18 Jul 2009

Era Najib Altantuya : SAH! CHUA JUI MENG PKR

SAH seperti yang kami telah laporkan sebelum ini sekalipun dinafikan oleh media arus perdana bahawa bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng telahpun membuat pengumuman menyertai parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa serta merta petang tadi.

Beliau juga secara rasminya melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri.

"Saya dengan ini mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri dan dengan izin Ketua Umum kita, saya mengumumkan pentertaan saya ke dalam Parti keadilan Rakyat," umum Chua.

"Bukan mudah untuk saya membuat keputusan meninggalkan parti yang telah saya berkhidmat selama 23 tahun. Tetapi saya yakin kini berada dipihak yang benar dalam sejarah politik negara," tambahnya lagi.

"Saya mencari- cari parti yng berbilang kaum dan kini pencarian saya telah tamat. Saya temui impian saya dalam Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Chua muncul bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis forum anjuran parti itu yang bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal: Perak, PKFZ dan konspirasi BN" di Sunway Resort Hotel & Spa.

Chua menerima tepukan gemuruh kira- kira 2000 hadirin, sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan itu.

"Orang Cina tidak mempunyai masa depan dalam parti satu kaum, kerana parti satu kaum hanya berlegar- legar dalam pusaran yang semakin mengecil. Orang- orang Cina perlu bersama- sama orang Melayu, India, Kadazan dan Iban kerana halatuju politik masa hadapan adalah parti pelbagai kaum," katanya lagi.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ternyata seperti jangkaan ramai peta politik
tanahair akan mengalami perubahan sebelum pru13
ini di sebabkan perubahan sikap pemain2 utama
politik yg semakin yakin bahwa parti2 politik
yg berasaskan perkauman sudah ketingalan zaman
dan tiupan api2 perkauman ini sudah di pandang
sepi dan tidak lagi laku di pasaran politik ta
nahair.rakyat semakin matang dan kek kuasa dan
ekonomi ternyata buleh di kungsi bersama tampa
lagi menakutkan rakyat.kematangan rakyat akan
membuah malaysia yg amat selesa utk di hayati
sampai keakhir umur.malaysia bisa di kungsi bersama.hidup bersama teruwung yg menyinari hidup kita sudah semakin dekat.malaysia kita...

martoiriat berkata...

Syabas.. Datuk Chua Jui Meng yg telah pun menyertai PKR. Saya menyokong sepenuhnya dgn pendirian beliau memileh PKR sebagai wadah perjuangan utk membuat pembaharuan dlm politik malaysia hari ini.Semoga penyertaan beliau,PR akan lebih kuat dan mantap lagi. saya yakin Datuk Chua mempunyai idea2 yg menarik utk menumbangkan kerajaan BN yg zalim dan rasuah. Bagi saya penyertaannya dlm PKR adalah keputusan yg tepat...

Tanpa Nama berkata...

Ya..tahniah YBhg Dato' Chua Jui Meng. You have made the right decision; the right choice. Memang sesetengah daripada kita suka politik berasaskan sesuatu kaum 'kunun'nya part-parti tertentu berjuang dan membela kaum itu. MCA kononnya bela kaum Cina, MIC bela kaum India dan UMNO berjuang untuk Melayu. Itu 'kunun'nya sahaja. Yang tersirat di sebalik itu semua apa dia sebenarnya ? Saya amat bersetuju, dengan Hishamuddin Rais yang menulis dalam Malaysiakini
baru2 ini menyatakan manusia sebenarnya (rata-ratanya..atau kebanyakkannya) berjuang untuk merebut punca-punca ekonomi ! Sama ada anda bersetuju atau tidak, itu fakta yang sukar dinafikan. So..apa ertinya jadi terlalu taksub dengan pidato orang2 politik yang mahir menggunakan oral dan bahasa untuk mempengaruhi orang lain menyertainya? Kecuali politik yang berasaskan kepada kebenaran yang anti kemungkaran. Kedua, kita dapati politik perkauman akan menemui kegagalan akhirnya. Suka atau tidak, kita keadilan itu bukan hanya untuk sesuatu kaum sahaja tetapi untuk semua manusia, semua makhluk. You may not agree with me..taht's okay. But the facts we have, mostly around the globe, leaders must struggle, must champion the truth, justice, fairness for all of its citizen.