4 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Khir Toyo Luluskan Banyak Projek Gajah Putih

Projek gajah putih…
Itulah kenyataan yang didakwa Adun Sekinchan, Ng Suee Lim terhadap projek-projek pembinaan di Selangor, semasa pemerintahan bekas menteri besar, Khir Toyo.

Katanya, kebanyakan projek yang diluluskan oleh Khir Toyo merupakan satu pembaziran dan tidak mendatangkan pulangan positif kepada kerajaan negeri, malah merugikan.

“Dalam tempoh pentadbiran beliau dalam lapan tahun, terlalu banyak projek gajah putih, yang paling nyata Sg Haji Dorani Marine Park, dan Jalan Cross Ban 4 Sekinchan, menuju ke Haji Dorani, 20.5 kilometer menelan belanja RM1.18 juta, sedangkan anggaran JKR pada ketika itu hanya sekitar RM50 juta sahaja, tetapi beliau belanja lebih.

“Ini satu pembaziran kerana kalau berdiri di situ, dalam lima minit hanya ada satu kereta yang lalu lalang di situ, ia satu projek gajah putih oleh Khir Toyo,” katanya.

Ng yang ditemui pemberita di luar banglo Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam pagi tadi, menyifatkan Khir telah menyalah guna wang rakyat untuk projek tidak bermanfaat.

Katanya lagi, begitu juga dengan projek Sungai Haji Dorani Marine Park, yang menelan belanja keseluruhan sebanyak 30 juta ringgit, berbanding angaran asal sebanyak 10 juta ringgit sahaja.

Beliau berkata, projek itu kononnya untuk mempergiatkan sosial ekonomi, namun sehingga sekarang, tiada sebarang pembangunan dan keuntungan yang diperolehi daripada projek berkenaan.

“Dalam masa 30 tahun pun tak akan pulang modal untuk buat projek Sg Hj Dorani Marine Park itu, buat apa nak buat projek yang tak datangkan untung begitu, suatu pembaziran, itu duit kerajaan negeri, membazir.

“Konon boleh mempergiatkan sosial ekonomi, tapi kita tengok sekarang langsung tak beri apa-apa impak secara langsung atau tak langsung kepada penduduk sekitar,” katanya.

Ng hari ini membawa lebih 40 penduduk Sungai Panjang dan Sekinchan untuk melihat banglo mewah Khir di Seksyen 7, Shah Alam yang didakwa bernilai 24 juta ringgit.



Tiada ulasan: