Konvensyen PR esok menjadi salah satu batu tanda penting hubungan parti-parti dalam PR. Dalam suasana Umno / BN amat berharap parti-parti dalam PR bercakaran sesama sendiri, tiba-tiba konvensyen ini berlangsung.
Sehingga kini belum ada komen pemimpin Umno / BN mengenai konvensyen ini. Mungkin mereka masih terkejut dengan kejadian di parlimen 14 Dis yang lalu.
PR guna satu lambang seperti BN? Saya harap konvensyen ini tidak mengeluarkan resolusi begitu. Kenapa?
Penting sangatkah lambang? Kecuali sistem pilihanraya kita berubah, ada cara lain selain lambang untuk membolehkan pengundi memilih parti yang mereka mahu, lambang masih sangat penting.
PAS berbeza dengan PKR dan DAP sama seperti Umno berbeza dengan MCA dan MIC. Perbezaan ini harus diiktiraf sama seperti pengiktirafan terhadap wujudnya persamaan. Apa yang mustahak, perkukuhkan keserasian dengan perbezaan yang wujud itu.
Lelaki dan perempuan berbeza tetapi mereka tidak perlu memakai baju yang sama untuk memaklumkan kepada umum bahawa mereka adalah pasangan suami isteri. Cukuplah dengan mereka menaiki kereta bersama, membeli-belah bersama, makan angin bersama, ketawa dan menangis bersama, memegang tangan anak-anak ketika berjalan bersama, itu sudah memadai.
Jiran-jiran tahu, kawan-kawan tahu, bahkan orang yang tidak mengenali mereka pun tahu bahawa mereka pasangan suami isteri bila melihat mereka begitu.
Apa yang mengikat mereka? Ya, selain dokumen perkahwinan, mereka diikat oleh kebersamaan mereka menghadapi situasi. Ada ketika mereka berkelahi, berbalah, bergaduh, tetapi kemudiannya mereka kembali bersama malah lebih intim lagi. Demi siapa? Ya, demi anak-anak, masa depan mereka.
PAS, PKR dan DAP tidak perlu menggunakan lambang yang sama. Lebih selesa, tenang kita memakai lambang sendiri seperti sekarang. Cukuplah, kita berarak bersama, kita berkempen bersama, kita bermarkas bersama, orang sudah tahu bahawa kita berkawan. Dunia sudah tahu itu semua.
Kita tidak perlu menipu rakyat seperti BN. Ke sana sini memikul dacing, tapi Umno menikam Melayu, MCA dan MIC pun tidak setara mana membela kaum mereka. Orang yang terbela ialah orang yang berkuasa, pemimpin mereka.
Dengan satu lambang itu, pada hari ini rakyat tidak kemana. Kekayaan negara mereka punggah dan difaraidkan sesama mereka. Rakyat ditipu dengan satu lambang. Satu lambang, kononnya simbol perpaduan. Akhirnya, mereka memang berpadu tetapi untuk tipu kita.
Kita tampil di hadapan rakyat dengan wajah kita. PAS, PKR dan DAP dengan wajah masing-masing. Kita suarakan idealisme kita. Fokus kita ialah rakyat, masa depan mereka.
Politik tipu rakyat dengan satu lambang tidak harus kita warisi. Kita mesti berbeza daripada BN. Kita perlu melakar wajah politik baru untuk Malaysia.
Berikan rakyat Malaysia peluang yang luas untuk menentukan masa depan mereka. Jangan ikat dan berkas mereka dengan lambang seperti BN. Andai PR berkuasa, lebih baik kita berikan rakyat Malaysia banyak pilihan, PAS, PKR dan DAP daripada kita mengikat mereka dengan dua pilihan sahaja, PR dan BN.
Rakyat akan lebih memberontak jika mereka diikat berbanding mereka diberikan banyak peluang dan pilihan.
BN telah memenjara rakyat dengan ‘dacing’. Hari ini rakyat memberontak. Ahli atau penyokong Umno tidak mampu beralih kepada parti lain dalam komponen BN, ahli atau penyokong MCA tidak beralih kepada Gerakan misalnya, kenapa? Kerana mereka jemu dengan ‘idealisme’ dacing itu. Kesudahannya mereka meninggalkan terus ‘dacing’.
PR mesti memberi peluang kepada ahli atau penyokongnya terus bersama PR sekali pun dia mungkin tidak mahu bersama dengan salah satu parti dalam PR. Bukankah itu lebih menguntungkan politik kita? Dia tidak selesa dengan A, boleh pilih B, namun masih bersama PR.
Justeru, saya tidak bersetuju PR menggunakan satu lambang sahaja. Lebih baik terbuka, lebih selesa bebas, lebih mesra beridentiti. Dada tidak sempit, fikiran tidak kusut.
Bukan saya seorang tetapi saya yakin rakyat Malaysia juga begitu. Rakyat Malaysia sudah fobia dengan satu lambang, ‘dacing’. -bongkarsauh
Ulasan GB
Demikian pendapat dan pandangan Ust. Zolkharnain.
Bagi GB, tidaklah menjadi satu masalah besar mengenai isu penggunaan satu lambang ini. Boleh ada boleh juga tiada. tetapi lebih baik ada.
Kita melihat dari sudut positif jika ianya diadakan. Ia mampu mengeratkan hubungan dalam ertikata kita berada di dalam satu bahtera yang sama - bernama Pakatan Rakyat - untuk mwujudkan semangat kekitaan yang lebih berkesan untuk menghadapi lawan.
