10 Jul 2009

MANEK URAI : MU: Muhyidin Tak Tau Beza Syiar Dengan Syariat

Berkatalah Muhyidin Yasin dalam ceramah Umno di Manek Urai- ”Tunjuk bukti Umno tak perjuang Islam.Beliau cabar Pas bagi bukti .Ini berikutan Murshidul Am Pas terus berkata Umno memperjuangkan Nasionalis dan sekularisme bukan memperjuangkan Islam.

Muhyidin kata Umno dah banyak buat benda-benda Islam, seperti Bank Islam , Universiti Islam, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Islam. Tu baru syiar bukan Syariat, setakat yang aku tau. Bagaimana pula dengan yang lain-lain:

Aku nak banding apa yang Kelantan buat bukan negeri lain, negeri lain aku tak mau cakap sebab Pas tak berkuasa penuh, yang ni kita kena faham. Kalau aku tak betul sila tegur;

1-Kelantan luluskan hukum hudud dalam dun negeri Kelantan, tapi Umno tolak hudud siap bagi amaran lagi kepada kerajaan Kelantan jangan laksana hudud, istihar darurat(Zaman Mahathir)

2-Kelantan hapuskan jualan arak secara terbuka, boleh minum tapi dalam rumah sendiri(bukan Islam)

3-Hapuskan tikam nombor dan judi-tak keluar lesen

4-Wajibkan pemakain tudung kepala dan tutup aurat di khalayak ramai bagi wanita Islam

5-Kaunter berasingan untuk lelaki dan wanita di pasaraya

6-Pajak gadai Islam

7-Dinar Emas

Kalau setakat buat masjid cantik dan indah kat Hong Kong dan Korea Selatan pun ada masjid, tu perkara biasa. Umno kenakan interest kepada pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi untuk bayaran balik pinjaman (PTPTN). Kerajaan Umno-bn juga hapuskan bantuan kepada sekolah-sekolah agama dan anak tirikan sekolah2 agama rakyat. Apa yang Umno buat untuk Islam? penjarakan ulama dan bunuh ulama Pas itu ada Umno buat.Tangkap oarang tanpa bicara (ISA) itu Umno ada buat.

Beli ADUN di Perak dan timbul akuan bersumpah 50 juta itu kerja Umno. Umno juga tak berani tegur Sisters in Islam yang amalkan Islam Liberal kerana sama macam Umno. Umno dan kabinet buat kerja gila cadangkan orang bukan Islam masuk Islam tak libatkan anak-anak, mereka kekal agama asal! Perjuangkan Islam apa macam tu. Umno pernah cadangkan dihapuskan perkataan ISLAM pada mana-mana pertubuhan atas nama Islam, tapi Raja-Raja Melayu tolak. Umno anggap politik dan agama tak boleh campur aduk umpama minyak dengan air tak boleh dok sekali. -misaimerah

3 ulasan:

HaHs berkata...

Insuran Kematian utk orang tua secara percuma.

Pemberian tanah kepada peneroka.

Mewujudkan Bandaraya islam Kota Bharu.

Memulakan cuti 5 hari seminggu.

Memulakan cuti bersalin 2 bulan utk isteri dan cuti rehat utk suami.

Cuti mengikut cara islam, Jumaat dan Sabtu.

Pembayaran gaji mengikut kalendar Hijriah (Islam)

Mengutamakan perhubungan antara kaum dan menjaga kebajikan / menghormati hak kaum non muslim.

Menjadi satu2nya negeri yg pentadbirannya bebas rasuah.

Membudayakan kakitangan agar takut tuhan, jujur dan amanah!

Mementingkan kebakikan rakyat serta mengamalkan konsep gotong royong.

Menjadikan negeri Kelantan sebagai pusat perlancongan dari dalam dan luar negeri

Menghapuskan hiburan, budaya dan adat yg bertentangan dgn syariat

Membantu, membela dan memajukan sekolah agama rakyat dan sekolah pondok diseluruh negeri kelantan.

Mengutamakan hak utk rakyat kelantan dalam memiliki hartanah dinegeri tersebut.

Dan banyak lagi!

Sendiri fikirlah.

Tanpa Nama berkata...

kau sorang ajelah yang tahu. orang lain bodoh semua.

Tanpa Nama berkata...

tahniah anwar sebab dulu buat perkara-perkara islam semasa dalam BN, muhyidin pun puji jasa pimpinan pakatan rakyat....