26 Dis 2009

Edar Risalah, Dua Anggota AMK Ditahan

Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan ditahan petang tadi selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Ampangan Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin kedua-duanya ditahan ketika mengedarkan risalah mendesak Mahkamah Syariah mempercepatkan prosiding kes Qazaf yang difailkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas solat Jumaat tadi saya dimaklumkan polis telah menghalang pengedaran risalah tersebut dengan menahan sejumlah risalah yang besar bersama dengan dua anggota AMK Negeri Sembilan dan terus di bawa ke Balai Polis Rahang,” katanya.

Badrul berkata, tindakan polis itu jelas memperlihatkan kegentaran pihak kerajaan apabila risalah mengenai pendedahan sebenar kes tuduhan liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim diedar kepada rakyat.

Beliau turut menyifatkan penagkapan berkenaan sebagai tindakan yang luar dari norma biasa yang dilakukan polis.

Katanya, bagaimanapun pegawai penyiasat yang terlibat dalam kes pengangkapan ini berjanji akan membebaskan kedua-duanya lewat petang ini dengan jaminan polis dan perlu melapor diri pada tarikh yang ditetapkan.

Bagaimanapun katanya, pegawai tersebut gagal menjawab penangkapan itu dibuat di bawah akta apa.

“Namun saya percaya dan yakin apa juga baik Akta Hasutan dan sebagainya benda ini sudah digunakan lama hanya untuk menyelamatkan rakyat daripada mengetahui kebenaran dan menyelamatkan Barisan Nasional.

“Jadi kali ini saya juga percaya dan yakin mereka juga tidak tahu mengunakan di bawah undang yang mana, cuma dia terpaksa tangkap untuk mengelakkan rakyat mendapa risalah tersebut,” katanya.

Jumaat lalu, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalan AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamat di tahan ketika mengedar risalah di Masjid Negeri Shah Alam selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Anwar telah membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.



Tiada ulasan: