Pakatan Rakyat menolak kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menyatakan parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi.
"Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik. Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah," katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan hari raya Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat Negeri Sembilan kepada 234 penerima melalui skim bantuan kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).
Pada Khamis, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt ini. Terdapat beberapa kem tentera dalam kawasan itu yang didiami ramai pengundi pos terdiri anggota tentera.
Abdul Latiff berkata anggota tentera dibenarkan mengundi pada pilihan raya kerana itu hak mereka di sisi perlembagaan negara.
"Negara kita sebuah negara demokrasi, bermakna anggota tentera bebas untuk mengundi. Sebab itu ada juga di kalangan mereka ini mengundi parti pembangkang. Jadi, apa pasal dia (pembangkang) nak takut.
Jika demikian jawapan Abdul Latif, oleh kerana anggota tentera bebas untuk mengundi, mengapa disekat anggota tentera untuk mendengar kempen pilihanraya? Tak semestinya mereka yang mendengar kempen pembangkang akan mengundi pembangkang. Jadi, apa pasal dia (Abdul Latif) nak takut.
Abdul Latif berkata lagi, "Adakah bila dia (tentera) mengundi parti pemerintah tak bagus, tapi kalau mengundi dia (pembangkang) bagus dan ini (baru) dikatakan satu pilihan raya yang adil?" katanya.
Kita ingin menjawab bahawa sebagai seorang rakyat, angoota tentera juga berhak untuk mendapat dan mendengar maklumat dari semua pihak bukan hanya dari pihak kerajaan.
Dalam PRK kawasan parlimen Teluk Kemang pada tahun 2000, pembangkang pernah dibenarkan untuk berkempen di kem tentera. Apabila peti undi dibuka, undi pos yang diperolehi PAS dan UMNO tidak jauh berbeza. Hanya sejak selepas itu, pembangkang tidak lagi dibenarkan untuk berkempen di kem tentera.
Kita ingin menyatakan kepada Abdul Latif, kamu boleh mengerah dan mengarah seluruh tentera mengundi BN, namun sikap tidak demokratik BN itu pasti akan memakan dirinya kerana ia tidak akan direstui samasekali oleh rakyat.

1 ulasan:
Jika begitu orang UMNO atau BN janganlah masuk kem askar pula. Tetapi apa yang kita lihat org UMNO yang tergila-gila nak masuk kem askar terutama bila ada pilihanraya. Nanti kat kem si rusa, segenting, sengala akan ada majlis hari raya bersama tentera oleh para menteri UMNO termasuk menteri yang tak berkenaan....Heeee itu lah UMNO
Catat Ulasan