18 Jul 2009

Era Najib Altantuya : Kes Teoh, Akhirnya Polis Akui Belum Ketepi Teori Perbuatan Khianat

Kerajaan akan meneliti cadangan pelbagai pihak supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan bebas kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia dijangka akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.

Sementara itu, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyatakan kredibiliti Najib akan musnah dan peningkatan sokongan yang diperolehinya dari 45% ke 65% sebaik sebelum hari 100 pemerintahannya akan turun mendadak jika kerajaan tidak menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock yang dikatakan jatuh dari tingkat 14 bangunan SPRM di Shah Alam kelmarin.

Dalam satu perkembangan berkaitan pihak polis masih belum mengetepikan lagi teori kemungkinan ada perbuatan khianat disebalik kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi, polis akan meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kejadian.

Katanya, setakat ini, polis sudah merekodkan kenyataan daripada 23 individu termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi masih ada beberapa pegawai suruhanjaya itu yang belum tampil memberi keterangan.


Tiada ulasan: