Sebaik saja pilihanraya kecil Manek Urai berakhir, dengan sombong dan angkuh dari pemimpin paling tinggi sehingga ahli UMNO di jalanan, mereka bersorak seolah-olah mereka yang menang di dalam pilihanraya itu.
Kata mereka, gelombang biru telah kembali ke Kelantan, rakyat seluruh negara telah menyokong BN, Pakatan Rakyat sedang hadapi zaman malap, Pakatan Rakyat bakal musnah dan seumpamanya.
Tetapi selepas berita kematian seorang pembantu exco Selangor ditemui mati selepas menjalani proses siasatan di pejabat SPRM Selangor, Pakatan Rakyat tiba-tiba dikurniakan satu kekuatan ajaib untuk bersatu hati dan bersuara dengan nada yang serentak menuntut supaya kezaliman UMNO BN dihentikan.
Apa tah lagi, siri-siri siasatan SPRM menunjukkan adanya siasatan terpilih bagi melaksanakan satu agenda BN/UMNO untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat istimewanya Selangor.
Diperburukkan pula dengan tindakan ganas polis dan unit FRU yang bertindak seperti binatang untuk meleraikan perhimpunan rakyat di bangunan SPRM semalam dengan menahan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.
Kredibiliti UMNO/BN berserta keredibiliti media arus perdana termasuk agensi berita nasional BERNAMA sejak awal menjadi pemutar belit kebenaran tercampak ke tong najis dengan kisah misteri kematian Teoh.
Lebih menghinakan apabila kerajaan BN baru saja mengumumkan kenaikan tambang pengangkutan awam yang mencerut leher rakyat miskin, diumumkan kenaikan itu setelah Dewan Rakyat tamat persidangan untuk tidak membolehkan parlimen mempersoalkan kenaikan tersebut dan juga selepas pilihanraya Manek Urai untuk menipu rakyat Manek Urai suapay memberi sokongan kepada BN di dalam pilihanraya kecil yang lepas.
Dan hari ini BN menerima tamparan hebat apabila bekas Naib Presiden MCA yang juga bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat sementara Timbalan Presiden MCA pula Chua Soi Lek dihadapkan ke lembaga disiplin parti MCA untuk perbicaraan kes pita video lucah yang terpendam sekian lama.
Tidak cukup dengan itu, tindakan berani Pemuda Gerakan yang secara terbuka menyatakan sokongan serta akan turut serta dalam himpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos depan jelas merupakan tamparan lagi kepada BN. Ini dilengkapkan dengan kenyataan pemimpin Gerakan sendiri Datuk Koh Tsu Koon yang turut mengesyorkan satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kematian Teoh.
Apa yang berlaku di dalam MIC pula sudah menjadi satu legenda. Masyarakat India telah pun menolak secara total parti MIC yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan di dalam BN.
Dengan senario yang ada, tetiba UMNO BN yang semalamnya riang dan garang selepas Manek Urai menjadi kecut semula. Berlakulah pilihanraya esok, lusa atau bila-bila masa selepas ini, BN yang angkuh, zalim dan sombong itu pasti kecundang di tangan Pakatan Rakyat dan akan segera menemui lubang kuburnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan