21 Jun 2009

PAS UMNO : Saya Istiqomah Bukan Degil - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau seorang yang degil kerana "berkeras" menentang kerajaan perpaduan, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan beliau seorang yang "istiqamah", tegas memperjuangkan perkara yang benar.

Katanya, sikapnya itu semata-mata untuk mempertahankan keputusan Muktamar Tahunan Pas di Ipoh setahun lalu iaitu Pas mesti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Ada yang kata saya degil kerana enggan terima kerajaan perpaduan. Saya nak jawab saya bukan berdegil tapi saya beristiqamah.

"Degil bermakna kita pertahan benda salah bermati-matian, dah tahu benda salah tapi pertahankan juga, itu degil namanya. Tapi bila barang (perkara) yang benar, yang betul, itu kita istiqamah.


"Jadi kalau ada pihak dalam Pas yang nak perpaduan dengan Pakatan Rakyat dan nak juga perpaduan dengan Umno, itu sudah kacau. Jangan buat begitu," katanya pada sidang media di kediaman Menteri Besar di JKR 10, di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata, beliau boleh menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan namun ia perlu dibuat mengikut salurannya.

"Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepikan keputusan mesyuarat (muktamar) dan pandai-pandai buat keputusan sendiri, tak boleh.

"Kalau nak juga bawa cerita perpaduan ni, bawa dulu ke Pas Pusat, bahas di peringkat negeri-negeri dan lepas tu bawa ke Pakatan. Sekarang ni Pakatan pun sudah marah pada kita," katanya.

Menurutnya, perbincangan dengan Umno juga perlu berkisar kepada isu Islam, bukan isu Melayu.

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri yang mahu Pas dan Umno membuka lembaran hubungan baru, ketika melawat Kuala Krai Jumaat lalu, Nik Aziz berkata beliau mahu Umno memohon maaf kepada Pas terlebih dahulu.

Nik Aziz juga berkata, beliau masih belum mengadakan sebarang pertemuan dengan Naib Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, dan Nasharudin juga belum menghubungi beliau untuk menjernihkan suasana tidak enak yang timbul di antara mereka berdua.

Nik Aziz sebelum ini meminta Nasharudin meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok kerana kesungguhannya untuk menjayakan cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Aziz berkata, satu pertemuan akan diadakan membabitkan beliau, Abdul Hadi, Nasharudin dan beberapa pemimpin lain malam esok untuk meredakan ketegangan dalam parti itu.



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, Saya harap Tok Guru dapatlah meredakan keadaan. Kalu boleh peluklah Nasha, kesian dia. Say rasa dia tak prasan hri tu dia tak spatutnya bercakap bg pehak seluruh pas, tp sebagai individu ahli pas saja. Maafkan dia

nora Othman berkata...

Alham dulillah keadaan telah kembali tenan mudah mudahan akan berpanjangan -amin

Tanpa Nama berkata...

buatlah apa istilah pun, maknanya tetap sama = degil + gedebe.

Tanpa Nama berkata...

lumrah hidup manusia bercakap utk mehalalkan cara
Mengaku salah tak sekali, aku sajalah yang betul.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
lumrah hidup manusia bercakap utk mehalalkan cara
Mengaku salah tak sekali, aku sajalah yang betul.
********************
tegakkanlah benang yg basah kamu tu,
TGNA bercakap dengan ilmu dan amal

kamu menulis dengan nafsu dan dunia.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
lumrah hidup manusia bercakap utk mehalalkan cara
Mengaku salah tak sekali, aku sajalah yang betul.
********************
tegakkanlah benang yg basah kamu tu,
TGNA bercakap dengan ilmu dan amal

kamu menulis dengan nafsu dan dunia.

JUNE 22, 2009 5:02 PM
.....................
Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS
Abdul Rahim Sabri | Jun 22, 09 7:33pm
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.
Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

BERCAKAP MENGUNAKAN AKAL JANGAN TAKSUB BAHAWA ULAMAT TU TAK SILAP.

remy berkata...

TGNA tarik balik kenyataannya belum dan tak semestinya bererti beliau silap tetapi yang lebih penting untuk menjaga "anak buah"nya agar jangan jadi orang terbuang!

Masih tebal sifat buruk penyokong UG ini.

Tanpa Nama berkata...

remy,
cakap anda berlapik2. kalo salah, kata salah. mmg beliau tidak sepatutnya tunjuk gedebe kat tv. semua rakyat tguk. islam tak islam, semua tguk. mana akhlak islamnya. cuba bercakap guna akal sikit. korang ingat nasha punya kedibiliti tak jatuh ke. maruah dia macammana. dia bukan ahli biasa macam ko tau, dia timb presiden parti ko. nasihat sikit kat tok guru ko tu. kalo tak betul, kata tak betul. kalo tak dia nnt melalut lagi. suruh tunjuk sikit akhlak islam tu macamana. jgn hanya cakap dan ceramah je tak abis2. org tguk cakap ada serupa bikin tak. jgn lak kata ikut apa saya ckp, jgn ikut apa saya buat. jgn hipokrit jika anda jujur. cuba berani sikit. kalo asyik angkat2 jer,bila dia nk sedar.