Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.
Beliau terpaksa memfailkan rayuan itu walaupun tiga hakim mahkaham rayuan berkenaan gagal mengemukakan hujah bertulis untuk menyokong keputusan mereka itu yang mengejutkan banyak pihak termasuk pengamal undang-undang dan orang ramai.
Nizar telah meminta panel 11 hakim untuk mendengar rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 9 julai depan.
“Kita tidak menaruh penuh keyakinan kepada sistem kehakiman, semua orang tahu, kes video V.K Lingam dengan laporan suruhanjaya sehingga kini tiada tindakan undang- undang. kita tidak mengjangka ada perubahan dalam bidang ini. Tuntutan Datuk Sri Nizar itu masih mengikut proses biasa.Saya tidak mengharapkan ketua hakim negara akan bersetuju,” Kata Datuk Sri Anwar.
“Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Sri Nizar adalah menteri besar Perak yang sah. Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim membuat keputusan demikian berikutan Datuk Sri Nizar tidak pernah meletakkan jawatannya dan tidak ada undi tidak percaya terhadap beliau dalam DUN Perak,” Tambahnya lagi
Anwar berkata Ketua Hakim Negara Zaki Azmi harus menunaikan permohonan Nizar supaya permohonan beliau didengar oleh panel 11 hakim.
“Mengapa rasional kita adakan 11 hakim ? Isu ini isu perlembagaan yang besar. Kita tidak boleh angkat mana- mana hakim tertentu yang membuat keputusan yang memberat pada mana- mana pihak tertentu. Biarkan mereka buat keputusan dan biarkan masing- masing menulis supaya ini akan menjadi bahan yang akan dibaca oleh masyarakat,” Ujarnya lagi./ Suarakeadilan
3 ulasan:
sdr kita ni sentiasa benar , org lain tidak . Hakim , pihak berkuasa dan kerajaan sentiasa tidak adil tapi sdr kita ni sentiasa adil sbb itu dia menubuhkan parti adil . sdr kita ni terlalu adil
Adil bg mereka jika keputusan memihak kpd mereka..jika sebaliknya, mahkamah dituduh berat sebelah..inilah jenis manusia munafik yg diagung2kan oleh manusia2 yg sudah malas berfikir, tidak mahu berpegang kpd rasional dan realiti..adakah Allah swt telah butakan mata dan kuncikan hati mereka..masyaAllah !!
"Anwar berkata Ketua Hakim Negara Zaki Azmi harus menunaikan permohonan Nizar supaya permohonan beliau didengar oleh panel 11 hakim."
ANUAR NI SIAPA NK ARAH2 KETUA HAKIM NEGARA..HAKIM DUDUK KAT BAWAH AGONG LAH BROTHER..KALO BERANI PEGI LAH MINTA AGONG..KALO DH 11 HAKIM PUN NNT TOLAK PERMOHONAN MEREKA, MEREKA AKAN MINTA 22 ORG HAKIM PULAK..SAMPAI BILA KITA NAK DIPERBODOH2KAN SIANUAR NI..CUBA TGUK KES DIA SENDIRI, MACAM2 HELAH DIA BUAT UNTUK LEWAT2KAN PERBICARAAN DIA..KALAU DH TAHU HAKIM BERAT SEBELAH, BUAT APA NK BUAT HELAH MACAM2..TERIMA SAHAJA LAH SBB KEPUTUSAN HAKIM SUDAH TENTU BERAT SEBELAH JUGA..LOGIKLAH SIKIT BROTHER!! TEKTIK HAMPEH KORANG SEMUA DOK DLM SELUAR DALAM AKU SAJE..
Catat Ulasan