Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Nizar pada 9 julai ini terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah walaupun BN kalah pada pilihanraya umum dan Nizar tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar atau menghadapi usul tidak percaya di DUN Perak.
Nizar berkata rayuan beliau kepada mahkamah tertinggi negara membabitkan isu perlembagaan dan insitutusi demokrasi berparlimen negara. Oleh itu lebih sesuai kes ini di dengar oleh panel 11 hakim.
"Kalau kita pohon 11 para-para hakim untuk mengadili kes ini pada 9 dan 10 Julai hanya dibenarkan lima oleh Ketua hakim semalam, itu pun dengan menghantar faks kepada pejabat peguam saya. Saya menyatakan antara kelima-lima hakim itu mangkor (keras) barangkali ada yang sekupang dua (lembut) ada ciri-ciri keadilan dalam perut dia. Saya kata kalau ada antaranya yang tidak keras sangat, itulah yang kami harapkan"
Datuk Seri Nizar sudah pun dibeban dengan masalah dalam membuat rayuan kepada mahkamah persekutuan. Ketiga-tiga hakim mahkamah rayuan yang memberi keputusan berpihak kepada Zambry mengambil hampir sebulan untuk memberi alasan mereka secara bertulis.
"19/6 saya telah membuat satu permohonan/failing di Putrajaya. Masa kami failkan kes ini, ulasan oleh hakim tidak ada walaupun pada 22hb, mereka mengeluakan penghakiman Zambry adalah Menteri Besar yang sah. mereka berjanji tujuh hari selepas hari ini (22 Mei) akan diberikan ulasan dan sampai semalam (27 jun) baru kami mendapatkan ulasan dari Hakim Md Raus. Itupun selepas kami pergi ke pejabatnya"
Datuk Seri Dr Nizar juga menambah kemelut politik di Perak tidak sedikit pun menjejaskan kepercayaan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Malah katanya walau apa jua keputusan penghakiman yang mungkin berpihak kepada Zambry, PAS dan pakatan rakyat tetap kukuh bertapak di Perak.
"Itulah kekuatan kita hari ini. Undang-undang menyebelahi kita, rakyat bersama kita. Apa yang paling penting, hari ini di negeri Perak, sokongan Cina dan India, DAP ini kepada PAS cukup memuncak. Ini yang kami ingin pertahankan kerana mereka ini menerima PAS tanpa banyak soal"
Sementara itu, peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata pihaknya akan merayu keputusan Ketua Hakim Negara menghadkan rayuan Nizar kepada hanya lima hakim Mahkamah Persekutuan.
Semalam kami mendapat faks yang menyatakan lima orang hakim tetapi akan membuat rayuan sekurang-kurang 9 hakim untuk kes ini. Kami akan memohon kepada CJ untuk menimbang semula bilangan hakim supaya dapat melihat isu ini dari pelbagai perspektif dan menemui jawapan yang sebenar" -TVA
2 ulasan:
Mana ko dpt angka " 11 " tu nizar ooooi..angkong dap punya nombor ke.
Apa beza DAP dgn MCA dan MIC ? 2X 5, 5X 2 ! Hang percaya sgat dakyah akhbar. Akhbar kata DAP tu hantu raya, jahat, perasuah dan sgala mak nenek. Hang pun pcaya. Hang cek balik bateri kpala otak hang.. kut2 lemah dah perlu d tukar. Kesian kat hang mamat ni. Sbab tu hang gagal berfikir dengar waras. P tukar bateri tu.. cpat sikit !
Catat Ulasan