10 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan Dgn UMNO : Nik Aziz Ulangi Pendiriannya

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendiriannya untuk terus menolak cadangan mengadakan sebarang rundingan atau menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Menurutnya, isu kerajaan perpaduan yang ditimbulkan sebelum ini bukan dasar Pas sebaliknya dikemukakan oleh ahli dan ia diperhalusi di peringkat jawatankuasa parti itu.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, parti menyerahkan keputusan untuk melaksanakan kerajaan perpaduan bersama UMNO kepada Jawatankuasa Pas Pusat yang akan bersidang Khamis ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu kerajaan perpaduan perlu dibincangkan serta diperhalusi jawatankuasa tersebut agar cadangan itu diterima oleh semua ahli peringkat akar umbi.

“Saya tidak mahu komen lagi isu ini, biar jawatankuasa terbabit putuskan. Satu sidang media akan dibuat nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Mengenai reaksi PKR dan DAP berhubung cadangan kerajaan perpaduan itu, Nik Aziz berkata, Pas akan mendapatkan pandangan kedua-dua parti itu mengenai kerajaan perpaduan dan semua urusan itu adalah di peringkat pentadbiran tertinggi parti.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Hadi and Nasa terlalu gilakan jawatan sehigga sanggup mengadaikan parti sendiri, menjadi kuda tungangan UMNO. Hakikatnya Pas/PR akan berpecah-belah dan UMNO/BN akan terus berpegang kuasa di Malaysia. Lebih baik PAS bekerjasama dengan PKR/DAP dan benamkan UMNO/BN untuk selama-lamanya. Be eNd.

Tanpa Nama berkata...

MARI KITA KELUAR PAS BERAMAI-RAMAI. TOLONG LAH WAHAI PEMIMPIN (YG KURANG ARIF).. TOLONG JANGAN GADAIKAN PRINSIP PERJUANGAN GARA-GARA MAU KEDUDUKAN DAN JAWATAN!tAK ADAERPADUAN KE SELAMA INI DLM PAS? BETULKAN ORG MELAYU/ ISLAM BERPECAH?

kembara putih berkata...

Kesian TGNA, bukan sedikit jasa penat lelah beliau berusaha menarik sokongan pengundi baru terutamanya dari kaum bukan Melayu kepada PAS, dengan slogan Kerajaan Berkebajikan dan PAS For Allnya. Tapi malangnya, konsep Kerajaan Perpaduan ni memakan diri dan nampak seolah-olah menjahanamkan segala-galanya.