Peguam yang mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan, memberitahu mahkamah koroner kedua-dua pakar berkenaan meminta supaya memberi mereka masa untuk pulih sebelum memberi keterangan.
Dua pakar itu ialah pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Khairul Azman Ibrahim dan pakar forensik Pusat Perubatan Universiti Malaysa (PPUM), Dr Prashant Naresh Samberkar.
Saksi ke-11 Inspektor Mohd Zulaimi Mohd Zubir, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang merupakan Pegawai Penyiasat yang memeriksa CCTV dipanggil untuk memberi keterangan.
Mohd Zulaimi memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau telah merampas 'hard disk' rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari Plaza Masalam pada 17 Julai 2009. Hasil pemeriksaan menunjukkan Teoh memasuki plaza tersebut pada jam 18:08:55. Namun tarikh bagi rakaman berkenaan tidak dinyatakan.
Saksi itu juga berkata ketika datang melihat mayat, beliau dapati mayat ditutup dengan plastik sampah hitam yang koyak dan tidak diusik atau dialih oleh sesiapa sehingga mayat tersebut dialihkan oleh ahli forensik.
Beliau menambah beberapa pegawai SPRM kemudian turun ke tempat kejadian dan memaklumkan si mati adalah salah seorang saksi mereka yang memberi keterangan pada hari itu.
Situasi dalam mahkamah sesak dengan wakil media dan pemerhati awam. Terdapat juga sekurang-kurang 10 orang wakil media, orang awam termasuk pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri memakai topeng muka bagi mengelakkan penularan wabak Influenza A (H1N1).
Mahkamah kembali bersidang. Mahkamah ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada tarikh 15 Julai. Rakaman mula dimainkan dari jam 18:07:48
Tiada ulasan:
Catat Ulasan