Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, hari ini disoal lebih tiga jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan beliau menerima RM10 juta daripada kontraktor projek siap guna.
"Saya di sini membantu SPRM dalam siasatan mereka," kata Ong yang juga Presiden MCA.
Hari ini, adalah kali pertama Ong dipanggil oleh SPRM berhubung dua isu.
Setiausaha politiknya, Simon Lim, berkata Ong menghabiskan masa tiga jam mulai pukul 10 pagi di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif PKFZ Datuk Seri Tiong King Sing berkata beliau telah diminta sebanyak dua kali oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kontorversi PKFZ itu.
Tiong juga mendakwa bahawa beliau memberi RM10 juta kepada Ong tahun untuk kegiatan MCA.
Presiden MCA itu telah menafikan dakwaan itu dan berikutan itu membuat laporan polis dan memfailkan saman RM500 juta terhadap Tiong.
Sebelum itu, tiga pegawai MCA termasuk bendahari parti Tan Sri Tee Hock Seng disoal oleh SPRM berhubung dakwaan pemberian wang itu.
Kontroversi PKFZ timbul selepas kos pembangunanya meningkat daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.
Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Lee Hwa Beng (LPK) telah membuat laporan polis berhubung penyelewengan bayaran antara RM500 juta dan RM1 bilion.
Ulasan GB
Kenapa SPRM tak soal Tee Keat sampai ke pagi?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan