Di peringkat parti pula, beliau menggesa para pemuda PAS agar menyahut cabaran kerajaan negeri itu. Sebagai pemimpin yang merancang aktiviti partinya, beliau merangka rancangan agar setiap cawangan PAS menghantar 10 pemudanya untuk menyertai rancangan itu.
Hasilnya, beratus-ratus (kalau tidak ribu-ribu pun) pemuda PAS menyahut cabaran Asri itu. Pemuda PAS dari Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Pasir Puteh, Rantau Panjang, Bachok dan lain-lain kawasan mendaftarkan diri.
Destinasi yang mereka tuju adalah Sungai Sok, Chucoh Puteri, Sungai Peria dan Lata Rek di Manek Urai, Kuala Krai. Mereka menyertai apa yang dinamakan sebagai Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) yang diilhamkan oleh kerajaan negeri Kelantan ketika itu bagi membangunkan tanahnya.
Salah seorang dari mereka adalah Pakcik Mamat Jusoh. 40 tahun lalu, umur beliau ketika itu sekitar 34 tahun. Kini, beliau sudah berumur 74 tahun. Beliau adalah salah seorang peneroka awal RKT Chucoh Puteri dan tinggal di situ bersama anak beliau, Nik Hamdi yang juga seorang penghulu (ketua kampung) di Chucoh Puteri kini.
Menurut Pakcik Mat, ketika datang dahulu, mereka menaiki keretapi dari Tumpat berhenti di Stesen keretapi Manek Urai Lama. Dari situ, dia dan rakan-rakannya berjalan kaki selama dua hari satu malam menuju ke Chucoh Puteri, kawasan hutan yang diberikan kepada beliau untuk dibangunkan. Setiap mereka diberikan enam ekar tanah untuk dibangunkan.
Dari Sungai Sok, dia terpaksa mendaki satu bukit yang menjunam tingginya sehingga tertonggek-tonggek mereka mendakinya. Lalu bukit itu kemudiannya dinamakan Bukit Tonggek. Bukit Tonggek kekal hingga kini. Walaupun sudah ada jalan raya, kereta kita terpaksa menggunakan gear dua untuk mendaki bukit tersebut.
Hari ini, Sungai Sok, Chucoh Puteri, Sungai Peria dan Lata Rek adalah nama-nama popular dalam peta politik tanah air. Ke empat-empatnya adalah kawasan peti undi dalam Dun Manek Urai.
Sehingga kini, memandangkan ia diasaskan oleh para Pemuda PAS 40 tahun lalu, ke empat-empat RKT ini kekal menjadi kubu kuat PAS berbanding lima lagi peti undi. (Lima lagi adalah Manjoi, Lak Loh, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru dan Temalir).
Kini, menjadi strategi PAS dalam memenangi pilihan raya ini, menempatkan petugas PAS dari kawasan asal penduduk di sini ke kawasan itu.
Petugas Pengkalan Chepa, misalnya, ditempatkan di Chucoh Puteri kerana kebanyakan penduduk RKT ini datang dari Pengkalan Chepa. Petugas Rantau Panjang ditempatkan di Lata Rek manakala petugas dari Kubang Kerian ditempatkan di Sungai Sok.
Di sini jejak kasih berlaku. Mereka yang telah terpisah 40 tahun lalu tiba-tiba berjumpa kembali dalam pilihan raya kecil ini. Kawan bertemu kawan. Sepupu bertemu sepupu, anak saudara bertemu bapak saudara dan sebagainya.
Bekas ADUN Pancor, Pengkalan Chepa, Haji Yusof Ludin misalnya bertemu dengan rakan sekolahnya semasa kecil dahulu, Yasin yang berasal dari Kampung Pulau Belanga, Pengkalan Chepa. Beliau antara petugas PAS Pengkalan Chepa yang ditugaskan di peti undi Chucoh Puteri, tempat tinggal Yasin sekarang.
Pendek kata, pertemuan jejak kasih ini benar-benar memeriahkan suasana di Manek Urai sekarang.
Kehebatan PAS di sini boleh dilihat dari sejarah PAS itu sendiri. Pada tahun 1978, PAS kalah di semua kawasan pilihanraya di Kelantan kecuali di DUN Sering, Pengkalan Chepa dan Manek Urai, Kuala Krai. Dan yang jelasnya, kekuatan PAS di Manek Urai kerana orang Pengkalan Chepa yang datang ke situ 40 tahun lalu.
