29 Jun 2009

Aneh : Harussani Berpaut Kepada Orang Politik Untuk Menyatakan Dia Bukan Orang Politik

Zambry merayu supaya Harussani tidak dikritik kerana dia bukan ahli politik. Nampaknya Harussani kini perlu dibela oleh MB Umno itu dek serangan ke atasnya. Dia kelihatan seperti tidak lagi dihormati.

Banyak perkara yang kita boleh salut dengan Harussani. Antaranya, pendedahan murtad, ketegasannya menyanggah SIS, menentang Islam Liberal dan menghapuskan ajaran sesat.

Berbanding beberapa mufti seusianya di negara ini, dia dikira paling lantang.

Kelantangannya dalam beberapa hal menjadikan dia disukai oleh orang-orang Pas. Malah orang-orang Pas akan berduyun-duyun mengerumuni ceramahnya di masjid kerana terpukau dengan kelantangannya itu.

Orang Pas kebanyakannya tahu mufti ini bukan Pas. Malah beberapa pemimpin Pas pernah mengunjunginya dan berbindang dengannya. Mufti ini dihormati kerana pendiriannya selari dengan Pas dalam isu-isu yang berkait secara langsung dengan kepentingan Islam. Itu sahaja.

Namun selepas BN tewas teruk dalam PRU 12 yang lalu, mufti ini nampaknya bukan bercakap membela Islam tetapi lebih untuk membela Umno. Ini terbukti apabila beliau mengeluarkan kenyataan menyalahkan Nizar dan menyokong Zambry.

Sepatutnya beliau mengambil sikap menjadi pendamai dalam kemelut di Perak dan bukannya menyebelahi Umno. Beliau juga tidak perlu menyebelahi Pas. Kenyataannya yang menyalahkan Pas dalam insiden di Perak menghitamkan imejnya.

Beliau tidak perlu bekerja untuk Umno sama seperti beliau tidak perlu bekerja untuk Pas. Beliau boleh membela Islam dan mempertahankannya walau pun Perak dan negara ini diperintah oleh Pas. Justeru mengapa perlu beliau membela Umno?

Mungkin Mufti Kelantan tidak selantang Harussani, namun mufti itu lebih profesional. Setakat diketahui, beliau tidak pernah bercakap atas warna Pas walau pun sudah mencecah 20 tahun Kelantan diperintah oleh Pas. Begitu juga Mufti Selangor dan Kedah setakat ini.

Apabila mereka tidak mencelup diri dengan warna politik tertentu, maka mereka kekal dihormati dan disanjung oleh semua walau pun mereka tidak lantang.

Apabila Mufti Perak menentang Sure Heboh, melawan SIS, menghentam Islam Liberal, itu bukan bermakna beliau bersama Pas. Cuma sikap Mufti itu yang selari dengan Pas dalam isu-isu itu menjadikan dia disukai oleh Pas. Beberapa pemimpin Umno pula kritikal dengan mufti itu dalam isu itu.

Maksudnya yang menjadikan Harussani dan Pas kelihatan selari adalah isu yang ditangani dan pendirian terhadap isu-isu itu.

Tetapi apabila Mufti itu secara nyata bercakap bukan atas isu tetapi atas warna parti politik tertentu, maka dia dikira telah mengundang orang Pas untuk membentuk pendirian terhadapnya, Mufti Perak adalah Umno.

Apabila telah ada label itu, maka Mufti Perak perlu menerima hakikat bahawa dia akan disisihkan oleh orang Pas. Tidak mustahul kehebatannya membela Islam selama ini akan turut pudar ditelan warna Umno yang disokong dan dibelanya itu.

Justeru, sebelum warna kehebatannya pudar, Mufti Perak wajar membersihkan dirinya daripada warna Umno dan dia kembali kepada warna asalnya, warna pembela Islam.

Mufti Perak itu perlu tahu, Umno bukan pembela Islam.
- Zolkharnain Abidin

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Org2 pas jelas hipokrit..konon pejuangkan islam..isle adalah ! ckp je lebih..mana negara islam yg korang juangkan tu..dh tukar "negara keadilan" ye..peluk cium lah kapir2 yg dh jd guru korang tu..sesuailah dgn fatwa ulamak korang yg membolehkan korang "berkawan dgn setan"..ha amik ko..lidah pun dh bercadang mcm setan..keputusan2 jika sebelah korang, ok lar tu..kalo tak, tak betul..mufti tak nk tolong dulu, caci maki mufti..cuba kalo mufti ikut cadangan haprak korang tu..maka bagus lar dia..hati korang semua busuk..sanggup saudara seislam dibuat "musuh" sedangkan kapir laknat korang buat teman sejati..mmg nk heran ape, kan ke setan tu boleh buat kawan!!maka bekawanlah korang dgn setan..maaf pd org2 pas yg jujur..kamu sebenarnya tersalah laluan..nik ajis bukan pejuang islam tetapi "ahli politik totok"..agama hanyalah alat dia saja..lihatlah keperibadian dia..adakah yg mencerminkan ulama ..yg boleh disanjung2? Sikapnya yg cepat marah, merapu, suka menghina orang tanpa usul periksa, memutuskan sailatulrahim sesama islam..inikah sifat2 ulamak?RAsulullah tidak mengajar umatnya begitu..bukakanlah minda anda, cuba berfikir secara rasional..aku tidak bermaksud mengatakan parti yg lagi satu tu bagus tetapi jika kita ingin menonjolkan parti kita sebagai pejuang islam, pastikan ia berlaku..jgn hanya dibibir sahaja sedangkan perlakuan kita (terutama pemimpin2 yg konon dianggap ulama)tidak mencerminkan kehendak2 islam itu sendiri..

Tanpa Nama berkata...

org umno peluk kapir dah berapa lama pulok?
ulamak umno mcm hrussani dah betol2 jadi ulaq dalam semak... dulu sureheboh haram, bila zambry perintah tetiba jadi halal...

sb dehlawi berkata...

Org2 pas jelas hipokrit..konon pejuangkan islam..isle adalah ! ckp je lebih..mana negara islam yg korang juangkan tu..dh tukar "negara keadilan" ye..peluk cium lah kapir2 yg dh jd guru korang tu..sesuailah dgn fatwa ulamak korang yg membolehkan korang "berkawan dgn setan"..ha amik ko..lidah pun dh bercadang mcm setan..keputusan2 jika sebelah korang, ok lar tu..kalo tak, tak betul..mufti tak nk tolong dulu, caci maki mufti..cuba kalo mufti ikut cadangan haprak korang tu..maka bagus lar dia..hati korang semua busuk..sanggup saudara seislam dibuat "musuh" sedangkan kapir laknat korang buat teman sejati..mmg nk heran ape, kan ke setan tu boleh buat kawan!!maka bekawanlah korang dgn setan..maaf pd org2 pas yg jujur..kamu sebenarnya tersalah laluan..nik ajis bukan pejuang islam tetapi "ahli politik totok"..agama hanyalah alat dia saja..lihatlah keperibadian dia..adakah yg mencerminkan ulama ..yg boleh disanjung2? Sikapnya yg cepat marah, merapu, suka menghina orang tanpa usul periksa, memutuskan sailatulrahim sesama islam..inikah sifat2 ulamak?RAsulullah tidak mengajar umatnya begitu..bukakanlah minda anda, cuba berfikir secara rasional..aku tidak bermaksud mengatakan parti yg lagi satu tu bagus tetapi jika kita ingin menonjolkan parti kita sebagai pejuang islam, pastikan ia berlaku..jgn hanya dibibir sahaja sedangkan perlakuan kita (terutama pemimpin2 yg konon dianggap ulama)tidak mencerminkan kehendak2 islam itu sendiri..

================================================

kesian kamu je, terpaksa jadi setan kerana menggunakan emosi untuk berdebat... memang aku faham, orang umno sentiasa gunak emosi, maki orang tuduh dengan kata2 kesat kerana tiada alasan nak lawan orgn pas... pi la belajar bedebat secara ilmiah juga mahu masuk blog... jangan hentam karut=marut. Pasal apa lu marah sangat ngan nik aziz? pasal apa lu tak mrah kepda boss lu yang sudah 50 tahun tak laksana Islam? fikir2lah kalu lu org Islam, takkanlah lu bodoh sangat nak bezakan mana parti yg nak kepada islam dengan parti yang sudah 50 tahun menolak hukum islam. Lu kata Pas berkawan setan? betul ke? yang lu dah 50 tahun tolak islam tu berkawan dengan sapa? fikr2 la. kalau lu kata pas berkawn dengan Kafir, umno lebih lagi kerana berkawan dengan MCA dan MIC, PPP

cicitHJHASSANu berkata...

hahaha ameno mapuh!1

Tanpa Nama berkata...

anon 4.53 dan sb dehlawi,
umno pelok kapir, korang pun nk pelok kapir jugak..bravo brother! dulu kutuk umno, skg ikut cara umno..kuno lar korang ni..lg satu bedebat tu bukan boleh kenyangkan perut..ameno bukan nk jd pak lawak mcm pas..bedebat pasal ekonomi, ada berani? nk tau apa perancangan ekonomi pas nk tolong melayu mcm kat kelantan dan kedah tu..kerja korang menyemakkan mesjid je..buat fitnah tak abis2..tak mengaku tu..inilah tanda2 org munafiq tp takut mengaku..piiirah..pas tu sebenarnya "Parti Angan2 Saja"..

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...

.lg satu bedebat tu bukan boleh kenyangkan perut..ameno bukan nk jd pak lawak mcm pas..bedebat pasal ekonomi, ada berani? nk tau apa perancangan ekonomi pas nk tolong melayu mcm kat kelantan dan kedah tu..kerja korang menyemakkan mesjid je..buat fitnah tak abis2..tak mengaku tu..inilah tanda2 org munafiq tp takut mengaku..piiirah..pas tu sebenarnya "Parti Angan2 Saja"..

Itu yang saja yg umno tahu nak kenyangkan perut dan bawah perut.

kamu munafiq kamu tuduh org lain
umno : united munafiq nation organisation

Tanpa Nama berkata...

anon 7.12,
mati berangan lar korang. kalo negara ni dpt kat korang, hancur!! contoh dh ada, baru 11 bulan bagi peluang perintah perak, habis tanah bagi kat keturunan chin peng..bangang punya melayu jd kuda dap tp tak ngaku. dh hilang kuasa tak nk ngaku lak tu. pegi sana sini konon nk kan keadilan, tp bila tak dapat, salahkan hakim dan mahkamah. tp merangkak2 ke mahkamah gak. apa punya hipokrit lar korang ni. lulus tinggi tp akal takdak. poorah !! syok sendiri la korang. menyemak mesjid je. hipokrit tahap gaban. apa2 perkara kalo menang ke pihak dia, semua ok tp kalo tidak, tak ok. hampeh betul. kalo prk menang, ok tp kalo kalah, mesti dakwa ada pengundi hantu. apa punya akhlak lar korang ni. ini ke didikan yg tok guru korang bagi. kesian korang ye, ade otak sampai tak boleh nak pikir. apa taknya, asyik pike pitnah je sampai benda pain tak bole nk pike. kesian melayu bangsa aku diperkudakan kapir dap..

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
anon 4.53 dan sb dehlawi,
umno pelok kapir, korang pun nk pelok kapir jugak..bravo brother! dulu kutuk umno, skg ikut cara umno..kuno lar korang ni..lg satu bedebat tu bukan boleh kenyangkan perut..ameno bukan nk jd pak lawak mcm pas..bedebat pasal ekonomi, ada berani? nk tau apa perancangan ekonomi pas nk tolong melayu mcm kat kelantan dan kedah tu..kerja korang menyemakkan mesjid je..buat fitnah tak abis2..tak mengaku tu..inilah tanda2 org munafiq tp takut mengaku..piiirah..pas tu sebenarnya "Parti Angan2 Saja"..

