12 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Wartawan Utusan Yang Bebal

Seorang wartawan Utusan Malaysia Mohd Nizam Mohd Yatim memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau menyangkakan yang istilah “ultra vires” yang terkandung di dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Karpal Singh bermaksud pemimpin DAP itu menghina Sultan Perak.

Mohd Nizam, saksi pertama pendakwa di dalam perbicaraan kes Karpal Singh, telah disoalbalas oleh peguambela Jagdeep Singh Deo.

Pada satu ketika wartawan Utusan Malaysia lansung tidak tahu apa pertuduhan yang dikenakan ke atas Karpal Singh.

Wartawan tersebut juga gagal untuk menunjukkan pemahaman yang jelas terhadap soalan Jagdeep yang bertubi-tubi terhadap empat halaman kenyataan media yang diedarkan oleh Karpal semasa sidang medianya pada 6 Feb tahun ini.

Berdasarkan laporan yang ditulisnya dan diterbitkan oleh akhbar, Mohd Nizam telah dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwa untuk menunjukkan Karpal telah melakukan kesalahan menghasut.

Dengan menyoal beliau terhadap kefahaman beliau terhadap apa yang berlaku sewaktu sidang media Karpal, pihak pembela cuba membuktikan bahawa Nizam bukan seorang saksi yang boleh dipercayai.

Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu telah didakwa kerana menghasut pada Mac 17 kerana berkata penyingkiran Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Azlan Shah boleh dipersoalkan di dalam mahkamah.

Politikus-peguam veteran itu telah didakwa di Mahkamah Session KL di hadapan hakim Mohamad Sekeri Mamat di bawah Seksyen 4(1)(b) dari Akta Hasutan 1948.

Karpal juga dituduh dengan beberapa kenyataan menghasut berkait dengan krisis perlembagaan Perak yang bermula dua bulan lalu.

Dia juga dituduh melakukan jenayah semasa mengadakan sidang medianya di pejabat peguammnya pada 6 Fenruari.

Mohd Nizam pada awalnya telah disoal oleh timbalan pendakwa raya Azlina Rasdi.

Azlina telah meminta Mohd Nizam memberitahu mahkamah siapa yang ada semasa sidang media dan dimana ia diadakan sebelum meminta wartawan itu membacakan kenyataan media yang disediakan.

Beliau juga meminta Nizam merumuskan kandungannya di dalam mahkamah.

Mohd Nizam: “Jika masih terus mahukan Zambry sebagai menteri besar, maka kerajaan Pakatan Rakyat tiada pilihan selain mengambil tindakan undang-undang."

Beliau menambah selepas sidang media terdapat sessi soal jawab. Dia memeritahu mahkamah terdapat seorang wartawan bertanya Karpal jika beliau akan mendakwa sultan.

“Karpal menjawab ya,” beritahu Nizam didalam testimoninya yang kemudian telah dicabar oleh peguambela.

Semasa pemeriksaan balas, Jagdeep telah bertanya wartawan yang berusia 38 tahun itu:

“Apakah anda bersetuju bahawa pendapat beliau (Karpal) tentang perlembagaan sentiasa dicari?”

Mohd Nizam: “Saya tak pasti.”

Jagdeep: “Adakah anda bersetuju beliau (Karpal) seorang peguam yang bijaksana?”

Mohd Nizam: “Saya tak pasti.”

Jagdeep: “Jika anda masih tidak tahu setelah lapan tahun bekerja maka anda perlu mula lakukan kerja anda dengan betul.”

Jagdeep kemudian meneruskan untuk bertanya kepadanya jika dia memahami kenyataan media yang dikeluarkan kerana ianya ditulis di dalam bahasa Inggeris.

Mohd Nizam: “Saya hanya memahaminya secara umum dan tidak mendalam.”

Jagdeep kemudian menyoal wartawan itu bahawa apa yang dinyatakan di dalam kenyataan dia itu satu pendapat terhadap krisis perlembagaan di Perak.

“Saya hanya melapor dan tidak memberi pendapat,” jawab Mohd Nizam.

Jawapannya itu nampak untuk menjengkelkan Jagdeep yang menuduh Mohd Nizam tidak jujur.

Jagdeep kemudian memberitahu Mohd Nizam untuk membacakan sebahagian kenyataan media kepada mahkamah.

Mohd Nizam: “Sekalipun arahan telah disahkan oleh Sultan. Jika keputusan itu ultra vires maka keputusan itu diputuskan oleh mahkamah.”

Jagdeep kemudian meminta Nizam untuk menerangkan apa makna ultra vires kepada mahkamah.

Nizam nampak terkeliru dan menjawab: “menghina.”


Jagdeep kemudian memberitahu Mohd Nizam bahawa ketidakfahamannya terhadap istilah ulta-vires itu telah menyebabkan huru-hara di dalam negara kerana istilah itu bermaksud “di luar bidangkuasa”.

Mohd Nizam kemudian ditanya apa soalan yang dilontarkan semasa sidang media Karpal.

Nizam menerangkan yang wartawan inginkan penjelasan jika Karpal bermaksud untuk mengheret Sultan ke mahkamah.

“Jadi adakah anda bersetuju bahawa Karpal tidak kata dia akan saman Sultan?” Jagdeep bertanya.

“Setuju,” jawab Nizam.

Setelah disoalbalas, pasukan pembela meminta Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah soal balas itu menyoalbalas saksi lain terhadap transkrip sidang media tersebut.

Azman kemudian meminta pendakwa memanggil saksi yang berikutnya.

Tetapi pihak pendakwa gagal untuk memanggil saksi berikutnya, seorang pemberita RTM, kerana beliau gagal untuk hadir dan tidak dapat dihubungi.

Perbicaraan ditangguhkan sehingga esok.

Tiada ulasan: