Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, PAS yakin, walaupun kerajaan BN yang ada kini rapuh tetapi jika Pakatan Rakyat tidak berada di atas landasan yang betul, mereka tidak akan berjaya merampas kerajaan Pusat.
Menggunakan anologi kuih batang buruk, beliau berkata umpama kuih batang buruk adalah kuih yang rapuh, tetapi kalau mahu memakannya tetap perlu ada gigi.
Pendirian sedemikian adalah satu pendirian negatif yang dibawa oleh seorang yang bergelar pemimpin, yang kemudian menjadikan ia sebagai pendirian jemaah apabila beliau mengungkapkan "PAS yakin".
Adalah sesuatu yang amat mengecewakan masih terdapatnya pemimpin-pemimpin parti apatah lagi Parti Islam SeMalaysia yang mempunyai pendirian senegatif demikian.
Kita menjadi hairan apabila pandangan negatif yang dikemukakan oleh Tuan Ibrahim itu tiba-tiba hendak diproklamirkan sebagai pendapat PAS keseluruhan. Dan lebih menghairankan Tn Ibrahim tidak menjadikan kekalahannya sendiri di Pahang sebagai pengajaran.
Bagi mereka yang yakin dengan Allah, Pakatan Rakyat mampu untuk memenangi pilihanraya kecil atau umum malah mampu untuk merampas kerajaan Pusat. Kerana sekalipun syariat menentukan bahawa perlunya tanzim yang tersusun rapi namun hakikatnya kemenangan (pertolongan) itu datang dari Allah.
Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan (pertolongan) itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Anfal : 10
Manusia gagal kerana di mindanya telah disumbatkan dengan perkara-perkara negatif sehingga terbentuklah hal yang negatif di dalam realiti kehidupannya. Mereka tidak yakin dengan kudrat dan iradat yang dikurniakan oleh Allah untuk mencapai kemenangan, lantas menjadi mangsa kepada syaitan yang membisik-bisik di hati mereka bahawa mereka "tidak boleh itu dan ini".
Minda separa sedar kita akan bertindak mengikut apa yang kita percaya dan apa yang kita letakkan di dalam tempurung kepala sebagai pendapat kita, dan minda separa sedar kita akan menterjemahkannya ke dalam alam kenyataan apa yang kita percayakan itu.
Maka akan menjadi rosaklah parti apabila pemimpin parti sendiri mempunyai pendapat yang begitu negatif sedangkan para ahlinya begitu bersemangan untuk berjuang mendapat kejayaan. Perjuangan dan usaha itu disia-siakan oleh pemimpin yang begitu kepalang negatifnya.
Sewaktu GB ditanya bagaimana kes di Manek Urai, bagaimana PAS boleh merudum undinya, GB katakan kerana PAS sendiri yang lemah bukan UMNO yang kuat. Negatif? Ya. Kerana adanya pemimpin parti di Kelantan yang menyatakan PAS mengagakkan kekalahan...
Kalau GB di sana sewaktu beliau bercakap GB akan katakan "hentikan percakapan yang kufur itu" kerana itu bererti anda tidak yakin dengan Allah, anda tidak yakin bahawa Allah Maha Berkuasa dia atas segala sesuatu (wahuwa 'ala kulli syai in qadiir). Maka sebab itu Allah kalahkan anda semasa bertarung sebagai Timbalan Presiden. Kerana jika anda menang, pendirian-pendirian negatif anda itu boleh menghancurkan jemaah.
GB telah banyak kali mengulas hal ini di radio GB.fm, tetapi malangnya tak ramai yang mendengar kerana ada yang berpendirian lebih baik dengar kuliah-kuliah ustadz daripada celoteh GB.
Bagi GB, untuk menang, kita perlu terus belajar untuk menang! Kita boleh melakukan jika kita fikir BOLEH. Jika kita yakin bahawa Allah menyertai kita.
"Dan kamu tidak (mampu melakukan) apa yang kamu kehendaki kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah". Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya). (Surah Al-Insan 76: Ayat 30)
Menggunakan anologi kuih batang buruk, beliau berkata umpama kuih batang buruk adalah kuih yang rapuh, tetapi kalau mahu memakannya tetap perlu ada gigi.
Pendirian sedemikian adalah satu pendirian negatif yang dibawa oleh seorang yang bergelar pemimpin, yang kemudian menjadikan ia sebagai pendirian jemaah apabila beliau mengungkapkan "PAS yakin".
Adalah sesuatu yang amat mengecewakan masih terdapatnya pemimpin-pemimpin parti apatah lagi Parti Islam SeMalaysia yang mempunyai pendirian senegatif demikian.
Kita menjadi hairan apabila pandangan negatif yang dikemukakan oleh Tuan Ibrahim itu tiba-tiba hendak diproklamirkan sebagai pendapat PAS keseluruhan. Dan lebih menghairankan Tn Ibrahim tidak menjadikan kekalahannya sendiri di Pahang sebagai pengajaran.
Bagi mereka yang yakin dengan Allah, Pakatan Rakyat mampu untuk memenangi pilihanraya kecil atau umum malah mampu untuk merampas kerajaan Pusat. Kerana sekalipun syariat menentukan bahawa perlunya tanzim yang tersusun rapi namun hakikatnya kemenangan (pertolongan) itu datang dari Allah.
Al-Anfal : 10
Manusia gagal kerana di mindanya telah disumbatkan dengan perkara-perkara negatif sehingga terbentuklah hal yang negatif di dalam realiti kehidupannya. Mereka tidak yakin dengan kudrat dan iradat yang dikurniakan oleh Allah untuk mencapai kemenangan, lantas menjadi mangsa kepada syaitan yang membisik-bisik di hati mereka bahawa mereka "tidak boleh itu dan ini".
Minda separa sedar kita akan bertindak mengikut apa yang kita percaya dan apa yang kita letakkan di dalam tempurung kepala sebagai pendapat kita, dan minda separa sedar kita akan menterjemahkannya ke dalam alam kenyataan apa yang kita percayakan itu.
Maka akan menjadi rosaklah parti apabila pemimpin parti sendiri mempunyai pendapat yang begitu negatif sedangkan para ahlinya begitu bersemangan untuk berjuang mendapat kejayaan. Perjuangan dan usaha itu disia-siakan oleh pemimpin yang begitu kepalang negatifnya.
Sewaktu GB ditanya bagaimana kes di Manek Urai, bagaimana PAS boleh merudum undinya, GB katakan kerana PAS sendiri yang lemah bukan UMNO yang kuat. Negatif? Ya. Kerana adanya pemimpin parti di Kelantan yang menyatakan PAS mengagakkan kekalahan...
Kalau GB di sana sewaktu beliau bercakap GB akan katakan "hentikan percakapan yang kufur itu" kerana itu bererti anda tidak yakin dengan Allah, anda tidak yakin bahawa Allah Maha Berkuasa dia atas segala sesuatu (wahuwa 'ala kulli syai in qadiir). Maka sebab itu Allah kalahkan anda semasa bertarung sebagai Timbalan Presiden. Kerana jika anda menang, pendirian-pendirian negatif anda itu boleh menghancurkan jemaah.
GB telah banyak kali mengulas hal ini di radio GB.fm, tetapi malangnya tak ramai yang mendengar kerana ada yang berpendirian lebih baik dengar kuliah-kuliah ustadz daripada celoteh GB.
Bagi GB, untuk menang, kita perlu terus belajar untuk menang! Kita boleh melakukan jika kita fikir BOLEH. Jika kita yakin bahawa Allah menyertai kita.
Pakatan akan gagal tawan Pusat
Oleh Zukri Aksah
JERANTAUT, 14 Sept – PAS yakin, walaupun kerajaan BN yang ada kini rapuh tetapi jika Pakatan Rakyat tidak berada di atas landasan yang betul, mereka tidak akan berjaya merampas kerajaan Pusat.
Umpama kuih batang buruk adalah kuih yang rapuh, tetapi kalau mahu memakannya tetap perlu ada gigi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagi beliau, politik negara sekarang ini sedang diransang oleh perubahan dunia, yang terbaru ekoran tumbangnya Parti LDP yang sudah berkuasa melebihi setengah abad di Jepun.
BN juga boleh tumbang jika pergerakan perubahan ini tidak berhenti, sampai ia turut menggusarkan Tun Dr. Mahathir.
Tetapi bagi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, BN yang rapuh tetap tidak tumbang jika Pakatan Rakyat tidak berada di landasan betul dan tidak berkemampuan.
Tuan Ibrahim memperkatakan tentang ini bila mengulas akan kecenderungan rakyat mutakhir ini yang seringkali menolak kehadiran BN dalam siri-siri pilihanraya kecil pasca PRU12, yang terbaru di Permatang Pasir.
Perubahan kecenderungan rakyat ini juga dijangka akan berlaku dalam episod terkini pilihanraya kecil yang bakal berlangsung di Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
Bagi Tuan Ibrahim, keghairahan rakyat dalam berubah menolak BN bukan hanya kerana iklim politik dunia yang berubah, tetapi menjadi tambah deras arusnya kerana BN sendiri, terutama kerana tiga komponen utamanya iaitu Umno, MCA dan MIC sedang bergelut dengan masalah dalaman yang agak kritikal. Ia seakan menjadi tanda yang BN bakal dilanda bah besar dan karam.
Tambah Tuan Ibrahim, rakyat tidak lagi boleh ditipu yang parti seperti MIC sedang berhadapan dengan masalah serius kerana keegoan pemimpinnya sendiri, rakyat juga nampak MCA sudah menjadi zon perang sesama pemimpinnya.
Umno pula mereput dari akarnya, iaitu dari negeri-negeri, perhatikan kebelakangan ini, masalah kepimpinan yang berpanjangan bermula dari negeri-negeri yang dikatakan kubu kuat Umno seperti Terengganu dan Perlis.
Semua yang berlaku ini, ujar Tuan Ibrahim seakan menghantar isyarat kepada ahli dan penyokong BN agar meninggalkan parti yang sedang berada di ambang keruntuhan itu.
Namun, ini tegas Tuan Ibrahim tidak bermakna jika Pakatan Rakyat tidak berada di landasan yang betul dalam menuju ke PRU13 nanti, Pakatan Rakyat mesti ada keupayaan untuk memimpin dan memerintah.
Rakyat dalam keghairahan mereka mahu berubah, tetap akan melihat bagaimana Pakatan Rakyat bertindak di negeri-negeri yang sudah dikuasainya. Isu-isu seperti perobohan Kg. Buah Pala, pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam dan penutupan pusat penyembelihan khinzir di Alor Setar, Kedah sepatutnya diuruskan secara hemah dan cermat.
Tuan Ibrahim mengusulkan supaya isu yang pelbagai jangan dilayan secara sama. Isu sensitif seperti pemindahan kuil dan perarakan kepala lembu tidak seharusnya dibincang secara terbuka, kerana ia mampu menjemput sekali hati dan perasaan yang tidak terkawal, lebih teruk dari itu ia menjadi medan pencetus provokasi bagi diangkat sebagai bahan berita untuk dibekalkan kepada media-media arus perdana.
Dalam isu yang sama, Tuan Ibrahim bersetuju dengan keputusan menangguhkan sementara keputusan memindahkan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam itu.
Beliau risau, demonstrasi kepala lembu yang begitu sensitif dan menghina yang berlangsung secara haram tanpa gangguan dari FRU itu, seperti membenarkan telahan sesetengah orang bahawa wujudnya agenda besar di belakang para demonstran ini, iaitu mencipta suasana yang tidak tenteram di Selangor, yang akhirnya mewajarkan satu perintah darurat diisytiharkan di negeri itu.
Tuan Ibrahim berpesan agar pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor mengambil sejarah lampau di Kelantan sebagai iktibar.
Tuan Ibrahim juga dalam ulasannya mencadangkan supaya kelak dalam menghadapi isu-isu sensitif sebegini, jangan terlalu cepat melibatkan kepimpinan tertinggi negeri, kerana ia akan menyempitkan ruang membuat keputusan terakhir.
Masalah-masalah yang bersifat daerah memadailah ditangani dengan pengwujudan sebuah Jawatankuasa Khas, sekurang-kurangnya jika ia tidak selesai, ada lagi badan pembuat keputusan yang lebih tinggi yang boleh dirujuk.
Apapun, Tuan Ibrahim yakin, pengalamanlah ilmu paling berguna dan bermakna, yang tiada dalam kitab dan tidak diajar di mana-mana universiti. - Malaysian Insider
Komen:
written by Aries, September 14, 2009
// JERANTAUT, 14 Sept – PAS yakin, walaupun kerajaan BN yang ada kini rapuh tetapi jika Pakatan Rakyat tidak berada di atas landasan yang betul, mereka tidak akan berjaya merampas kerajaan Pusat. //
Pas yakin bahawa PAS tidak yakin...PAS is sure that PAS is NOT CONFIDENT of taking over the central government...
That's the problem with PAS, because they have lots and lots of preconditions and internal differences on how to work with DAP and PKR, or just anybody else effectively in administrating the nation.
There is the religious issues. There is the issue of who should be given the top post. There are the many different versions of interpretation of edits or fatwas. The handling of a mundane beer matter that could be made into a national and controversial issue. There is the religious and moral policing issue, by-passing federal enforcement, etc., etc.
Even though the people across the board had given much support to the opposition AS A WHOLE, there is still tug of war by individual political party to lay claim to having harnessed greater influence and control.
Can't the opposition just speak with ONE voice? Can't the different political parties act and behave to fulfil the GREATER objective of serving the nation and its people to the best of their abilities and intentions?
No one should be greater than the others in a coalition. It is not a zero sum game. It is not even about who in the party is wielding more influence. The interest of the nation and her people supersedes everything else - including party ideology and interests.
Until and unless the leaders could accept such a stand, whatever grand designs they might have drawn up, or whatever amount of support the people might have given them, ultimately everything will not work to the desired ends.
The nation and the people will be disappointed and left disillusioned and cynical. Their aspirations and desires left unconsummated.
If such ends are obvious, why aren't leaders serious enough, sincere enough, determined enough, and responsible enough to do the right things?
What are the stumbling blocks? What are the drawbacks? What are the faults? What are the weaknesses? What are the problems?
Aren't leaders brave enough to confront them? Aren't the leaders intelligent enough to come up with brilliant and workable solutions? Aren't the leaders good enough?
The rakyat had better make their choices wisely. Else the future goes down with their wrong picks.
8 ulasan:
ustaz tu cakap falsafah mudah...tuan GB faham lain pulak.
saya rephrase ayat dia..
kuatkan parti untuk kuatkan perjuangan untuk meraih kejayaan.
Itu lah namanyer perang saraf... kita nak supaya kepimpinan PR bersedia dan proaktif sentiasa dan berada dilandasan yang betul ... sebab itulah kita kena senantiasa berhati-hati walaupun UMNO/BN sedang lemah sekarang ini.
perunding said...
ustaz tu cakap falsafah mudah...tuan GB faham lain pulak.
Saya rephrase ayat dia..
kuatkan parti untuk kuatkan perjuangan untuk meraih kejayaan.
_______________
sahabat,
memang benar pemilihan ayat itu penting.
cuba lihat ayat-ayat ini
Dia gagal - negatif
Dia belum berjaya - positif
Pemilihan ayat yang betul menentukan positif atau negatifnya sikap kita.
Seperti air yang dituangkan hanya setengah di dalam gelas.
Anda menyatakan, setengah penuh atau setengah kosong?
Terpulang kepada anda untuk berfikiran positif atau negatif.
saya setuju dgn Tg Tuan Ibrahim ... GB jangan dok retorik dan perasan. perasan kuat tgk pe dah jadi di manik urai ... nyaris2 tidak terburai.
Anonymous said...
saya setuju dgn Tg Tuan Ibrahim ... GB jangan dok retorik dan perasan. perasan kuat tgk pe dah jadi di manik urai ... nyaris2 tidak terburai.
*******
Ini bukan perasan kuat, tetapi persoalan pemimpin yang berfikiran negatif yang merosakkan jemaah.
Ingat tatkala Rasulullah bersembunyi di Gua Thur bersama Abu bakar tatkala Abu bakar ketakutan. Rasulullah memujuk Abu Bakar dengan menyatakan kita bukan berdua tetapi bertiga. yang ketiga ialah Allah.
Itulah motivasi sebenar dari seorang pemimpin. iaitu meyakinkan ahli dengan kehadiran Allah s.w.t. di dalam perjuangan.
Saya sokong GB. Itu sebab mengapa PAS masih terumbang ambing di Terengganu dan Pahang sekalipun ahli-ahli PAS bertungkus lumus di negeri itu. Sebabnya pemimpin di dua negeri ini kurang ilmu motivasi berbanding dengan TGNA di Kelantan yang sekalipun serangan hebat ditumpukan ke Kelantan, keyakinan yang diajar oleh TGNA keapda ahli2 untuk bermunajat mempertahankan Kelantan dari musuh menyebabkan PAS berjaya dan musuh ternganga.
masih ada dikalangan pimpinan PAS yang suka bercakap nak mempopularkan diri tanpa berfikir kesan ucapannya, dari TGHA, nasa, ketua pemuda PAS dan ini lagi satu pimpinan PAS yang tak bijak berpolitik....tak macam TGNA, ucapannya saja menggusarkan UMNO
Salam. Saya tak nampak di mana negatifnya kenyataan Ust Tuan Man tu. Individu atau pemimpin PAS jangan ada yang merasakan diri sempurna, tak boleh menerima pendapat orang lain dan sebagainya. Jangan kita beranggapan apa yang ada dalam kotak fikiran kita sahaja yang baik dan betul; buah fikiran orang lain tidak ! That is naive. We should be open to criticsm,
and views of others. No one can work alone in this world, we need others while other need us !We must be 'adaptive' appreciative. By the way,
remember, think before you say something. What happened to Nasha recently was the result of less "thoughtfulness" though I believe he was pure innocent (but he was less prudent at that particular moments..)
Di samping itu, perlu juga menjaga hubungan baik dgn PKR dan DAP..simply because NONE of each party could win confortably without the coalition of three. Can anyone refute this?
Catat Ulasan