30 Jun 2009

MANEK URAI : KISAH KELANTAN KHIANATI KELANTAN

Dahulu apabila disebut sahaja ‘orang Kelantan’, maka terbayanglah semangat kerjasama dan bantu-membantu sesama sendiri biar di mana mereka berada. Hatta orang Kelantan ini pernah digelar dan dikenali sebagai mengutamakan kaum kerabat atau puak mereka sendiri.Namun di dalam politik Malaysia kini, semangat ini sudah banyak berubah.

Tun Dr Mahathir Mohamed pernah membuat pengakuan bahawa Mustapa Mohamed ahli parlimen Jeli sekarang pernah mencadangkan kepada beliau untuk menahan dan memberhentikan apa-apa peruntukan kerajaan persekutuan kepada rakyat Kelantan sebagai hukuman tidak menyokong Barisan Nasional.

Bukan setakat Mustapa, Dr Awang Adek Hussin juga pernah mahu mendera dan menyeksa penduduk negeri Kelantan demi memenuhi temboloknya sendiri.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata, jika Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri, maka geran tahunan sejumlah RM400 juta yang diperuntukkan untuk negeri Kelantan akan ditambah menjadi RM1 billion.

Bermakna, wang untuk pembangunan negeri dan rakyat Kelantan memang ada dan disediakan.

Memandangkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat adalah kerajaan yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan dan berlainan fahaman dengan penerimaan Mustapa dan Awang Adek, maka rakyat Kelantan didera dan diseksa dari segi materialnya.

Terengganu pernah dijadikan mangsa oleh kerajaan persekutuan pada pilihanraya kesepuloh yang lalu. Hasil sumber minyaknya dirampas ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Apakah rakyat Kelantan mahu sekali lagi menjadi mangsa kepada Tok Pa dan Awang yang sentiasa memberikan lampu hijau kepada kerajaan persekutuan untuk menindas dan mendera penduduk Serambi Makkah ini ?

Rupa-rupa diamnya Mustapa dan Awang ada udang di sebalik batu.

Dihadapan orang kampong mereka menjadi Lebai Ketayap tetapi ketika bersama pemimpin UMNO mereka menjadi pula Lebai Pulut.

Pilihanraya kecil Manik Urai (N41) akan diadakan pada 14 Julai depan. Masih belum terlambat.

Nampaknya rakyat Kelantan sekali lagi berhadapan dengan penipuan yang dibuat oleh UMNO dan Mustapa serta Awang Adek bilamana mereka bersekongkol lagi dengan kerajaan persekutuan bagi menafikan hak petroleum untuk rakyat dan negeri Kelantan.

"Hasil kajian kita mendapati dalam perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia," kata Saifudin Nasution ahli Parlimen Machang.

"Dianggarkan royalti minyak yang tidak dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada Kelantan telah berjumlah RM1bilion sejak tahun 2002" kata Saifudin lagi.

Penduduk Manik Urai yang mengambil keputusan untuk mengundi Mohd Fauzi Abdullah pastinya akan membawa satu isyarat kepada Mustapa, Awang dan kepada kerajaan peresekutuan bahawa masyarakat Manik Urai bukanlah “berminda kampong”.

Jadi takkan mahu mendengar ayat, Kelantan makan Kelantan. Nyahkan pengaruh Tok Pa, Awang, UMNO dan BN di Manik Urai itu. -alkerohi


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harr,sebar pitnoh. Pitnoh sokmo. Mustopa buke lagu tu nok buak. Tu pasa pas kelate ni oghe tok suko. Buak pitnoh belako. Tegganu tok lagu tu, tu pasa oghe lebih respek pas tegganu. Respek jugok kak aji hadi.

Tanpa Nama berkata...

Tolong jangan mengumpat, berat hukumnya. TGNA dalam banyak cramah beliau, aku jarang dengar dia serang pribadi atau individu. DIa cakap bab agama dan ajaran islam. Kalu ada dia hentam, dia hentam organisasi, pertubuhan atau ideologi yang sesat, toghut dsbnya. Bukan memfitnah mana2 orang.

Tanpa Nama berkata...

slm...kisah itu org kelate dah lama tau wahai anon2 semua..mmg org umno kelate tahan bantuan dan sama jug masa pas merintah ganu royalti di tarik balik..ingat ko wahai saudar2 semua..itulah umno....tahan peruntukkan n royalti dia ingat harta bapak dia...

Tanpa Nama berkata...

Kita hidup di dunia ni tak lama. Bahkan sekejap saja. Percayalah. Jadi.. janganlah kita mengata orang sangat. Kalu nak mengatakan sangat, jangan kata kpd individu. Kata kpd ideologi yg sesat, pertubuhan yang sesat (yg menjadikan perlembagaan sekular Lord Reid, yang menganuti ajaran atau fahaman sekularisme, nasionalism dll. Nota: Kalau bukan Quran yang dijadikan ikutan, ianya dgn bahasa tak berlapik kita katakan "sesat" sebab memang tersesat. Adapun satu lagi yg mungkin tersesat ialah bila kita menjadikan RM $$$$ RM
sebagai matlamat hidup kita (spt yg dibimbing oleh sebuah parti dominan di negara kita selama ini) - it aku rasa kita mungkin tersesat. Bagi aku la, aku lebih suka jadikan ulamak sebagi leader kita. Kalu ulamak, mungkin tendency atau kecenderungan nak songlap $$$$ , seleweng akidah atau tergelicir
atau tersesat agak kurang. Wallahu a'llam

Tanpa Nama berkata...

Aku pun suko gok nok jadike ulamok ikute, tp buke macam ulamok yg kecek tok seghupo bikin. Qur'e demo puta belit ikut suko.

Tanpa Nama berkata...

ulamak ckp x serupa bikin contohnya nakhaei da harussani

Tanpa Nama berkata...

tok pa and awang ni patut ke baling kasut je!! baru padang dgn muka dia.bangun rakyat kelantan kuburkan BN= BINI NAJIS di manik urai lawan tetap lawan!!!! takbir!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

To anon 2 ekor terakhir ni,
Tu lah mu, ado otok tok nok guno. Lah mu jd keto kudo demo jer.

martoiriat berkata...

Dengar sini.. semuanya yg comment dlm blog ini adalah tak cerdik.. tak guna akal dan fikiran. Penuh dgn emosional. Biarlah comment tu berbentuk ilmiah bukan dgn perasaan. Gunakan fakta dan pandangan yg bolih dijadikan panduan. Ini lah kata org tua2..cerdik tak bolih diikut.. bodoh tak bolih diajar.