===============================================

sb dehlawi kata, jadi hang mengakulah umno peluk kapir? kalau hang mengaku kenapa hang masih lagi dok jilat umno? sebenarnya pas tak pernah kata parti lain kapir melainkan ko sorang jer. memang umno tak nak jadi lawak, tapi sudah jadi pelahap hasil negara. kalau dah ajak berdebat semua isu boleh termasuklah ekonomi, hang ingat org pas tak tahu ekonomi, lu boleh tengok contoh di klantan seperti skim kifalah, pajak gadai Islam akedemik keluarga, ladang rakyat dan sebagainya semua itu menguntungkan rakyat kelantan. bukan puak baju biru buat pembangunan tapi sapa yang dapat? lu pegi tgok kat klcc sapa punyai kedai?? buat highways tapi rakyat kena bayar buat ape brother?? fikirlah dengan mata hati bukan dengan mata kepala yang bodo

Tanpa Nama berkata...

QUOTE :
"sb dehlawi kata, jadi hang mengakulah umno peluk kapir? kalau hang mengaku kenapa hang masih lagi dok jilat umno? sebenarnya pas tak pernah kata parti lain kapir melainkan ko sorang jer. memang umno tak nak jadi lawak, tapi sudah jadi pelahap hasil negara. kalau dah ajak berdebat semua isu boleh termasuklah ekonomi, hang ingat org pas tak tahu ekonomi, lu boleh tengok contoh di klantan seperti skim kifalah, pajak gadai Islam akedemik keluarga, ladang rakyat dan sebagainya semua itu menguntungkan rakyat kelantan. bukan puak baju biru buat pembangunan tapi sapa yang dapat? lu pegi tgok kat klcc sapa punyai kedai?? buat highways tapi rakyat kena bayar buat ape brother?? fikirlah dengan mata hati bukan dengan mata kepala yang bodo"

................................................

Dh peluk mca, mic, peluk kapir lar tu. tak nak ngaku pasal ape. bukan cam ko, hipo! dh peluk tak ngaku.

MMg lah pas pandai ekonomi, kan ekonomi kelantan berkembang. tsbb u org kelantan bersepah diseluruh malaysia. mati berangan lar ko,dehlawi oooi !!

sb dehlawi berkata...

sekarang mu dah mengaku bahwa umno peluk cium mca,mic. tapi pas tidak peluk cium dap. Pas masih tetap dengan dasar parti membangun bersama islam. Malah Dap menghormati serta terima pendekatan Pas. contohnya di perak nonmuslim mula sertai usrah Pas, di kelate tiap2 hari non muslim mengadap tok guru nik aziz minta nasihat. malah ketika bn cuba goncang kerajaan kedah dulu, seorang adun kedah non muslim datg minta nasihat tok guru di masjid pulau melaka. ini menunjukkan hikmah islam yg dibawa Pas berjaya menarik nonmuslim untuk menghayati islam. BN pula jangan kata nak terapkan nilai2 islam selama 50 tahun perintah, nak dakwa mic, mca pun tak mampu.

Betulkah kelate xmembangun? pernah kah kamu pergi melawat kelantan? jika kamu pernah melawat kelantan dalam tempoh Pas memerintah, maka kenyataan kamu adalah satu pembohongan yang besar kepada rakyat malaysia.
alasan kamu bahawa orang kelantan ramai bekerja diluar tidak masuk akal. Apa yang perlu kamu tahu ialah orang kelantan ini suka mengembara. sebab itu dimana-mana pun kamu boleh jumpa org kelantan. Negara china adalah sebuah negara yang paling pesat pekembangan ekoomi dunia, tetapi rakyatnya bertebaran di semua negara dalam dunia. Jadi adakah negara china tiada peluang pekerjaan sehingga memaksa rakyatnya mengembara?? fkir dengan akal jangan fikir dengan emosi

Tanpa Nama berkata...

sb dehlawi,
Sudahlah. Lg byk ko tulis, lg senak perut aku nk tegelak. peluk cium tu kiasan je, sama lar mcm tok guru ko yg bg kiasan umno sama dgn komunis. Tp dia hirup udara hari2 tu atas usaha umno lar untuk dapatkan kemerdekaan. Pas apa sumbangan dia? Pecahbelah!!

