29 Jun 2009

MANEK URAI : Politik Kerajaan UMNO BN Pusat Curi Minyak Kelantan

Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA)

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:

- Block A-18
- Block B-17
- Block C-19

Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA, sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianngarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.

Terjemahan dari Energy Information Administration

APA YANG KERAJAAN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

- Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

- Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
- Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
- Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
- Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi sepenuhnya.

ROYALTI GAS ASLI ADALAH HAK RAKYAT KELANTAN

- PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.

- Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.

- Terengganu, walaupun menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.

- Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk bagi membangunkan projek-projek yang tidak mendatangkan menafaat kepada rakyat Terengganu sendiri.

- Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.

- Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Petikan dari Blog KELUARGA AMBUYAT EL-BINANGKIT

Ini adalah sebahagian gambar-gambar dari blog seorang blogger yang pernah melawat sebuah pelantar minyak yang terletak diantara sempadan Malaysia dan Thailand iaitu diperairan Kelantan atas urusan kerja. -


Pemandangan dari udara Cakerawala Platform


Cakerawala Platform gambar dari laut.


Jadi siapa kata tiada minyak di kelantan - darisungaiderhaka

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kelantan mana ada minyak?..yg ada trengganu..jgn jealous kat hj hadi!

HaHs berkata...

Apala mamat atas ni!
bodo nak mampus!
Itu fakta berhubung hasil pengeluaran petroleum dari Jab Perdana Menteri yg cuba disembunyikan lah bangang!
Dah keluar dah senarai pelantar yg mana di kawasan kelantan bermula pengeluaran hasilnya pada 2004 dan hasilnya mengikut cukai 5% diterima kerajaan hingga kini dianggarkan sudah 1 bilion. Camne diorg tutup lubang sampai kerajaan negeri tak sedar dah lebih 5 tahun keluar dari perairan kelantan.

Apa kena mengena dgn TGHH?
Ini hak antara kerajaan negeri dan pusat yg termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan merujuk kepada Perjanjian hasil cukai pengeluaran yg patut diterima antara kerajaan negeri dan kerajaan malaysia yg dikeluarkan diatas tanah atau perairan kerajaan negeri.

Sepatutnya kerajaan negeri yg berhak bg hasil yg dikeluarkan, tp bila kerajaan Malaysia mengemukakan alasannya bagi mentadbir kerajaan pusat termasuk negeri terbabit serta negeri yg tiada pengeluaran sumber asli. maka terjadilah 5% kerajaan negeri 5% kerajaan pusat. Tapi apa yg berlaku sekarang, kerajaan malaysia buat perjanjian gelap belakang kerajaan negeri dgn Petronas utk membolot dan menidakkan hasil pendapatan kerajaan negeri kerana kerjaan negeri dikuasai pembangkang.

Kalo nak bolot sorang dan tak hormat hak negeri, bawa je kes ni dan failkan ke Tribunal perdagangan antarabangsa atau suruh kerajaan tukar sistem pemerintahan kepada republik atau federation. Tak payah lagi ada kerajaan negeri dan kerajaan Malaysia boleh bolot semua hasil mahsul dalam negeri. Faham ke x!!!
Bongok betul pemikiran dia!

Tanpa Nama berkata...

Sebagai rakyat biasa kita memang tidak tahu dan tidak faham perkiraan seperti yang tertulis dalam artikel diatas. Namun pendedahan ini amat mengejutkan kerana selama ini kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO tidak pernah mahu menceritakan pekara yang sebenar.

DiManek Urai kita telah dihebohkan bahawa Negeri Kelantan sebenarnya adalah pengeluar minyak dan gas. Dengan ada berita seperti ini, maka kita menyeru seluruh rakyat kelantan bersatu dan mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya membayar segala gantirugi dan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Kita ingin bertanya kepada rakyat negeri kelantan yang menyokong parti UMNO-BN, apakah anda rela hidup dalam kemiskinan yang dicipta oleh Barisan Nasional pimpinan Mohd. Najib Razak...?

Tanpa Nama berkata...

mamat yang pertama beri komen tu memang bodoh dan bongak pulak tu. Sokong 100% komentar ke 2.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga setuju mamat pertama beri komen memang bodoh. Kalau tak bodoh sengaja tak nak mangakui kebenaran. Kalau pakai kalkulator 1 + 1 = 2 masih kata salah apa kita boleh buat?

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
kelantan mana ada minyak?..yg ada trengganu..jgn jealous kat hj hadi!

================================================== sb dehlawi kata, anonymous ni agaknya sekolah setakat tadika je. Sah lah kamu ni puak pakai baju biru.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous yg pertama tu dah karat biru... apa BeeEnd kata dia telan bulat2 walau ada bukti statistik yg menunjukkan BeeEnd merompak hasil milik rakyat Kelantan..

Beliau jugalah lambang kejayaan BeeEnd memperbodohkan org Melayu selama 50 tahun memerintah...

Tanpa Nama berkata...

Hishamuddin Rais dalam tulisannya di Malaysiakini tak brapa lama dulu mengatakan MANUSIA SEBENARNYA BEREBUT PUNCA-PUNCA EKONOMI. Bukan sebab2 yang lain. Patutla.. aku tengok..yang tidak dijemputpun beriya-iya sangat nak jadi 'pemimpin'. Yang dah memimpin pulak, bermati2 tak mahu melepaskannya. Maaf cakap ya.. Jadi orang kampung sudah tahu tembelang selepas Hishamuddin mendedahkannya.

Jadi, yang deorang cakap berdegar2, penuh bersemangat sampai tempias air liur.. kebanyakkannya auta belaka. Hebat pidatonya.
(Mereka beritahu kita, mreka nak berjuang untuk rakyat ! Ya ke? Yang ni mereka tak sebut, RM $ RM $ $ $ $.