Tiada lagi pemisahan yang didasarkan faktor keperbezaan politik kepartian samada PAS, PKR atau DAP. Sementelah lagi ketiga-tiga parti telah mampu keluar dari kepompong etnik tertentu, tak seperti BN yang setiap komponennya dilihat mewakili hanya kelompok-kelompok etnik tertentu.
Evolusi kematangan berpolitik rakyat di dalam negara kita telah menjurus ke arah penolakan parti politik "assabiyah" yang berteraskan etnik dan ini memudahkan untuk Pakatan Rakyat mendapat sokongan rakyat tanpa mengira bangsa untuk membuat pilihan lain selain BN.
Benar kata Ust.Zol, "Cukuplah, kita berarak bersama, kita berkempen bersama, kita bermarkas bersama, orang sudah tahu bahawa kita berkawan. Dunia sudah tahu itu semua". Namun bagi GB, ia akan lebih indah dan mantap apabila setiap dari kita, tak kira PAS, PKR atau DAP menggunakan baju atau topi yang berlambang sama. Ia untuk mengukuhkan kesatuan hati, kesatuan pemikiran dan kesatuan tindakan bagi meruntuhkan BN.
Analogi kita berada di padang bola, dua pasukan bertarung. BN versus PR. Jadi agak tidak berapa berjaya jika BN dengan warna biru pekatnya sedangkan pemain PR menyarung jersi dengan tiga warna berbeza. Setentunya, ia memeningkan spectator (penonton), terlebih pening lagi di kalangan pemain-pemain PR sendiri.
Seperkara lagi, kita ingin menampakkan bilangan kita ramai di dalam satu-satu perhimpunan, bersesuaian imbauan firmanullah...wa addilahum masta ta'tum min quwwah... Kita tidak ingin bertelagah untuk menyatakan PAS ramai, PKR sedikit, DAP cuma seorang dua apabila ia dikenali dengan lambang-lambang yang berbeza-beza. Dengan pemakaian satu lambang tiada lagi rasa kekok apabila sesorang ahli DAP, misalnya yang ingin turut serta menyokong calon PAS atau PKR. We are all one, PR.
Apa-apa pun kita serahkannya kepada semua peserta konvensyen esok apa yang terbaik untuk Pakatan Rakyat.

7 ulasan:
Memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Apa-apa pun kita harap apa yang terbaik buat PR.
Jangan pula lepas ni apa-apa keputusan yang dibuat (sama ada satu lambang atau kekal dengan lambang masing-masing) akan ada mangkuk hayun yang buat protes dan beri komen pada wartawan utusan da TV3.
Ana setuju dengan perbincangan secara begini. Lunak, lembut dan berhujjah menggunakan kemampuan berfikir masing-masing.
Bukan seperti sesetengah blogger. berharuk pikuk, siap dengan mencarut dan memaki-maki.
bersama pakatan rakyat, tolak 100% BN
Saya pun dah bagi pandangan yang panjang lebar dalam blog ustaz zolkharnain. Kalau dia siarkan saya akan paste kat sini... Nak tulis semula mungkin agak panjang. Apapun saya lebih bersetuju dengan pandangan GB. Analogi saya adalah lebih cantik dan bergaya kalau pasangan suami isteri itu memakai kain yang corak dan warnanya sama. Barulah khalayak merasakan memang pasangan tadi betul2 ngam dan umphhh! Masa berperang di zaman rasullullah, lambang dan bendera tersangat penting! Bahkan ditugaskan ada org membawa bendera dan dikawal oleh beberapa orang pengawal pula. Kalau bendera itu jatuh menunjukkan pasukan tentera itu tadi akan mengalami kekalahan. Manakala mengibarkan bendera putih bermakna diketahui pasukan tersebut sudah kalah!
pada saya yang penting ialah persefahaman dalam PK. antara kita biar apapun yg dikatakan oleh BN - umno utk cuba memecah belahkan PK kita tolak tepi atau buang dlm bakul sampah lagi baik buang dlm tangki kumbahan shj, jgn mudah melenting bila BN umno cuba menjadi duri dlm daging. WALAU APAPUN SAYA TETAP AKAN BERDIRI TEGUH BERSAMA2 PAKATAN RAKYAT DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU KITA DUNIA DAN JUGA AKHIRAT. Perbincangan ini adalah baik.....
Salam Gb & Selamat malam.
Ada Pro & kontra atas penggunaan satu lambang.Yg pro ada hujahnya begitu juga yg kontra.Walaupun kedua-duanya dalam satu kampung TAPI rumahnya berlainan ,jangan kita mudah berprasangka buruk atas isu ini SEBABnya dikatakan begitu kerana ianya baru dan maklumat serta visinya sudah terang bagi yang memahaminya cuma ianya tidak mendapat sambutan yang baik drpd pihak media perdana & cetak.Nescaya penggunaan satu lambang ini cuba diperlekehkan oleh media2 tadi.YG pasti ada pihak yg meremang bulu romanya bilamana PR bertambah kukuh dengan adanya lambang berkenaan.PAKATAN RAKYAT v BN dalam PRU 13 atas satu lambang semuga ianya mendapat perkenan Pandaftar Pertubuhan & SPR.
Memang mengunakan satu lambang dalam PR adalah tepat sekali. Cina,
Melayu dan India akan lebeh bersatu
lagi, memandangkan lambang itu nanti akan jadi milek semua. Contoh
nya, jika berlakunya pilihan raya
kecil Cina, India dan Melayu akan
memakai baju yg berlambangkan dlm bentuk yg sama. Ini dapat memberi
kan semangat dan perpaduan yg lebih
erat utk sama-sama berganding bahu
menentang BN.
Catat Ulasan