12 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Balasungkawa Dhamala N.,S

Seniman terkemuka negara, Dharmala NS atau Abdul Muluk Daud, 62, yang juga seorang blogger meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi tadi di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Abdul Muluk Daud, sasterawan Melayu terpenting menulis dalam semua genre termasuk novel, cerpen, puisi, rencana, skrip drama pentas, tv dan filem. Pemenang hadiah sastera nasional 1974 kategori cerpen. Pemenang sayembara novel Yayasan Sabah Gapena 1979 dan 1981. Pemenang hadiah cerpen Esso-Gapena 1981 dan 1982. Beliau juga ialah Ahli Jawatankuasa penyelidikan budaya Muzium Negeri Sembilan 1990-2003.

Beliau yang juga terkenal di alam siber dengan nama Pak Darma melalu blog adimul.blogspot.com adalah seorang blogger yang tekun mengemaskinikan blognya yang memuatkan tulisan-tulisan dari beberapa orang penulis dari Warga Perihatin Malaysia (PRIMA) seperti pengkritik sastera terkenal, Mohd Affandi Hassan, Kamal Amir, Yahya Ismail, Mankadir dan lain-lain.

Pak Dharma dilaporkan telah dikejarkan ke hospital mengadu sakit dada dan minta diurutkan. Beliau pada hari berkenaan baru selepas bersahur untuk menajalan puasa sunat.

"Badannya berpeluh-peluh dan kukunya sudah biru," jelas Puan Adiah, isteri Pak Dharma.

Waris Pak Dharma menyatakan, semasa di hospital, aktivis-aktivis PRIMA yang terawal menziarahi Pak Dharma adalah Hj Bakar Ninggal, Sayuti Omar, Yahya Ismail, Rashid, Rozie (isteri Dato Kamal Amir) dan juga Yassin Salleh (bapa saudara Pak Dharma). Beliau merakamkan terima kasih kepada YM Dato' Lela Maharaja Dato' Hj Muhammad Sharip bin Hj Othman (Undang Luak Rembau) kerana sudi menziarahi Pak Dharma. Begitu juga kepada rakan-rakan Pak Dharma seperti Norzah Kepol (Pengarang Buletin Rakyat) dan suami, Fadil Tan Sri Samad Idris, Fezal Khan, Liew Ah Kim (mantan Ahli Parlimen Seputeh), sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga, ribuan terima kasih diucapkan.

Jenazah beliau akan dimandikan di Masjid Sri Gombak di sini sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Jelebu untuk dikebumikan petang ini. -


1 ulasan:

Web Sutera berkata...

Assalamualaikum GB, izinkan saya salin berita ini.