12 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Semakin Tertekan Di Permatang Pasir, Tak Kemuka Bakal Calon

UMNO Permatang Pasir dilihat semakin tertekan dan tidak meletakkan harapan akan menang di dalam Pilihanraya kecil Permatang Pasir akan datang kerana tidak mempunyai calon yang sesuai.

Bernama melaporkan UMNO Bahagian Permatang Pauh tidak mengemukakan nama bakal calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir 25 Ogos ini sebaliknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata UMNO pusat telah membuat penyelidikan dan menyenaraikan empat nama calon berdasarkan maklumat dan pandangan daripada UMNO bahagian.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO bahagian itu di sini malam tadi, beliau berkata calon-calon yang disenaraikan itu adalah anak tempatan Permatang Pauh dan berumur antara 40 dan 60 tahun.

Abdul Jalil berkata nama calon akan diumumkan pada 4 petang Jumaat ini di Permatang Pasir serentak dengan pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional.

Sementara itu calon PAS akan diketahui pada hari Jumaat ini dan PAS yakin akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak.

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas pada 31 Julai lepas. Penamaan calon ialah pada 17 Ogos ini.

Pada pilihan raya umum lepas, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.


Tiada ulasan: