3 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Pecat Hishamuddin - Jayekumar

Seorang pemimpin Pakatan Rakyat Selangor Xavier Jayakumar meminta supaya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipecat atau letak jawatan dari Kabinet selepas Menteri Dalam Negeri itu dilihat menyebelahi mereka yang terlibat dengan demontrasi kepala lembuminggu lalu.

Jeyakumar menegut Naib Presiden Umno itu kerana telah campurtangan di dalam siasatan polis dengan membuat pertemuan bersama mereka yang disyakki mengarak kepala lembu sedangkan lembu adalah dianggap suci di dalam agama Hindu.

“Kita meminta beliau letak jawatan atau disingkirkan sebagai menteri dalam negeri kerana beliau telah mengkhianati amanah yang diberikan ke atasnya oleh rakyat negara ini,” demikian kata exco Selangor itu di dalam kenyataannya.

Beliau merujuk pertemuan Hishammuddin dengan "sekumpulan mereka yang tidak ada perasaan hormat kepada rakyat Malaysia yang lain lebih buruk, menyebelahi mereka, dengan melupakan bahawa beliau adalah Menteri Dalam Negeri untuk seluruh rakyat Malaysia”.

“Bolehkah kita terima sesiapa yang tidak menghormati rakyat Malaysia yang lain dan yang masih dalam siasatan, didengar sendiri oleh menteri berkenaan,” tanya pemimpin PKR itu.

Lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat telah menuduh Umno sebagai dalang di dalam protes yang dilakukan oleh penduduk Seeksyen 23 yang membantah pemindahan kuil Sri Mahamariamman yang berusia 150 tahun dari Seksyen 19. Penduduk berkenaan mendakwa kawasan mereka adalah majoriti Melayu-Islbam sekalipun kerajaan negeri berkata terdapat ramai penduduk Hindu di situ.

Di dalam satu sindiran tajam ditujukan untuk menteri dalam negeri, Jeyakumar berkata, “Hei — kamu semua pencuri, perompak, perogol, pegawai rasuah dan sesiapa saja sekarang boleh bertemu Hishammuddin sebelum Pendakwa Raya memutuskan apa yang patut dilakukan.”

Beliau menambah Hishammuddin inilah dahulu yang telah “mengeluarkan keris yang boleh dilihat sebagai satu hasutan untuk pertumpahan darah, beliaulah yang menyokong penangkapan para peguam yang ingin membela mereka yang ditahan oleh polis, menangkap 580 (ini rekodnya) kerana mempertahankan hak di dalam perhimpunan anti ISA dan sekarang membela pula kumpulan yang telah bersedia untuk menyebabkan ketegangan kaum dan pertumpahan darah”.

“Ini jelas menunjukkan kebiadaban yang paling nyata terhadap peraturan undang-undang dan beliau telah menggunakan kedudukannya untuk kepentingan politiknya sendiri,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: