23 Nov 2009

Nik Aziz Arah Arriffahmi Letak Jawatan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Arahan itu berkaitan dengan isu membabitkan pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO daripada jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO).

Nik Aziz yang juga Pengerusi PMBK baru-baru ini mempertahankan pelantikan itu dan berkata Ariffahmi yang berkelulusan sebagai jurutera, sememangnya mempunyai keupayaan serta kebolehan memegang jawatan terbabit.

"Mana boleh Menteri Besar melantik seseorang yang tidak menentu (tiada kebolehan untuk pegang jawatan itu). Saya beri kepercayaan kepada menantu saya itu (Ariffahmi) kerana dia seorang jurutera serta mempunyai kebolehan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pemuda Umno Kelantan yang menuntut siasatan dilakukan terhadap pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO di PMBK ketika ini selepas menjawat COO perbadanan itu.


Menantu Nik Aziz letak jawatan

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.


Ulasan GB

Tahniah dan terima kasih TG Nik Aziz, Tahniah dan terima kasih juga untuk Ariffahmi. Tuan-tuan telah menyelamatkan PAS Kelantan dari terus difitnah oleh orang yang suka memfitnah.

Ini menunjukkan Ariffahmi tidak gila jawatan, tidak gila pangkat.

Semuga Allah s.w.t terus menjaga PAS Kelantan disamping mnghancurkan semua perancangan jahat golongan yang membenci kepimpinan TGNA.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cuma ia sekadar bertentangan dengan pendirian TGNA sebelum ini yg mempertahankan pengambilan kroni untuk isi jawatan penting. Tanpa mempertikaikan kemampuan dan kelayakan Ariffahmi, TGNA seharusnya konsisten dalam keputusannya. Mungkin juga keputusan arah Ariffahmi letak jawatan adalah sebagai damage control sebagaimana isu haji TGNA. Harapnya keputusan ini bukan keputusan setengah masak atau dipengaruhi tangan2 ghaib disekeliling TGNA.

-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

Tulisan sdra Mohd di atas penuh dengan tuduhan persangkaan jahat.

1) bertentangan dengan pendirian TGNA sebelum ini yg mempertahankan pengambilan kroni untuk isi jawatan penting

2) Harapnya keputusan ini bukan keputusan setengah masak atau dipengaruhi tangan2 ghaib disekeliling TGNA

Tanpa Nama berkata...

ia bukan tuduhan dan bukan prasangka jahat.

1. saya amat mengharapkan Ariffahmi kekal jawatannya memandangkan dia layak sebagaimana yg dipertahankan TGNA walaupun ia kroni/menantu dan saya setuju pendapat TGNA tersebut. Namun apabila TGNA arahkan Ariffahmi letak jawatan, maka ia amat bertentangan sekali dgn pendirian TGNA sebelum ini.

2. saya harap TGNA sudah fikir semasak-masaknya keputusannya itu, dan ia tidak dipengaruhi mereka2 yg berkempentingan disekeliling TGNA sepertimana yg pernah dinyatakan oleh anak beliau sendiri, Nik Abduh.

-Mohd, Rusila -Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

Berkilas ikan di air kita tahu jantan betina bahawa sememangnya sdra mohd berhati busuk kepada TGNA.

1) Terpulang kepada TGNA nak kekal atau nak suruh menantunya letak jawatan. Beliau mengintai hikmah jika mengekalkan atau menggesa Ariffahmi meletak jawatan. Sehinggakan terbukti tindakan TGNA bijaksana untuk menutup ruang kritikan musuh terhadap pemerintahan PAS Kelantan di bawah pimpinannya. Ssuatu tindakan yang jarang boleh dilakukan oleh mana-mana pemimpin UMNO.

Beliau melakukan dengan istikharah. Dengan petunjuk Allah. Anda pula, mohd melakukan ulasan dengan kesempitan aqal dan budi.

2) Apa bukti TGNA dipengaruhi oleh orang sekeliling? TGNA pernah menyatakan beliau telah tua untuk diperkudakan olehh sesiapa. Menggunakan Nik Abduh, anaknya untuk membela pendapat sdra adalah kesasar justeru Nik Abduh sendiri telah ditegur oleh ayahnya sendiri terhadap keceluparannya mengada-adakan perkara yang tiada, menulis mengikut sedap rasa. Apabila UMNO mempelawa Nik Abduh menyerta parti mereka tahu pula Nik Abduh merasa malu kepada ayahandanya.

Tanpa Nama berkata...

boleh saya kata anda juga kesempitan aqal dan budi dengan menuduh saya berhati busuk pada TGNA? Saya belum kata ni, tapi bolehkah saya?

1. apa yg saya utarakan di atas adalah pendapat peribadi saya atas apa yg diputuskan oleh TGNA. Tiada lansung kata kecam ke atas TGNA dan saya ulas keputusan tersebut dari kacamata saya tanpa mempertikai keputusan beliau. That's all. Selama ini saya bersetuju sgt TGNA mempertahankan keputusan beliau melantik Ariffahmi sebagai CEO selagi dia layak/mampu. No doubt. Tapi apabila TGNA mengarah Ariffahmi letak jawatan, itu menunjukkan pendirian TGNA tidak konsisten. Mungkin ini keputusan politik bagi meredekan serangan ubn dan media.

2. Saya 'harap' keputusan TGNA tidak dipengaruhi oleh orang2 sekeliling beliau. Ini tidak bermakna saya kata keputusan TGNA dipengaruhi. Itu harapan saya - TGNA tidak dipengaruhi dalam buat keputusan. Good for him, good for the state. Orang sehebat TGNA tidak buat keputusan sembrono. Ia didahului dengan solat istikharah dan memohon petunjuk Allah - kita tahu semua ini. Tetapi musuh2 PAS akan sentiasa mencari peluang untuk membaham PAS walau atas sekecil2 isu. Itu sebabnya saya mengharapkan keputusan yg dibuat TGNA ini adalah keputusan yg terbaik beliau ada demi kebaikan semua pihak yg berkaitan.

Jadi, adakah telahan jantina ikan diair anda tepat jantan atau betinanya?

-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt