3 Jun 2009

Musim Runtuh Datang Lagi : UMNO BN Masih Angkuh

Jika diamati sebelum pilihanraya umum ke 12 pada tahun lepas, pelbagai kejadian keruntuhan berlaku.

Di antara yang terpeting ialah keruntuhan siling membabitkan bangunan kerajaan iaitu Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya, dewan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Putrajaya dan yang paling menggemparkan ialah kebocoran siling membabitkan bangunan Parlimen yang baru diubah suai ketika itu.

Seperti di dalam tulisan GB yang lain, kesemua kejadian-kejadian yang menimpa ini adalah petunjuk lansung dari Allah Yang Maha Esa dan terhadap perkara yang bakal berlaku di dalam kehidupan.

Tiada siapa dapat menduga keruntuhan-keruntuhan ini rupa-rupanya adalah petunjuk jelas bahawa sebuah kerajaan yang angkuh dan zalim mulai runtuh di negara ini - satu demi satu sehingga hampir meruntuhkan pemnguasaannya di Parlimen.

Sepertimana petunjuk Ilahi terhadap gelombang tsunami yang melanda negara, rupa-rupanya sunggug benar ada gelombang kebangkitan rakyat muncul - sesuatu yang tersirat yang hanya dapat dimengertikan oleh kelompok manusia yang dikurniakan Allah ilmu ladunni yng tidak terjumpa di dalam mana-mana kitab kecuali merenung ayat-ayat manzurah (maksud: fenomena alam) bagi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah.

Kini berlaku lagi fenomena mengejutkan itu, beberapa siri kejadian keruntuhan besar dan kebocoran bangunan penting melanda negara selepas pilihanraya umum ke 12.

1) Bumbung Parlimen bocor di bilik media Parlimen pada 8 Mei 2008
2) Kejadian runtuhan di Lot 110, Jalan Belida 1, Seksyen 13, Ulu Yam Perdana pada 30 Nov 2008
3) Kejadian tanah runtuh di tempat letak kereta bangunan CIMB Group di Jalan Semantan, Pusat Bandar Damansara di ibu negara pada 4 Dis 2008
4) 14 banglo tertimbus tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Dis 2008
5) Bahagian lama bangunan empat tingkat Pasaraya Jaya di Seksyen 14 runtuh
6) Bumbung Stadium Sultan Mizan Terengganu runtuh

Jika kejadian-kejadian tersebut masih belum membuka mata dan menginsafkan UMNO BN yang bakal runtuh, akan ada lagi kejadian seumpamanya sebagai sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah yang telah dicabar oleh manusia yang rakus kuasa di dalam negara ini.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Surah Ar-Rum : 41


Tiada ulasan: