Pintu Kerajaan Perpaduan (UG) telah ditutup rapat kata Presiden PAS. Walaupun berbagai tafsiran boleh dibuat dengan rangkai kata “ditutup rapat”, saya yakin dengan kesepaduan dan kemampatan kenyataan beliau. Cuma saya kurang yakin dengan orang yang akan membukanya kembali.
Mungkin, Tuan Presiden mempunyai kata laluannya sendiri, namun dengan kecanggihan zaman “IT” ini, “hackers” tetap dapat menggunakan kata laluan alternatif.
Hingga ke hari ini, saya belum terbaca lagi apatah lagi mendengar daripada kaum (yang saya anggap sebagai dedalu) berkenaan membuat penjelasan secara terbuka. Apa yang saya lihat mereka cuma tersengeh-sengeh macam kerang busuk mendengar kenyataan Presiden. Dalam pada itu, orang yang berkenaan bersama juak-juak menyusun beberapa strategi bagi mencantas golongan yang senada dengan TGNA. UMNO juga telah dimangsagunakan bagi menutup mulut TGNA.
Bagaimana rasionalnya UG ini kepada PAS? Teorinya begini. Mudah sahaja. Di dalam UMNO, memang terdapat golongan yang berpendidikan dan b erpengetahuan agama. Golongan yang tahu membezakan antara halal dan haram. Keduanya ada juga kelompok yang telah letih membuat kerja-kerja haram. Mereka semakin tua. Walaupun nafsu masih kuat dan tajam, kemampuan tidak seberapa. Ketiga ada juga puak yang seperti sudah bosan dengan UMNO. Meluat dan menyampah.. Namun disebabkan masalah yang ada kaitan dengan dirinya, mereka tidak dapat hendak ke mana. Umpama pepatah nak ditelan mati emak , nak dibuang mati bapa.
Ketiga –tiga golongan ini jika digabungkan dengan ahli PAS ia telah mampu menjadi kumpulan yang dominan di dalam UMNO khususnya dan BN amnya. Suara-suara tua, telah mula dapat dibaca daripada kenyataan Mahathir dan Muhammad Taib. UMNO sebagai tunjang BN cuma dikendalikan oleh dua kelompok yang bersepupu yang mana para pengikutnya menganga umpama anjing kelaparan dirasakan tidak memberi apa-apa keuntungan pada ketiga golongan ini melainkan imej yang buruk.
Khairy Jamaludin (KJ), umpama ayam jantan yang mana ekornya bergelumang tahi, cuma mampu berkokok untuk mencari ayam betina. Lebih daripada itu tidak ada siapa yang mempedulikannya. Untuk kelihatan mahu mensucikan diri, ketua pemuda UMNO ini mulalah berjinak-jinak dengan puak ketayap putih. Itu sebabnya, ia sering kelihatan di mana-mana majlis yang berkaitan. Tidak mustahil, dia cuba menunjukkan sokongan dengan penganjur UG.
Pada KJ, UG ini penting untuk mendapatkan magoriti sokongan di dalam UMNO khasnya dan BN am. Itu sebabnya, cuma KJ yang sering terpampang di dalam mana-mana insiden yang berkaitan dengan PAS. Lebih-lebih lagi, Presiden PAS pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UG ini cuma sesuai pada zaman Pak Lah. Oleh itu, sebagai anak menantu, KJ akan cuba menjaga dengan seberapa baiknya pusaka ini.
Memang tidak ada apa yang perlu dirisaukan dalam PAS. Semua ahlinya akan tetap memberi walak. Namun jangan lupa, Asri dan Nakhaei pun kena sepak. -smartlife

11 ulasan:
Salam,
Satu interpretasi silap yang tujuan tidak lain untuk memberi persepsi salah terhadap pimpinan.
Kj nak hadir ke mana-mana majlis pimpinan PAS, itu dia punya hal. Tak kan lah kita nak halau tetamu. Anwar nak minum kopi bersama Najib, TGNA datang jemputan Zaid Ibrahim (suatu dahulu), tengok bola dengan Annuar Musa dan pelbagai lagi....sebenarnya tidak menimbulkan apa-apa masalah dan perkara yang besar. Tapi ia jadi besar bila hati ini penuh dengan rasa benci dan prejudis terhadap pimpinan. Penuh dengan sifat terkeji....kalau boleh hindarkanlah...
Ingat, PAS TETAP SATU - tiada UG, tiada Erdogan!
Fiqar
yang penuh sifat terkeji.. tak lain golongan UG
tak percaya tanya hassan ali
apasal singkir Khalid dan Shaari?
tak payah nak tipu sekalian ahli
konon dah ditutup isu UG
ingat, pas pernah sepak dato asri dan nakhei
salam tuan..
kalau dah tutup tu,tutup lah...
dato asri dan nakhaei sebenarnya menyepak diri sendiri...silapnya kerna ada yang memberi bola tanggung!tapi terkulat-kulat bila memetik rejaman
wallahua'lam.
dah la x payah nk kecoh2 pasal ug or erdogen la beb,x abis2 la,meluat aku,ape masalahnya lah bila pemimpin2 minum or duduk dlm 1 majlis dgn umno,xkan tue pn dah dikatakan UG?x abis2 ngn persepsi2 camnie...hampehhhh..xyah nk timbulkn dah la..
suka tak suka itu masing-masing punya pasal.
GB tidak akan berhenti selagi GB mengesani kuman UG masih ada di dalam parti.
Pernah berlaku di satu daerah di sebuah negeri yang dilanda banjir besar, bila disiasat adalah dimulakan oleh sebuah lubang kecil hanya sebesar lubang jarum!
Saya fikir mungkin GB silap. Atau GB paranoia?
Jika GB mengesani UG, cara terbaik ialah menegur dengan baik dan hikmah dan lebih afdal secara tertutup. Seharusnya GB tahu yg dengan cara tidak tepat begini mengundang pihak musuh memperbesarkan isu dan mengambil kesempatan untuk memporak perandakan PAS. Dan inilah yg telah saya lihat sekarang rentetan isu UG yg dilagu-lagukan secara berlebihan. UG mungkin tidak bagus untuk PAS, tp mungkin juga bagus. Kita tak tahu sebab ia belum dilaksanakan dan sekarang kita takkan tahu sebab ia telah ditutup. full stop.
Jgn tuduh saya pro UG sebab saya nobody dalam PAS, dan bukan ahli PAS, tp undi saya kepada PAS dan jgn kata bukan ahli PAS stay away dan jgn campur urusan PAS, sebab jgn harap PAS menang dengan hanya sejuta ahli sahaja, sedangkan ramai kat luar sana sanggup mengundi PAS atas dasarnya kepada Islam. Atas kefahaman saya pasal UG, dan memahami aspek2 UG dan pabila ia dinyatakan tutup dan tidak lagi relevan, maka stop talking about UG. No more UG and everybody should back to normal state. So why keep labeling this one and that one as pro UG? Saya tengok pimpinan lain yg dituduh pro UG tak ada pun bercakap pasal UG, as far as I concern. Itu sbb saya kata paranoia telah melanda.
Mungkin saya boleh kata macam GB kata, suka tak suka masing2 punya hal. But I won't say that. Saya tak mahu keras kepala dan tidak mahu mengeruhkan keadaan. Setiap orang yg saya jumpa dalam dan luar parti, saya terangkan apa yg berlaku pasal UG dan cuba memperbaiki kerosakan yg sudah berlaku lantaran isu UG.
perbincangan masih terbuka...bilhikmah.
-Mohd, Rusila -Mansoura, Egypt
terkandung juga di dalam "bilhikmah" itu ialah Terang, Tajam & Tepat.
1. Saya sokong cara GB 110% !!!(tapi saya tidak menjadi penyokong yang membawa rebah itu bodoh namanya).Cara GB yang terus terang dan tepat, sebelum menjadi lebih buruk dan parah. Harapkan tindakan disiplin atau entah apa dipanggil jawatankuasa tu entahlah. Sampai sekarang kesan nya tiada. Rakyat hanya menanti sehingga mereka lupa(tapi ingat ramai rakyat yang bijak akan ingat sampai bila-bila).Tiada apa pemulihan dibuat.Adakah jemaah ini tiada sistem. Pakai berjalan atas nasib???tak tau la..kita bukan menyukai tindakan displin tapi kudis dan nanah perlu dibersihkan jika ingin sembuh.
2. Salah satu sifat buruk yang saya perhati dalam organisasi ini ialah sindrom penafian. Mereka menafikan benda-benda yang benar tapi pahit bagi puak ini.Mereka ini sentiasa menafikan apa yang mereka tidak suka.Sokong bawa rebah. Tiada sikap untuk membetulkan keadaan.Denied syndroms ini berlaku dalam mesyuarat mereka dan dari percakapan mereka dengan orang biasa. Dan kita hanya gelak dan geli dalam hati apabila bercakap dengan puak-puak ini. Teringat kata dalam tempurung.
3. Priority- adalah keutamaan, perkara yang penting perlu diambil tindakan dahulu daripada benda yang kurang penting. Dasar parti adalah teramat amat penting. Kalau kita menyamakan antara kesalahan tengok bola dengan Anuar Musa dengan perbincangan Ust Nasa dengan puak UMNO yang mencangkupi dasar parti kita tidak faham dan cetek. Menyamakan antara hadir dalam majlis jemputan kenduri dengan kejadian memanggil blogger UMNO untuk menjelaskan perkara dalam kelambu kita silap dan songsang.
Kami sokong GB 100% kerana bersama TGNA dan menentang puak UG dalam PAS......
Amat menghairankan TGHH dan pimpinan penyokong UG tidak diserang UMNO dan akhbarnya seperti TGNA???
Kenapa TGHH tidak menyerang UMNO dengan tegas seperti dahulu, dengan toghut dan sebagainya???
Catat Ulasan