21 Jun 2009

PAS UMNO : Meninjau Persiapan Terkini PRK Manek Urai

Persiapan rapi telah dirancang oleh PAS Kelantan untuk berdepan dengan Umno/BN di Manek Urai.

Kata Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, Haji Abdul Fatah Haron, Jentera PAS akan berjuang habis-habisan untuk menang walaupun ‘kerajaan perpaduan’ telah dijadikan isu oleh pemimpin Umno.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi.

Jelasnya, hanya poster Tok Guru Nik Aziz sahaja mempunyai nilai untuk menarik pengundi.

“Jadi dalam hal ini kita hanya menilai dari sudut komersil sebagai cara menarik pengundi di Manek Urai. Kita betul-betul eksploit gambar Tok Guru untuk pancing undi,” katanya.

Wan Rahim mengakui Tuan Guru mempunyai tarikan tersendiri berdasarkan pengalaman dalam jentera parti sejak tahun 1982 semasa mencetak gambar Tuan Guru yang mengenakan serban di atas bahu.

Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.

“Inilah bukti gambar Tok Guru mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau,” katanya ketika dihubungi.

Bahkan beliau turut menafikan ketiadaan poster Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan yang digambarkan wujudnya pergeseran antara pimpinan tertinggi itu.

Dalam pada itu, Wan Rahim memaklumkan kesemua jentera parti Kelantan kini sudah berkampung di Manek Urai sejak 13 Jun, dan jenteri parti lain-lain negeri sudah mula membanjiri kawasan pilihan raya itu peringkat demi peringkat.

“Ada di kalangan mereka menetapkan tarikh masiang-masing untuk turun ke Manek Urai. Sebabnya kita kena faham ini satu pilihan raya yang tempoh masanya agak panjang.

“Kita tidak menggesa jentera negeri untuk datang awal sampai akhir ianya terlalu lama. Jadi mungkin jentera negeri akan hadir kemudian sikitlah memandangkan jentera parti Kelantan sudah berkampung,” jelas beliau. -jiwokelate


6 ulasan:

nora Othman berkata...

bagus juga tidak terbabit org luar .org luar bokan boleh percaya sangat tak dengar kata.org luar pun perlu fahammmmmmmmmm.

Tanpa Nama berkata...

Zamnora said...
bagus juga tidak terbabit org luar .org luar bokan boleh percaya sangat tak dengar kata.org luar pun perlu fahammmmmmmmmm
****************************************************
jgn riak sangat.

saya berasa amat kesal la. walaupun semua komen2 sudah dibersihkan tp gb masih lg menjadi agen memecahbelahkan pas..

wajwaj berkata...

asamjawacafe said...

saya berasa amat kesal la. walaupun semua komen2 sudah dibersihkan tp gb masih lg menjadi agen memecahbelahkan pas..

isk bila plak gb jadi agen memecahbelahkan pas..
ni yg ust fadhil nor kata dulu, pencuri menuduh orang lain mencuri... dia yg memecahbelahkan jemaah dituduhnya org lain.

kalau tak kerana ketegasan gb yang menentang UG tak tahu ler saya macamana dah jadi pas ni dgn kerajaan perpaduannya.

saya rasa majoriti ahli pas setuju pendirian GB.

Tanpa Nama berkata...

wajwaj said...
isk bila plak gb jadi agen memecahbelahkan pas..
ni yg ust fadhil nor kata dulu, pencuri menuduh orang lain mencuri... dia yg memecahbelahkan jemaah dituduhnya org lain.
....................................................

isk2 .... kalau dah bangkrap idea jgn tarik almarhum ust fadhil sekali.

pencuri kalau kene tangkap mana da dia nk mengaku. mcm la anda kalau dah memecahbelahkan pas xnk mengaku. mmg dasar pas klon.

jgn riak sgt. bkn blog ni saja penyampai maklumat kepada ahli pas.. jgn rasa majoriti ahli pas menyokong... blog ni dah jadi sumber berat sebelah..

cuba anda baca kenyataan ini ( yg x disiarkan disini ) http://idhamlim.blogspot.com/2009/06/banner-protes-ust-nasha-di-bachok.html

remy berkata...

kalau ada maruah diri, nasya letak ler jawatan, apa pasal skrg sembunyikan diri?

Tanpa Nama berkata...

remy said...
kalau ada maruah diri, nasya letak ler jawatan, apa pasal skrg sembunyikan diri?

JUNE 22, 2009 12:14 AM

ketagehan nak pilehan raya ke atau nak tengok pas hacur ini unNo