27 Jun 2009

MANEK URAI : NAJIB TELAH MENCIUMI KEKALAHAN UMNO BN

Pada setiap kali pilihanraya kecil, Dato Seri Mohd Najib Abd Razak yang kini Presiden UMNO akan sentiasa bercakap besar kononnya UMNO BN akan memenanginya tetapi kali ini untuk Manek Urai, Najib persis mencium kekalahan UMNO BN dan beliau mengakui fakta bahawa UMNO BN akan menghadapi tentangan hebat.

Najib menyatakan UMNO BN masih mempunyai harapan tetapi beliau sendiri sudah takut untuk berhadapan di depan rakyat untuk mengumumkan calon UMNO BN seperti yang lazim dilakukan, sebaliknya menyerahkan tugas mengumumkan calon itu kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada hari esok.

Najib berkata Barisan Nasional (BN) tetap mempunyai peluang untuk menang walaupun "berhadapan dengan laluan sukar" di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Sehubungan itu jelas Perdana Menteri, bukan sesuatu yang mustahil untuk BN menang dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Kita tahu PAS menang dengan majoriti besar dalam pilihan raya lalu. Ini satu tentangan yang sukar bagi kita.

"Tapi masih ada harapan, bukan bererti tak ada harapan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Sekolah-Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia di St. John Institution, hari ini.

Semalam, pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah dinamakan sebagai calon parti itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob daripada PAS pada 22 Mei lalu. Ditanya mengapa jentera BN dilihat tidak agresif seperti jentera PAS, Najib berkata:

"Kita tak akan ikut rentak PAS. Kita ada cara kita sendiri dalam berkempen."

"Yang penting sekali ini, kita dapat menyampaikan mesej kita kepada semua pengundi," kata Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN. Jelasnya, perkara itu jelas menunjukkan BN ikhlas ingin membela masa depan masyarakat kawasan tersebut.

"Kita akan meletakkan seorang bakal wakil rakyat yang boleh memberi khidmat bakti kepada masyakarat di Manek Urai," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat disebut-sebut sebagai calon yang yang akan mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang UBN akan tewas dimanik urai.Raayat mana yg nak UBN lagi. Undi UBN bererti mengekalkan kezaliman dan perasuah. Mengunakan kuasa utk kepentingan keluarga dan kroni. Insyallah UBN akan tumbang di manik urai..