Kini, PAS diuji lagi. Apakah kekuatan mereka boleh dicairkan oleh Umno yang ada atau RKT akan kekal menjadi kubu PAS sebagaimana kawasan Felda kekal menjadi kubu Umno sehingga kini.
Dari sembilan peti undi, Umno memberikan tumpuan kepada Manjoi dan Lak Loh di samping Manek Urai Lama dan Baru sendiri. Mereka tidak mampu untuk menembusi kubu PAS di Sungai Sok, Chucoh Puteri, Sungai Peria dan Lata Rek ini yang berasaskan RKT ini.
Namun, sejak kematian Ismail Yaakub lagi, Umno melalui jabatan-jabatan kerajaan sudah masuk ke kawasan pilihan raya ini secara yang agresif sekali. Antara jabatan kerajaan yang aktif adalah Kesedar yang membuat jalan-jalan baru, Jabatan Pelajaran yang sehingga kini sudah tiga kali membuat kursus untuk 200 guru-gurunya di sini.
Selain itu, Kemas, Risda dan Jabatan Kesihatan turut aktif memberikan perkhidmatan menjelang pilihan raya ini di samping lebih 3,000 anggota polis yang bergerak aktif di sini.
Namun, PAS yakin akan menang kerana mereka boleh bergantung kepada kekuatan benih yang telah mereka tanam 40 tahun lalu di sini. - prkn41
2 ulasan:
Semasa Dato' Mohd Asri menjadi Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah di bawah Kerajaan Campuran pasca13Mei, beliau juga berjaya mengatasi masalah kualiti dan kelewatan pembinaan rumah peserta FELCRA Teratak Batu, Kelantan dan lain2 rumah peserta FELCRA di seluruh negara, serta Kompleks Belia bagi Rancangan Tanah Belia FEKCRA Gua Musang.
Apa yang beliau lakukan ialah membatalkan kontrak projek pembinaan di FELCRA Teratak Batu itu dan lain2 projek rumah peserta yang pelaksanaannya menggunakan kontrak Lump Sum dan menggantikannya dengan kontrak Direct Labour. Sementara projek yang belum mula seperti Kompleks Belia Gua Musang terus menggunakan kontrak Direct Labour.
Apakah sebenarnya kontrak Lump Sum dan Direct Labour?
Lump Sum merupakan bentuk pecahan kontrak pembinaan Barat jenis Price-in-advance yang asalnya adalah kontrak Islam bagi transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad yang dinamakan al -Istisnaa' atau maksud Melayunya kontrak Tempahan. Yang mana, penggunaannya sebagai kontrak pembinaan tidak diharuskan oleh mazhab Hanbali, Maliki dan mazhab kita Shafie' atas alasan ia bukan kontrak tetapi tanggungjawab melunaskan amanah oleh tukang atau kontraktor dan ketidakpastian barangan yang dihasilkan secara tempahan itu dapat memuaskan hati pihak yang memberi tempahan.
Manakala Direct Labour merupakan bentuk pecahan kontrak pembinaan Barat jenis Cost Reimbursement yang asalnya adalah kontrak Islam bagi transaksi barangan yang tidak wajud ketika akad yang dinamakan al-Ijarah atau maksud Melayunya kontrak Upahan. Yang mana, penggunaannya sebagai kontrak pembinaan di haruskan oleh kesemua 4 mazhab Islam.
JIKA INILAH YG SEBENARNYA BERLAKU..PENGUNDI2 MANIK URAI SUDAH TENTU MENGHARGAI JASA PERTOLONGAN YG MENGUBAH HIDUP MEREKA KEARAH YG LEBIH SELESA WLUPN X SEKAYA KRONI2 AAAAMMMMEENNOOO..KITA PASTI MENANG!!INSYA'ALLAH..-dlm ati masih takut2 peristiwa 2004 berulang lg..tp rasanya tidak..depa makin lumpuh..punya la xdak isu hatta ketiadaan poster YB Nasha pn depa ungkit..lg2 klu si 'MENANTU KORUP'..
Catat Ulasan