15 Jun 2009

PAS UMNO : Mursyidul Am PAS Mesti Dihormati Oleh Semua Pemimpin PAS

Dewan Pemuda Pas Tanah Merah mendesak semua pemimpin Pas supaya menghormati dan menerima pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kerajaan perpaduan.

Ketuanya, Hisham Fauzi berkata, pihaknya menyokong penuh pendirian Nik Abdul Aziz berkaitan isu itu kerana idea kerajaan perpaduan adalah idea yang tidak pernah dibincangkan dengan ahli-ahli Pas.

“Idea itu masih tidak masak tetapi dihidangkan, menyebabkan kekeliruan dan perselisihan faham yang sepatutnya tidak berlaku dalam Pas dan Pakatan Rakyat. UMNO pula sedang mengambil faedah langsung dari keadaan ini.


“Kami mendesak supaya pendirian Menteri Besar itu dihormati semua pemimpin Pas kerana Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pandangan Nik Abdul Aziz bukan sekadar berasaskan ilmu tetapi pengalaman politik beliau selama ini khususnya berhubung ‘persahabatan’ dengan UMNO.

Katanya, sikap sesetengah pemimpin Pas yang mengambil ringan pandangan beliau amat mengecewakan.

“Dewan Pemuda Pas mengingatkan mana-mana pihak supaya menghormati dan meletakkan pandangan Mursyidul Am ini di tempat sepatutnya,” katanya. -SH

1 ulasan:

sb dehlawi berkata...

Aku hairan mengapa sebelum ini jawatan mursyidul am begitu dihormati. Tetapi sejak wujud idea UG ada segelintir pemimpin Pas mula berasa bongkak tidak lagi menerima nasihat TGNA. TGNA dihina, dikatakan nyanyuk. Pada hal sejarah membuktikan bahawa TGNA satu2 tokoh pas yang berjaya mempertahankan kerajaan pas hampir 20 tahun dan insyaallah selama2nya. berbanding dengan pemimpin yang hanya mampu bertahan satu pengal saja, amat wajar kita semua ahli pas @ pemimpin memberi wala' kepada TGNA. Beliau lah yang mempelopori slogan membangun bersama Islam. Jadi tak dok sebab kito nok tukar slogan itu kepda slogan kerajaan perpaduan. - aku berdoa kepada Allah SWT supaya dipanjangkan umur TGNA terus mentadbir kerajaan dengan seadil-adilnya.