29 Jun 2009

MANEK URAI : TUTUP MULUT JIKA TAK MAHU BERDEBAT

Pemimpin UMNO disaran menutup mulut dan tidak memberi pandangan tentang Pas jika parti itu enggan menerima pelawaan untuk berdebat sebagaimana yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin.

Mengulas isu tersebut, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menerima pelawaan Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan hati terbuka dan ikhlas jika mahu mencari penyelesaian terhadap pertembungan dua parti tersebut.

“Debat merupakan langkah yang baik untuk menyelesaikan masalah berbangkit. Dalam soal ini, Datuk Seri Najib tidak harus memberi alasan untuk menolak pelawaan Tun Guru Nik Aziz, tetapi jika mereka enggan, saya sarankan agar UMNO tidak lagi bercakap mengenai Pas,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, tidak timbul isu yang mengatakan Pas akan menggunakan platform berdebat untuk menjatuhkan UMNO sebaliknya apa yang diinginkan ialah memperbetulkan kesilapan BN sepanjang memerintah.

Katanya, melalui percambahan minda yang diadakan secara terbuka, segala idea dan cadangan dapat dikeluarkan dengan lebih jelas serta disaksikan seluruh rakyat.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kerajaan harus bersikap telus dan adil kepada rakyat Kelantan yang kini dinafikan haknya untuk mendapatkan royalti daripada pengeluaran minyak di perairan negeri itu.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) kini dilihat seolah-olah menyembunyikan fakta bahawa lokasi sebenar pelantar minyak itu di perairan Kelantan.

“Jika benar kawasan itu di kawasan tuntutan pertindihan antara beberapa negara, semestinya agihan kepada pendapatan gas dan minyak itu ada, duit itulah yang sepatutnya diserahkan kepada rakyat Kelantan melalui peruntukan royalti.

“Apa yang dapat dilihat sekarang rakyat negeri itu dinafikan haknya, kalau begitulah caranya dilakukan BN, maka rakyat tidak seharusnya membayar cukai yang ada,” katanya. -SH

5 ulasan:

C++ berkata...

Bhai...

Diorang mana ader brani nak berdebat... takder telor...

Tanpa Nama berkata...

bedebat tu keja budak2..apa dpt..pas bukan pandai ekonomi, bodoh perancangan negara..yg pas pandai = menipu, buat fitnah, pecah belah umat..ckp berbelit2..tak serupa bikin..

Tanpa Nama berkata...

tu umno dah terlampau amat pandai jadi penipu yg merompak harta rakyat selama ni umno.

Tanpa Nama berkata...

PAS seperti air, UMNO seperti minyak. Boleh campur ke? Sementara bolehlah jika digoncang kuat-kuat dalam bekas. Tapi akhir berpisah dua lapis juga. Nak berdebat apa? Satu kata rasuah tetap adalah salah, satu lagi kata rasuah, salah atau betul tengok keadaan. Politik .. politik! siapa betul siapa salah tuhan saja yang akan menentukan kelak.

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
bedebat tu keja budak2..apa dpt..pas bukan pandai ekonomi, bodoh perancangan negara..yg pas pandai = menipu, buat fitnah, pecah belah umat..ckp berbelit2..tak serupa bikin..

=====================================
sb dehlawi kata, umno sebenarnya tak pandai ekonomi, dungu merancang negara, yg umno tahu lahap harta negara, baham royalti minyak kelantan, guna polis , guna isa, guna mahkamah untuk selamatkan parti yg hampir berkubur..hidup Islam, hancurkan asobiah.