Abdul Fatah berkata, Pas tidak takut dengan ugutan sesetengah pemimpin UMNO yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak memihak kepada calon BN dalam pilihan raya itu.
“Kita (Pas) bersedia hadapi sebarang tindakan jika UMNO mempertikaikan keputusan pilihan raya kecil itu,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan pengiraan undi pilihan raya kecil di Manek Urai Selasa lalu.
Media semalam menyebut kononnya ada desas desus wujud keraguan pada keputusan pengiraan undi di peti Undi di Manek Urai Lama yang dikatakan BN menang dengan majoriti 289 undi tetapi hanya diumumkan 189 undi oleh SPR.
Keputusan itu didakwa memberikan kesan besar sehingga menyebabkan BN kalah pada pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi.
Abdul Fatah berkata, Pas tidak takut risiko yang bakal diterimanya sehingga dibawa ke mahkamah, jika keputusan yang diumumkan SPR itu menjadi pertikaian pihak yang tidak berpuas hati dan meragui kesahihannya.
Semalam Bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dilaporkan berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian oleh UMNO Kelantan dan mesti dibincangkan dengan penasihat undang-undang parti sebelum dibawa ke mahkamah.
Mengulas mengenai perkara itu Abdul Fatah berkata, kenyataan itu hanyalah untuk menutup kelemahan diri sendiri.
“Saya rasa kenyataan Wan Zaid itu mungkin untuk menutup kelemahannya yang sebelum ini didakwa tidak memberi sokongan terhadap calon BN dalam pilihan raya kecil itu.
“Pada saya, itu adalah taktik yang biasa digunakan oleh pemimpin UMNO apabila berhadapan dengan keadaan itu,” katanya.
3 ulasan:
Rakaman video mendiang teoh disoal-siasat pegawai SPRM akan membuktikan sama ada beliau seorang saksi atau suspek.
Kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat yang tinggi,mayat seseorang akan bersepai tapi tidak dalam kes mendiang teoh.Hanya sedikit tumpahan darah dan seluar yang koyak rabak dari belakangnya.Pakar patologi amat diperlukan dalam kes seumpama ini.Elok diupah pakar dari luar negara kerana tidak ramai yang mahir dalam bidang ini di Malaysia serta dikhuatiri tidak telus.
Sepatutnya ketika ini semua pegawai SPRM yang terlibat menyoal-siasat mendiang Teoh ditahan reman dan diambil keterangan mereka.
Rakyat meragui ketelusan polis dalam menyiasat perkara ini kerana awal-awal lagi pihak polis menafikan ada unsur foul play.itu belum siasat lagi.Tak dapat tidak satu suruhanjaya di raja wajar ditubuhkan untuk menyiasat kematian mendiang teoh.
kepada bloggers umno totok dan media totok pro umno,jika tak simpati terhadap kematian mendiang teoh,janganlah korang kutuk dia bukan-bukan.cuba bayangkan jika anak atau kaum keluarga korang sendiri yang jadi mangsa.....
Kepada pemimpin MCA,SUPP dan lain-lai parti berteraskan kaum Cina kenapa masih diam membisu?Hanya Koh Tsu Koon sahaja yang berani mencadangkan agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan menyiasat kematian mendiang Teoh.Sikap korang semua amat dikesali.
Eloklah cadangan DS Anwar agar jelajah negara diadakan bagi menerangkan isu mendiang Teoh.
Rakyat semakin meluat dengan SPRM.Kenapa kes PKFZ,mahligai mewah Khir Toyo,bumbung stadium runtuh,kes rasuah RM3 juta melibatkan MRR2 dan banyak lagi hanya dipandang sepi oleh SPRM.
Bukan UMNO sahaja yang bayar gaji mereka dan sebagai kakitangan awam,mereka sepatutnya berkhidmat untuk masyarakat.Kalau nak berkhidmat untuk UMNO,eloklah letak jawatan.Kematian mendiang Teoh di premis SPRM menjadi tanggungjawab SPRM sendiri dan jangan semudah itu untuk lepas tangan.
Rakyat tertanya-tanya kenapa najib tak pulang ke tanahair lagi...apakah takut menerima kecaman atau soalan wartawan.inilah one malaysia kalau korang semua nak tahu.
zaman sekarang canggih.boleh buat ucapan takziah dan rakam dalam tv3 ke,astro ke.....kan ada blog,apasal tak pakai.
tibalah masa untuk kita semua menumbangkan BN dalam apa sahaja PRK dan PRU kerana mereka tak layak lagi memerintah negara
pas harus takut lah... peti tu dalam simpanan siapa sekarang? kang ada yang rig peti tu semua...
bukan buleh pakai sangat...
kenapa amnu tak suruh kira balik hari mengundi hari tu? bukan ke majoriti kecik tak sampai 2% buleh mintak kiraan semula... kenapa tak nak masa tu???
nengokkan ketua spr yang sekarang nih.. berani ke?? mamat ni macam tak takut tuhan nih... asal buleh buat bn menang... apa pun dia sanggup... semuga dilaknat Allah la hendaknya!!
Hmmm....apa punye bodohlah dia orang ni..bukan kah tiap-tiap saluran undi ada borang keputusan yang telah ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi(KTM)...dan borang ni pulak disahkan oleh semua wakil calon dan KTM sendiri dan dibenarkan dibawa keluar/balik...campor aja lah tiap-tiap saluran di situ...dapatlah tau siapa yang menang di UPU itu..tak payahlah nak kira semula...
Catat Ulasan