Adapun akan harakah Melayu (UMNO) di Perak selepas bepenghulukan Orangkaya Pangkor Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, dibiarkan Tan Sri Harussani bercakap melawan harakah Islam. Maka tak diketahui Orangkaya Mufti sama ada ianya tara menteri, atau diperintah oleh Duli Yang Dipertuan menjaga hal ehwal agama sahaja.
Syahdan, maka sekali persetua Kadi Yusof hendak pergi sembahyang Jumaat lalu betul pintu Maulana Abu Bakar. Tatkala itu Maulana Abu Bakar ada berdiri di pintunya. Maka dilihat oleh Kadi Yusof akan Maulana Abu Bakar dikeliling oleh cahaya seperti sumbu dian yang dikeliling api, demikianlah rupanya.
Sebelum itu pada hati Kadi Yusof di Melaka dialah yang alim agama, tak seorang pun yang melebihi ia mengenai ilmu agama sama ada syariah, usulluddin, fiqah mahupun tasauf. Setelah dilihatnya Maulana Abu Bakar, maka segera Kadi Yusof berlari-lari mendapatkannya, kerana tahulah ia Allah SWT mengetahui yang nyata dan yang ghaib. Maka dibuat nyanyi oleh anak-anak buahnya:
Padi susuh padi suasa
Letak lekar buat berjamu
Kadi Yusof orang berkuasa
Maulana Abu Bakar bijak berilmu
Arakian maka dibaca oleh sekalian orang banyak dalam 'Kitab Melayu' daripada:
7 ulasan:
Kita dah kenal siapakah dia ni sebenarnya. Mufti adalah jawatan yg diberikan oleh kerajaan. Mufti belum tentu ulama disisi masyarakat islam dan lebih2 lagi belum tentu diterima Allah gelarannya itu. Gelaran yg diberi manusia tidak sama dgn gelaran yg diberi Allah. Yang seorang ni, cuma golongan UMNo dan orng2 yg jahil saja kagum dgn gelaran tu. Jadi kita biarkan aje si luncai ni terjun dgn labu2nya! Biarkan..Biarkan...
Harussani ni kena muhasah betul-betul..
soalan banyak menunggu kamu diakhirat kelak....
Apa nie...
Orang Alim mengikut telunjuk orang jahil dan jahat...
cek balik laa....
walaupun kamu tu nama mufti ...
tapiingat...dosa kamu lebih berat daripada orang biasa....
Mufti di Malaysia ni kebanyakan golongan Elite, turun kerja ada drebar, anak anak sekolah ada drebar yang ambil, gaji lumayan, bila ada menteri di mesjid maka adalah muncul berjemaah dengan orang biasa (pada 5 waktu yang lain belum tentu berjemaah, mungkin sibuk kot?),bila solat Jumaat ada reserve tempat untuk mufti, siap denga sejadah lagi, tidak bergaul dengan orang biasa (kebanyakannya datang dari kpg, tetapi tak ngaku dari keluarga susah).... alahai Ulama BN!!!!
mufti nampak tak bagaimana azab org memekan duit haram. ke dapat lesen halal jadi halal,kalau tahu haram tolong nasihatlah Zambakwi supaya tinggal makan harta haram, ke dapat komesion ok halal. ke mufti dalam bab haid,nifas dan wiladah saja.
Sahhhh.. Mufti perak ni org umno, sebab tulah dia jadi jurucakap kpd umno. Halal haram dia biarkan asalkan jangan menyakiti hati org2 umno.. kok2 bolih jadi calun umno di PRU 13 nanti..
manusia kalau hendak diubah bukan saja melalui kata2 teguran dan nasihat ia perlu diiringi dengan doa mufti perak telah memilih utk mengikut caranya yg tersendiri kita sebagai manusia hanya mampu berdoa dan kita semua berdoala mudah2an ALLAH MEMBERI PETUNJUK pada saya dan seluruh umat islam [PAS] adalah parti yg saya pilih KESABARAN AKAN MEGATASI SEGALA2NYA bukan hendak salahkan sesiapa cuma ingin melihat bagaimana,mcmana,HUKUM ALLAH TERLAKSANA DIBUMI MALAYSIA UTK UMAT ISLAM.................ISLAM....................ISLAM................
dulu dato' seri sekarang Tan Sri itulah yg diperjuangkan olih harussani kalau tak sokong umno mana bolih dapat pingat tu ,dia bukan tak mahu pergi jemaah dimasjid takut jatuh standard campur dgn org lain yg kurang ilmu ,seperti komen hamba diatas org umno yg jahil saja kagum dgn gelaran mufti tu
Catat Ulasan