3 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Tindakan Polis Yang Terlampau Diselar

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyelar tindakan polis menahan ADUN Pakatan Rakyat yang mahu mengadakan sidang DUN di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Guan Eng berkata polis telah bertindak kasar terhadap Pakatan Rakyat namun mengambil pendekatan lemah-lembut terhadap sekumpulan penunjuk perasaan pro-BN yang juga berhimpun pada hari yang sama di lokasi yang sama.

“Kami tidak faham mengapa polis menahan Adun yang telah dipilih oleh rakyat. Mereka menahan wakil rakyat yang telah dipilih secara demokratik ketika cuba menjalankan tugas tetapi dalam masa sam mereka tidak menahan sekumpulan orang awam yang berdemostrasi meyokong Barisan Nasional Perak dan Datuk Zambry. Mengapa mereka tidak menahan penyokong Zambry?,” katanya.

Dalam keghairahan polis menghalang sidang DUN itu, Adun Malim Nawar Keshvinder Singh cedera di kepala sehingga memaksa beliau mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Seperti dalam lagak gusti, Keshvinder yang ditahan polis dicampak ke jalan sehingga kepalanya terhantuk ke jalannya menyebabkan tengkoraknya retak.

Tidak cukup dengan itu, kepalanya ditekan dengan kaki sementara perutnya ditendang-tendang. Beliau tergapai kesesakan nafas apabila polis menjerut lehernya dengan tali leher.
“Semasa proses tahanan mereka melakukan kesalahan meraka sangat ganas dan mencampak saya ke jalan dan memijak kepala saya dan menarik tali leher sehingga saya tidak boleh bernafas. Sehingga kini anda boleh dengar suara saya tidak jelas. Saya menjerit meminta tolong namun suara saya tidak keluar kerana di cekik.Saya hanya dengar mereka kata bawa gari.

“Dalam seminit dua baru saya digari dan kemudiannya dibangunkan dari jalan, barulah saya boleh bernafas dengan baik. Kecederaan ini saya alami kerana dihentak ke jalan sewaktu merak mencampak saya ke jalan. Ia sangat kasar saya tidak jangka mereka melayan ADUN sebegitu rupa,” katanya.

Walaupun beliau agak terkejut dengan kejadian dipukul polis itu namun ia tidak sama-sekali mematahkan semangatnya untuk membela rakyat negeri Perak.

Keshvinder yang juga seorang peguam berkata sebagai seorang rakyat yang selama ini patuh kepada undang-undang tindakan polis itu bukan sahaja memerlukan jawapan tapi ia juga menuntut tindakan yang setimpal.

“Sekarang selepas saya keluar daripada hospital akan terus ke balai polis untuk membuat satu laporan polis terhadap yang terlibat kerana tahan dengan biadap dan menghina saya,” katanya.

Selain dari Keshvinder, turut ditahan adalah ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai ditahan sewaktu cuba mengadakan sidang DUN.

Sementara itu ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata tindakan Keshvinder itu semata-mata untuk melindunginya dari diambil tindakan oleh polis setelah Datuk Ngeh Koo Ham ditahan terlebih dahulu.

Nizar yang menghargai pengorbanan Keshvinder itu berkata tanpa bantuan adun Malim Nawar itu semalam beliau juga turut menjadi mangsa kekejaman polis.

“Ini satu bukti yang mana rakyat Malaysia tidak selamat walaupun kita berniat tuk laksanakan tugasa sebagai wakil rakyat. Saya rasa ketu polis berkenaan marah saya berucap dan mengarahkan kakitangannya seolah-oleh mengejar saya. Ketika itu Keshvinder cuba menghalang dan dia dikasari dan dijatuhkan

“Keshvinder telah mengorbankan nyawanya untuk mempertahankan saya jika tidak saya turut digari. Jadi ia adalah pengorbana dari Keshvinder sebagai Pakatan Rakyat kita bersama setiap masa,” katanya.

Nizar juga berharap dengan laporan polis yang akan dibuat Keshvinder kelak satu siasatan dapat dijalankan segera bagi mencari kebenaran dan pada masa sama satu tindakan tegas diambil terhadap anggota terbabit. -TVA



Tiada ulasan: