TG Nik Aziz tidak peduli apa juga alasan penolakan yang diberikan Najib terhadap cabaran debat yang dikemukakannya. Baginya tugas seorang pendakwah menawarkan perdebatan mencari penyelesaian telah pun selesai walaupun ditolak.
Menurut TG Nik Aziz ada tiga cara untuk berdakwah, pertama mengajak manusia dengan bil-hikmah seperti dibuat oleh Kelantan sebagai negeri yang mengikut Islam, kedua dengan al-wa'z iaitu nasihat melalui ceramah, kuliah, usrah, internet, siaran dan lain-lain dan yang ketiga mujadalah berarti berdebat, berdiskusi dan seumpamanya.
Menjelaskan dakwaannya bahawa perjuangan UMNO BN bertentangan dengan syariat Islam, TG Nik Aziz sekali lagi berpendirian sama bahawa dakwaannya itu bersandarkan dengan asas yang kukoh bukan tuduhan yang membabi buta.
Perjuangan UMNO yang menerima setengah kitab dan menolak ajaran yang setengah lagi jelas sesat dan tidak menepati ajaran Islam.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah menolak penganjuran debat yang dikemukan oleh Nik Aziz tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan