"Kita pada mulanya mencari pakar patologi di Lembah Kelang. Saya berhubung dengan Hospital Sains di Subang tetapi malangnya kumpulan patologi itu telah diambil oleh pihak polis untuk menjadi sebahagian dari pasukan yang mengkaji selidik tentang keadaan mayat," kata Menteri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sebelum ini, polis masih belum mengetepikan lagi teori kemungkinan ada perbuatan khianat disebalik kematian Teoh Beng Hock, walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi, polis akan meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kejadian.
Katanya, setakat ini, polis sudah merekodkan kenyataan daripada 23 individu termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi masih ada beberapa pegawai suruhanjaya itu yang belum tampil memberi keterangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan