Banyak pihak menyelar sikap Timbalan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan dan semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan ini.
"Ia adalah satu usaha terdesak UMNO untuk mendapat sokongan kaum Melayu sempena pilihanraya kecil Bagan Pinang dimana Muhyiddin menyedari kekalahan BN di dalam pilihanraya kecil yang lepas-lepas, sebahagiannya disumbangkan oleh faktor bantahan masyarakat terhadap sikap kerajaan yang berdolak-dalik di dalam isu PPSMI," tegas soerang pensyarah bahasa di sebuah IPT.
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata pelbagai acara yang dianjurkan sepanjang bulan ini memberikan kesempatan kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan.
Sementara itu usaha untuk "memartabatkan" lagi bahasa Melayu melalui penguatkuasaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berkesan selagi kerajaan tidak memansuhkan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kata seorang sasterawan negara.
Datuk A Samad Said juga berkata beliau tidak nampak keberkesanan penguatkuasaan bahasa kebangsaan itu, yang diumumkan sejak 2005.
"Saya rasa laporan berita itu tidak lengkap kerana sebelum ini pun DBP sudah ada unit khas untuk ambil tindakan terhadap mereka yang guna bahasa salah dalam iklan," katanya ketika diminta mengulas perkara itu, yang merupakan salah satu resolusi satu persidangan bahasa Melayu semalam.
Media melaporkan, Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, telah meluluskan resolusi untuk "mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada DBP bagi memartabatkan bahasa Melayu."
"Apa yang saya nampak, setakat inipun usaha ini masih tidak berjalan. Tapi itu bukan masalah pokok, masalah pokok adalah penggunaan bahasa Melayu," kata aktivis sastera itu ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Jelasnya, kerajaan sepatutnya mengambil langkah memansuhkan PPSMI supaya dasar pengajaran selari dengan undang-undang.
"Apa yang saya nampak, kerajaan setakat ini terus menghina bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris pula didewa-dewakan," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.
"Bahasa Inggeris sudah ada diberikan dana sebanyak RM5 billion untuk mantapkan bahasa itu, tapi untuk memartabatkan bahasa Melayu, tidak ada," kata Pak Samad yang turut mengetuai beberapa siri demonstrasi membantah dasar PPSMI Mac lalu.
"Kerajaan mestilah mengikut dan meluhuri Akta Bahasa Kebangsaan tersebut dan bukannya melanggar undang-undang, itu setakat yang saya nampaklah," katanya yang
Beliau berkata, DBP sememangnya tidak berkuasa untuk menguatkuasa bahasa Melayu, malah beliau mengetahui ramai di kalangan kakitangan DBP sendiri yang tidak bersetuju dengan PPSMI.
"DBP tidak boleh buat apa-apa, tapi kerana ia berada bawah kuasa kementerian pelajaran, jadi dia kena ikutlah. Kalau ditanya secara rahsia, ramai yang tidak setuju. Tapi apa yang mereka boleh buat kerana mereka orang makan gaji," jelasnya lagi.
Tambahnya, resolusi berkenaan yang diputuskan persidangan anjuran bersama DBP itu masih di peringkat cadangan.
"Itu permintaan, apakah kementerian akan terima atau tidak permintaan ini? Dalam usaha baru ini saya tidak tahu DBP akan buat macam mana," kata Pak Samad lagi.
Mengulas mengenai satu lagi resolusi persidangan yang meminta kerajaan mewujudkan jawatan atase bahasa dan kebudayaan di setiap pejabat misi Malaysia di luar negara, beliau berkata ia adalah usaha yang baik.
"Itu tak apalah kalau kerajaan rasa ia boleh mengembang dan membantu masyarakat mengguna bahasa. Tapi saya rasa yang penting adalah usaha di tanah air sendiri, masih samar-samar pelaksanaannya.
"Yang penting adalah supaya kerajaan tidak terus melanggar Akta Bahasa. Bermakna kerajaan mesti memansuhkan PPSMI," tegasnya.

1 ulasan:
Perdana menteri org melayu, Timbalannya pun org
melayu, menteri pendidikkan pun orang melayu. KSU
pun org melayu serta menteri2 kebinet pun kebanyakkannya melayu. Ketua pengarah pendidikan
pun melayu serta timbalannya pun melayu dan pegawai2 dikementeriannya pun melayu, pengarah2
pendidikan negeri semuannya melayu, tapi sayang
semuanya jadi bodoh dan pak anggup. PPSMI masih
kekal sehingga sekarang. Semuanya pejam mata,
jaga kepentingan diri tidak bersuara membela
bahasa sendiri sehingga anak2 melayu menjadi
mangsa dan bodoh. Pelajar2 melayu kecewa di
negara sendiri dgn kekalnya PPSMI.Kebodohan
menteri pelajaran yg mengekalkan PPSMI cukup
meninggalkan kesan kpd anak2 melayu. Berkukop
disana sini membela melayu tapi bahasa melayu
pun tidak terbela. Dimanakah rasionalnya PPSMI
ini. Kesihan anak2 melayu.. merana dan akan terus
merana selagi PPSMI dikekalkan, apa tah lagi
anak2 melayu disekolah2 dikampong dan didaerah2
pendalaman akan menjadi bodoh sepanjang zaman.
Aku jugak org melayu, jadi utk mertabatkan bahasa
melayu, aku syorkan kpd anak2 bangsa ku, mudah
saja, tolak UMNO yg dayus ini dipilihanraya yg
akan datang samada diBagan Pinang atau PRU13 ini.
Sebenarnya UMNO bukanlah pembela bangsa melayu
sebagaimana yg diheboh2kan, tapi UMNOlah pengkianat kpd bangsa melayu. percayalah...
Catat Ulasan