Peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, Puspawati Rosman, ditahan semasa mengedarkan risalah hak-hak tahanan polis di Masjid Jamek. Beliau dipercayai ditahan dalam operasi tangkapan rawak.
Ketika dihubungi TV Antara, Puspawati berkata sewaktu memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai hak mereka sekiranya ditahan polis.
Ketika saya sedang sibuk mengedarkan risalah Majlis Peguam mengenai hak tahanan polis dan tiba-tiba datang sekumpulan polis datang mengerumuni saya dan bertanya apa yang sedang saya lakukan.
Saya bagi satu risalah pada dia dan jelaskan, waktu itu hanya ada seorang polis wanita dan selebihnya lelaki. kemudian dia suruh saya ke balai untuk berjumpa pegawai tetapi saya mengatakan adakah saya sedang ditahan, kerana jika tidak saya tidak akan ikut. Sebagai orang yang tidak ditahan, ini adalah hak saya kerana saya masih seorang yang bebas," katanya.
Menurut Puspa, polis berkenaan menuding jari dan mengugut untuk menahannya. Kekasaran penguatkuasa undang-undang ini bagaimanapun tidak dilayan Puspa. Semasa Puspa sedang menjelaskan situasi sebenarnya kepada polis terbabit, beliau tiba-tiba digari.
"Mereka kata awak hendak sangat saya tangkap kamu? Tangkap...tangkap...selepas itu mereka tiba-tiba menggari saya dan jurugambar yang saya syak sebagai SB ambil gambar saya dan memalukan saya di situ.
Kemudian menarik saya ke seberang jalan di hadapan Masjid Jamek di mana terletaknya trak polis dan telah mengarahkan saya masuk ke dalam trak berkenaan," katanya.
Menurutnya, bagaimanapun beliau dibebaskan 15 minit kemudian selepas polis menyedari tangkapan itu salah kerana risalah Majlis Peguam yang diedarkan itu tidak ada kaitan dengan perhimpunan yang diadakan.
Hari ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Jalil, polis telah bertindak di luar batas undang-undang dengan menahan mereka yang dipercayai peserta perhimpunan aman semalam melebihi 24 jam.
Barisan peguam dari Khidmat Bantuan Guaman secara sukarela turun membantu selepas menerima laporan berhubung perkara ini. -TVA
1 ulasan:
itu adalah sebahagian dari ujian dan keadaan ini pasti terjadi dlm keadaan sek. seorang menteri juga mungkin tertangkap bila dlm keadaan mencurigakan .anggota penguatkuasa juga manusia yg sekiranya dilayan dgn baik ,tiada apa2 masalah. Sekiranya benar ingin berkhidmat ,majlis peguam bolih memohon kepada RTM atau TV2 swasta yg lain bagi menyalurkan maklumat kepada seluruh warga Tanah Melayu bagi kepentingan semua dan bukannya golongan2 tertentu shj.
Catat Ulasan