Aku tak dgr lg skr pas nk tegakkan negara islam. Mana peginya. Dh kena warning dgn dap ke. Skg ubah slogan lain pulak. Mati dgn slogan lar ko dehlawi dan yg seangkatan dgn ko. Org non muslim pegi jumpa tok guru nk heran ape. Cubalah baca sejarah islam di kordova dulu mcm mana kaum kapir ni berpura2 tp dlm hati mereka tak pernah padam hasrat mereka nk musnahkan islam. Agaknya ko lupa dgn ayat Quran yg ingatkan kita tentang hal ini, kan. Apa ceramah tok guru ko bagi? Tentu lar ceramah bagaimana nk hancurkan org islam yg lg satu tu ke. Tp cakap dgn ko satu rupiah tak guna. Ko dan yg seangkatan dgn ko fikiran dh jumud. Mana bole nk pike dh.

Cuba layari blog ni, kat sini ada byk ilmu yg ko boleh dpt. Ilmu untuk bagaimana nk berpijak dibumi nyata. Ilmu bagaimana nk jd seorang muslim yg berhemah. Bukan mcm mana nk tunjuk gedebe tak abis2. Harap2 tebukak hati ko.

http://aku313.blogspot.com

June 30, 2009 11:47 AM
================================================

Pertama, sb dehlawi kata, selepas meneliti hujah demo, tiada apa isi yg boleh dikutip melainkan kegatalan jari2 untuk lepas geram di blog.

Umno yang memperjuangkan kemerdekaan negara? nampak sangat demo ni tak berapa faham sejarah. Perjuangan untuk mendapat kemerdekaan bukan dirintis oleh umno, sebaliknya ia sudah bermula jauh sebelum itu di mana pejuang2 sejati seperti ok janggut, datuk bahaman, mat kilau, datuk maharaja lela yg bermandi darah mahu usir british. mana kamu nak letak saja mereka? nak dilubangjambankan? Umno hanya mendapat laba daripada kesusahan pejuang terdahulu selepas british tak sanggup lagi berperang dengan pejuang2 sejati sepeti KMM, burhanudin helmi, dan banyak lgi.

Membangun bersama Islam tetap sentiasa dalam arus Pas. kerana sudah jelas nonmuslim boleh terima dan sedang menghayati hikmahnya. alasan orang kafir tak ikhlas (seperti mu kata di cordova) tidak timbul, yg pasti dakwah hendaklah berterusan dan jangan henti (bukan seperti umno yg xpernah dakwa MCA dan MIC). Ketika dakwah rasulullah dahulu, ramai orang musyrikin mekah yang keras hati menjadi lembut dan terpesona dengan keramahan dan keadilan yg rasulullah tunjukkan sehingga mereka peluk islam. The moral of storynya, bukan aku nak banding Rasulullah dengan Nik aziz (Rasulullah manusia paling sempurna dalam dunia berbanding Umno) tetapi apa nak ditekankna di sini ialah bukan semua org nonmuslim tidak ikhlas, mereka juga layak menerima hidayah daripada AllaH SWT

Tanpa Nama berkata...

sb dehlawi,
pasal perjuangan org dulu2 untuk dapatkan kemerdekaan tu betul lar tu. aku tak nafikan. tp endingnya umno yg p runding di london tu. nnt nk cerita sejarah tu panjang sgt pulak.

tapi kerjsama yg sebaik2nya ialah dgn sesama islam. umnodulu pun ko tguk lar skg. cmne. mca dan mic pon kita dh nmpk tak ikhlasnya skg. bila umno dlm keadan sukar, nmpk mereka seolah2 tikam dari belakang. keadaan yg serupa pun sedang dan akan terus berlaku dlm pas. Allah swt dh ingatkan kita 1400 tahun dulu lagi, maka jgn kita lupa itu.

alangkah cantiknya jika kedua2 parti islam ni buangkan ego masing2, bermaaf2an spt mana yg dianjurkan rasulullah, kita bersatu demi memperkuatkan islam ditanah melayu ini. buangkan dendam, bersihkan hati. kita eratkan ukhwah kita sesama islam. insyaAllah kehidupan kita sebagai melayu islam akan diberkati Allah swt. umno dulu dipimpin org lain, umno skg dipimpin org lain. alangkah baiknya jika kita masing2 cari titik pertemuan !!