15 Jun 2009

NIZAR BERSAMA 6 LAIN DIGANTUNG 2 HARI

AAhli Parlimen Bukit Gantang Mohammad Nizar Jamaluddin dan BEBERAPA Ahli Parlimen lain diarah keluar dari Dewan Rakyat sebaik sahaja Nizar mengangkat sumpah pagi tadi.

Speaker Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu selepas Nizar melaungkan "Hidup Rakyat" setelah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak tepat jam 10.00 pagi tadi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.


Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Pemakaian lilit kepala dan tangan menuntut DUN Perak dibubarkan adalah sebahagian daripada kempen wakil Pakatan Rakyat dalam usaha memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan.

Perak diheret dalam krisis perlembagaan paling buruk dalam sejarah negeri itu setelah Perdana Menteri Najib Razak dikatakan mendalangi rampasan kuasa bagi menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Nizar.

Najib turut berada di dalam Parlimen pagi ini apabila Nizar diusir.

“Bagaimana kita boleh bersidang di dalam Parlimen, sedangkan berlaku kezaliman dan kekejaman di DUN Perak, dimana Speaker yang sah dihalau keluar oleh polis diatas arahan Speaker haram,” Nizar memberitahu sidang media di luar Dewan.

Beliau merujuk kepada insiden dimana polis mengheret keluar Speaker Perak V. Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri dan mengurung beliau di dalam sebuah bilik pada bulan lalu.

Polis bertindak demikian di bawah telunjuk BN bagi membolehkan parti itu menabalkan R. Ganesan dari MIC sebagai Speaker baru, sungguhpun beliau bukan seorang wakil rakyat atau melalui proses pengundian telus di dalam DUN Perak.

Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad berkata tindakan Speaker Parlimen menghalau Nizar dan rakan-rakan lain adalah keterlaluan.

“Tindakan kami tidak menyalahi mana-mana aturan Dewan Rakyat. Tidak ada aturan khusus yang melarang pemakaian lilit kepala. Kami meminta Speaker supaya tunjukkan dimana kesalahan kami,” kata Khalid.

Di luar Dewan, anggota-anggota keselamatan Parlimen dikerah bertindak keras dan mengarahkan semua tetamu menanggalkan lilitan kepala ‘Bubar DUN’.

Keselamatan di Parlimen amat ketat hari ini dengan tetamu dan Ahli Parlimen perlu melalui beberapa kolum keselamatan dari susur masuk ke Parlimen menuju Pintu Utama bangunan itu.

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

Persidangan dua minggu Dewan Rakyat bermula hari ini.





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kan dah kena ..

Pak Brahim berkata...

Sudah muncul seorang panglima di dewan rakyat.
PANGLIMA BUKIT GANTANG.
Beliau bersama dengan ENAM pengikutnya telah mencipta sejarah tersendiri di Dewan Rakyat.

Rakyat ingin menonton episot seterusnya.

Tanpa Nama berkata...

Lawan tetap Lawan ....jangan takut kena gantung
Kepada semua Dato'2...bersabar lah,Ini memang adat perlawanan memang kita dah tahu pun!!!

Tetapi yang penting kita terus mendesak agar Dun Perak dibubarkan segera!!!

saya anak jati perak tidak merestui dan tidak akan bekerjasama dengan kerajaan Negeri BN kerana perlakuan nya terhadap Kerajaan PR di Perak sangat Biadap!

Saya baru saja menyokong PAS Perak nie sebenarnya, selepas saya menyaksikan sendiri episod rampasan kuasa di perak baru-baru ini!!
sebelum nie saya UMNO karat.Tapi saya sedih setelah UMNO perak menayangkan klip video episod rampasan kuasa tersebut dengan segala penerangan nya yang cuba menipu rakyat dengan mengatakan PR Ganas!! Tetapi sebenarnya jika di kaji Mereka BN yang ganas.....Klip2 tersebut tidak sama dengan apa yang saya lihat sendiri di internet!!! pelik tapi benar!!

AKU AKAN INGAT SAMPAI BILA-BILA.