimennya, tiba-tiba kerap benar tiada di dalam Dewan Rakyat tetapi terlalu sibuk dengan aturcara di luarnegara.
Apakah masalah negara sudah terlalu remeh baginya untuk diambilkira dan pengundi tidak perlu lagi diberikan perhatian, cukup dengan sekadar meletakkan dua orang pegawai di pejabat DUN dan Parlimen bagi menguruskan semua hal-hal rakyat?
Seingat saya, Haji Hadi, setelah memenangi jawatan sebagai Presiden PAS tanpa bertanding telah berjanji untuk memberikan khidmatnya yang terbaik tetapi nampaknya Haji Hadi lebih gemar untuk berurusan dalam hal-hal di luar negara berbanding dengan perkara yang berkaitan di dalam negara.
Saya tidak kata ke luarnegara itu tidak boleh, tetapi apakah wajar ia dilakukan sewaktu persidangan parlimen berlansung dan sewaktu negara sedang menghadapi masalah yang menuntut jawapan segera daripadanya seperti masalah Kerajaan Perpaduan? Apa tah lagi ia dilakukan terlalu kerap.
Kita jadi hairan yang kita terpaksa mendengar jawapan mengenai Kerajaan Perpaduan yang diberikan di satu majlis di London!
Perlu diingatkan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira kedudukan bahawa anda perlu merasa bertanggungjawab dan akauntabiliti untuk menjalankan amanah sebaik-baiknya bagi pengundi anda kerana kita khuatir akan berlaku peristiwa pilihanraya 2004 dimana ramai wakil rakyat Barrisan Alternatif ketika itu tewas akibat dari track record yang buruk.
Anda dibayar gaji oleh rakyat Malaysia untuk menjalankan amanah itu dan seandainya diluarnegara itu lebih penting, sebaik-baiknya lepas jawatan sebagai wakil rakyat di dalam negara supaya anda boleh menjadi wakil rakyat di luarnegara.
Kita marah wakil rakyat BN seperti Ong Tee Kiat berada di luarnegaara semasa Parlimen bersidang dan tatkala isu PKFZ hebat menuntut jawapan darinya, tetapi mengapa kita juga perlu ada pemimpin semacam itu?
Baliklah segera wahai pemimpinku kerana kelupaan menunaikan tanggungjawab itu amat besar bahananya kepada jemaah nanti.
Kini Tuan Presiden melihat sendiri apa yang terjadi apabila akhlaq wakil-wakil rakyat PAS saling tak tumpah dengan MP dari BN.
Hal ini mengulangi satu pengundian belah bahagi atas permintaan 15 anggota Dewan Rakyat, kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ke atas Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) diadakan di dapati 48 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 47 membantah. BN menang dengan kelebihan 1 undi. Ada beberapa MP PAS tidak hadir.
Nah kini bagaimana? Hendak diambil tindakan atau pun tidak, sedang BN mahu ambil tindakan ke atas wakil rakyat mereka! Sedangkan juga, alasan-alasan YB-YB dari PAS ini seperti ada nak memperbodohkan ahli-ahli PAS dan para pengundi atau ada dari kalangan yang bodoh dah terlepas jadi wakil rakyat PAS?
Nak hadapkan YB-YB kita ke Lembaga Disiplin? Persoalan lain timbul pula. Sedangkan, izinkan saya ulangi Lembaga Disiplin PAS itu sendiri bias dan dipersoalkan kesahihan pembentukannya! Bacalah.
InsyaAllah, GB yakin GB betul.
8 ulasan:
Insiden sedemikian tidak harus berlaku! Jangan pandang blogers sebagai tunggul yang hanya pandai bersilat kata saja. Wakil rakyat jangan jadi munafik!!
PRU 13 akan menyaksikan rakyat dalam dilema untuk membuat pemilihan antara pemimpin yang bodoh tahap serius dengan pemimpin rasuah dan gila kuasa. Inilah hidangan yang disajikan oleh parti BN dan gerombolan PAS "made in" usang ketinggalan zaman. Hanya negara dan rakyat yang mengalami kerugian.
TGHH nak marah kat MP pun jadi serba salah kerana yg dok mengamalkan sikap ini ialah TGHH sendiri. Kalau dia tegur nanti MP kata mu pong serupa dgn aku juga. Mu pong lagi byk tak hadir dewan dari kami. Ambo cuma mampu senyum kambing.
Menyedihkan.
Suasana sekarang bukan seperti dulu lagi, segelintir penyokong2 PAS begitu lantang mengkritik tanpa adab. Suasana yg tidak langsung terjadi sebelum ini. Niat dah baik ,critics, tp tanpa adab dan ikut stail sendiri, seolah2 concern dengan parti, tapi tanpa sedar lebih menimbulkan kebencian. Masing2 mungkin ada salah dan silap, tapi sikap sebegini tidak membantu kearah perpaduan dalam parti dan lebih banyak mencipta kecelaruan. Pasca PRU12. Saya bukan anti PR dan pro semua pemimpin PAS.
-Mohd, Rusila -Mansoura, Egypt
Sdra Mohd, lebih menyedihkan terdapat mereka yang mengampu dan wala membabi buta. Ustadz Hadi sendiri tak suka begitu.
Dan GB ada menyatakan di dalam tulisan sempena Maal Hijrah:
"Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.
Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti "wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi. Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi di zaman kontemporari ini."
Hasan Ali kritik kawan-kawan dalam PR pun tak ada adab. Tak percaya cubalah dengar rakamannya bersama blogger UMNO.
Jika orang serang kita dengan machine gun, tak tak kita nak balas dengan keris? Itu dah ketinggalan zaman.
Cubalah jadi umat yang berfikiran jauh. Kalau masih nak kekalkan adab Melayu yang lemah lembut serta LAYU, saya rasa orang Islam Melayu tak kan boleh pergi jauh.
kepada Mohd..LANTANG DAN TANPA ADAB ADALAH DUA PERKARA BERBEZA..PAS PERLUKAN PEMIMPIN@AHLI2@PENYOKONG2 YG BERFIKIRAN TERBUKA-SEDIA DITEGUR-IKHLAS MENEGUR-BERSEDIA BERUBAH UTK KEBAIKAN...JIKA HANYA PANDAI ANGGUK DAN GELENG A.K.A PENGAMPU, PAS AKAN SAMA DGN UMNO MALAH LEBIH TERUK KERANA IMEJ ISLAM YG DIBAWA..MEMANG BETUL ADAB PERLU DIJAGA..PAS JUGA PERLU PEMIMPIN YG BERADAB..JIKA PEMIMPIN X BERADAB A.K.A KURANG AJAR MAKA JGN DISALAHKAN AHLI@PENYOKONG MENGKRITIK..SELAGI KRITIKAN ITU KEARAH KEBAIKAN MAKA IA HARUS DITELITI DAN DITERIMA..
*YANG MENGKRITIK TANPA ADAB BIASANYA:
1-MEREKA YG KURANG AJAR DAN XKAN MENYOKONG BENDA YG BAIK.
2-MEREKA MARAHKAN PEMIMPIN YG BODOH SOMBONG..
3-KERANA YG DIKRITIK OLEH MEREKA JUGA TIDAK BERADAB.
-mamat-redland-serambi mekah-malaysia
perkara ini hendaklah dijadikan iktibar kepada semua orang tak kira YB atau org perseorangan. sebenarnya setiap individu mempunyai tanggungjawab yg perlu dipikul yg telah diamanahkan oleh ALLAH. kita kena selalu muhasabah diri, kenapa dan bagaimana perkara begini boleh terjadi? jadi ingat satu perkara
KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, PERANCANGAN ALLAH LEBIH TETAP. Kaji dan teliti... ini adalah dgn kehendak Allah perkara begini terjadi. DIMANA SALAH DAN SILAP KITA... DIMNA KEIKHLASAN KITA...
Catat Ulasan